Koleksi 100+ Ucapan Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat hari lahir! Eh takkan itu sahaja ucapan anda? Kadang-kadang bila tiba waktu hari kelahiran mereka yang tersayang, mesti buntu nak buat ucapan hari lahir bagaimana. Nak karang sendiri ucapan nanti nampak macam serba tak kena pulak, jadi kali ini adalah koleksi 100+ ucapan selamat hari lahir yang anda boleh rujuk dan mungkin boleh jadi idea untuk anda buat ucapan manis anda.

KOLEKSI 100+ UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN


#1 Selamat hari lahir anakku. Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan kebahagiaan dan harapan. Teruslah berjuang dalam mengejar dan mencapai cita-citamu.

#2 Selamat ulang tahun anakku. Semoga semua mimpimu dapat terwujud dan semoga kamu akan terus dapat menjalani kebahagiaanmu bersama kami. Luv you nak!

#3 Selamat ulang tahun anak. Semoga kamu terus membesar sihat dan kuat, rajin beribadah dan menjadi kebanggaan ibu bapamu. Teruskan belajar untuk mencapai apa yang kau impikan. We luv you

#4 Selamat ulang tahun anak. Semoga kamu terus membesar sihat dan kuat, rajin beribadah dan menjadi kebanggaan ibu bapamu. Teruskan belajar untuk mencapai apa yang kau impikan. We luv you

#5 Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari mendatang.

#6 Salam Ulang Tahun Kelahiran Anakku. Ingatlah, jangan khawatir akan hujan yang datang. Insyaallah, pelangi datang setelah hujan usai. Doa ibu dan bapamu sentiasa mengiringi tiap langkahmu.

#7 Selamat ulang tahun hero ibu dan ayah. Semoga kamu menjadi anak yang hebat, di sekolah mendapatkan ilmu yang bermanfaat, dan mendapatkan prestasi yang baik. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya agar kamu sentiasa menjadi anak yang sholeh.

#8 Selamat ulang tahun hero ibu dan ayah. Semoga kamu menjadi anak yang hebat, di sekolah mendapatkan ilmu yang bermanfaat, dan mendapatkan prestasi yang baik. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya agar kamu sentiasa menjadi anak yang sholeh.

#9 Selamat hari lahir untuk anak lelaki kesayanganku. Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa selalu memberikanmu kebahagiaan dan kesihatan buatmu. Amin

#10 Selamat Hari Lahir Anakku. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

#11 Selamat ulang tahun malaikat kecil ibu dan ayah. Semoga sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah

#12 Barakallah Fii Umrik. Semoga semua jerih payahmu adalah berkat. Semoga amal kebaikanmu dilipat-gandakan pahalanya oleh Allah yang Esa. Amin

#13 Barakallah fii Umrik. Semoga dengan bertambah umurmu, maka semakin bertambah sempurna pula Iman serta akhlakmu.

#14 Anakku…..Pada hari ini, walau apapun impian yang kamu impikan,semoga Allah SWT menjadikan ia kenyataan

#15 Kanvas takdir yang dulu putih kini telah penuh dengan coretan bermakna. Kami isi dengan warna-warni nan indah dipandang mata. Ibu/Ayah ucapkan Barakallah Fii Umrik. Semoga anakku selalu dalam lindungan Allah. Kesihatan, keberkahan serta doa kami selalu menyertaimu

#16 Selamat hari lahir anakku. Semoga redha Allah sentiasa mengirimu

#17 Selamat hari lahir untuk anak lelaki kesayanganku. Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa selalu memberikanmu kebahagiaan dan kesihatan buatmu. Amin

#18 Anakku, hari ini bertambah setahun lagi usiamu. Ibu dan Ayah berharap kamu akan terus semakin bijak dalam menghadapi semua rintangan yang datang dalam hidup. Semoga Allah sentiasa melindungi langkahmu di masa depan.

#19 Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari mendatang.

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK AYAH 

#20 Bahu ayah umpama rumah buat saya. Selamat Hari Lahir buat Ayah terbaik di dunia! Moga panjang umur, murah rezeki dan segalanya yang terbaik saya doakan. Amin

#21 Ayah, terima kasih kerana menjadikan saya seorang anak yang sentiasa berbangga dengan bapanya. Saya harap, hari istimewa ini dipenuhi dengan banyak keseronokan, kebahagiaan dan kebaikan. Selamat Hari Lahir Ayah!

#22 Selamat hari lahir ayahku. Semoga Allah selalu memberikanmu kebahagiaan dan kesihatan. Semoga kamu terus menjadi ayah terbaik untukku selama-lamanya. Amin

#23 Selamat Hari Lahir Ayah! Semoga kegembiraan yang telah ayah sebarkan pada masa lalu kembali kepada ayah pada hari ini. Saya sayang ayah!

#24 Ayah jadi lebih tua pada hari ini berbanding semalam. Namun, bagi saya ayah tetap lebih muda dari keesokan hari. Selamat Hari Lahir untuk Ayahku yang Terhebat

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK IBU 

#25 Ibu, bidadari tanpa sayap yang dihadirkan Tuhan untuk mendamping dan mendidik kami anaknya menjadi insan yang terbaik. Semoga Ibu diberikan kesihatan dan kesabaran dalam membimbing kami.

#26 Ada ramai Ibu terbaik di dunia. Akan tetapi, bagi aku hanya ada satu Ibu terbaik di dunia. Itu Ibuku dan Ibu adalah yang terbaik di dunia ini. Selamat hari lahir untuk Ibuku yang tersayang.

#27 Ingin rasanya aku hentikan waktu agar angka usiamu tidak bertambah. Aku ingin selalu kau dampingi sama seperti saat kecil duhulu. Selamat hari lahir ibu. Masa emasmu akan bersamaku.

#28 Kasihmu yang tulus tidak akan terhapus dihati kami semua. Semoga di usia yang semakin bertambah ini, kehidupan Ibu semakin bermanfaat.

#29 Terima kasih Ibu. Hidup kami tidak akan ada ertinya tanpa kasih sayangmu. Selamat hari hari lahir. Jangan pernah lelah untuk menyayangi kami anak-anakmu.

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK KEKASIH HATI

#30 Selamat hari lahir untuk kekasih hatiku. Semoga cantik mu tak berkurangan seiring berjalannya waktu. Moga Kebaikanmu sentiasa bertambah. Semoga panjang umur dan sihat selalu hendaknya.

#31 Hari ini mentari bersinar lebih terang. Seakan ia tahu, kekasih hatiku sedang berbahagia di hari ulang tahun kelahirannya. Semoga kelak apa yang kau impikan segera tercapai.

#32 Selamat hari lahir kekasih ku. Harapan aku untuk mu, semoga engkau panjang umur dan sihat selalu. Harapanku untuk hubungan kita, semoga panjang hingga ke jinjang pelamin  hihi

#33 Suka duka dilewati bersama. Saling melindungi satu sama lain. Saling menjaga dan saling mengasihi agar tidak ada yang tersakiti. Selamat Hari Lahir Kekasih Hati Dunia Akhirat.

#34 Selamat hari lahir kekasihku yang semanis coklat, seindah bunga dan secantik bidadari. Semoga kau sukses setiap apa yang kau harapkan. Semoga kita mampu bersama hingga sah kelak.

#35 Doa ku yang terbaik untuk untuk mu. Jangan berubah dan sentiasa menjadi yang terbaik dari hari ke hari yang mendatang. Semoga hari ini dan selamanya kita tetap bersama. Dalam ikatan yang lebih utuh lagi.

#36 Selamat ulang tahun, kekasihku yang selalu berada di setiap apa yang terjadi dalam hidup aku selama ini. Kekasih yang menjadi teman untuk keluh kesahku. Semoga kau sihat selalu. I Love You

#37 Hari yang sangat istimewa bagi mu. Panjang umur juga sehat selalu. Apa yang ingin dicapai, segera tercapai. Apa yang ingin diperolehi, akan terwujud cepat. Selamat Hari Lahir Kekasihku.

UCAPAN HARI LAHIR ISLAMIK

#39 Di hari yang begitu istimewa ini, aku berharap semoga ketaqwaan, iman dan ihsan engkau semakin meningkat. Amin

#40 Aku panjatkan doa untukmu semoga dirimu mendapatkan segala yang terbaik dalam segala – galanya. Selama Hari Lahir Teman!

#41 Ya Allah, panjangkanlah umur anak-anak kami, berikanlah rahmat-Mu seluas-luasnya. Jadikanlah kami manusia yang bermanfaat untuk agama, nusa dan bangsa.

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK SAHABAT


#42 Pada hari ini, seorang insan dengan kebaikan hati luar biasa dilahirkan ke dunia ini. Aku sangat bangga bisa menjadi sahabat baiknya!

#43 Ulang tahun hadir setiap tahun. Namun sahabat sepertimu hanya datang sekali dalam seumur hidup. Aku sangat gembira engkau hadir mewarnai kehidupan aku selama ini. Selamat ulang tahun Kawan, semoga panjang umur dan tetap menjadi sahabat terbaik!

#44 Selamat hari lahir sahabat. Aku tidak tahu apakah aku memberitahumu betapa berertinya engkau kepada aku. Semoga panjang umur dan sihat selalu. #Hugs &Kiss

#45 Hidup terasa kurang berwarna tanpa kehadiranmu sahabat. Terima kasih karena telah menambah keceriaan dalam kehidupanku. Selamat hari lahir!

#46 Selamat ulang tahun, sahabat dunia akhirat! Harapanku untukmu adalah untuk memancarkan kebaikan, mencintai hidup dan tak pernah berhenti bermimpi, seperti yang selama ini telah kamu lakukan.

#47 Ketulusan, keceriaan, & semangat yang engkau berikan selama ini adalah sebuah inspirasi untuk semua! Terima kasih kerana sudi berjalan di sampingku selama ini…selamat haru lahir!

#48 Selamat hari lahir untuk sahabat paling luar biasa di muka bumi ini!

#49 Hari ini sangat istimewa sebab sahabat baikku meraikan hari ulang tahun kelahirannya. Terima kasih untuk segala petualangan yang telah kita alami bersama. Aku menantikan kenangan-kenangan indah kita yang lain pada hari-hari mendatang!

# 50 Selamat hari lahir sahabat baikku! Aku menjadi orang yang lebih baik kerana engkau. Setiap hari aku bersyukur kepada Tuhan kerana mempertemukan aku denganmu. Semoga semua yang kamu inginkan dapat menjadi kenyataan.

#51 Seiring bertambahnya usia, bertambah juga kebijaksanaan. Kamu adalah salah satu sahabat yang paling bijaksana dan luar biasa. Selamat ulang tahun kelahiran!

UCAPAN HARI LAHIR BUAT SUAMI

#52 Selamat ulang tahun suamiku. Semoga kemakmuran, kesihatan, kejayaan,kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.

#53 Happy Birthday suamiku sayang. Di kau adalah ayah terbaik utnuk anak-anakku dan lelaki terhebat di hidupku. Semoga dirimu selalu sihat dan terus dipanjangkan umur. Ameen.

#54 Terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini sayang. Semoga aku biasa menjadi isteri terbaik untukmu. Selamat ulang tahun suamiku.

#55 Suamiku, selamat ulang tahun. TIdak ada yang bisa aku berikan untukmu selain rasa sayang ini. Engkau lelaki terbaik untukku, semoga sentiasa sihat dan terus panjang umur.

#56 Bukan emas berlian yang membuatku memilihmu. Bukan penampilan yang membuatku jatuh cinta padamu. Kesabaranmulah yang membuatnya terpesona hingga sudi menjadi suri hidupmu. Sempena di usiamu yang ke 40 tahun ini, daku ingin katakan yang aku terlalu sayang kepadamu.

#57 Mimpiku menjadi sempurna saat ada kamu menjadi suamiku. Hidupku makin jadi indah tika kau hadir melengkapi kekuranganku. Terima kasih suamiku tersayang, selamat ulang tahun dan semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke jannah.

#58 Selamat ulangtahun suamiku sayang. Semoga dikau akan terus sihat sejahtera untuk sentiasa menjadi imam yang terbaik untukku dan anak-anak kita.

#59 Tiada hadiah mahal yang mampu sayang berikan selain ucapan selamat ulangtahun dari lubuk hati yang paling ikhlas. Setianya sayang hanya pada abang. Smeoga hubungan kita akan sentiasa terpelihara.

#60 Wahai suamiku, hadirmu umpama seorang penyelamat yang telah berjaya membawaku ke jalan bahagia. Terima kasih kerana sudi memperisterikanku dan membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. Aku senantiasa berdoa semoga dirimu akan terus dipanjangkan usia. Ameen.

#61 Hari ini adalah hari yang paling special. Hari ini usiamu telah semakin bertambah dan bertambahnya usiamu itu telah membuktikan yang kita telah semakin lama bersama. Terima kasih utnuk segala pengorbananmu wahai suamiku. 

#62 Happy birthday suamiku. Selamat bertambah usia dan aku akan terus menyayangimu sehingga ke akhir hayatku. Aku berjanji akan terus membuatmu tersenyum hari demi hari. I love you so much from the bottom of my heart!!

#63 Tarikh ini muncul lagi. Seperti biasa, sayang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Terima kasih kerana sudi hadir di sisi sayang selama ini. Tiada yang lain hanya abang seorang. Cinta sayang pada abang akan sentiasa mekar sampai bila-bila. 

#64 Sayang, kau adalah lelaki yang terbaik untukku. Kau imamku. Kau teman hidupku. Kau belahan jiwaku. kau pendengar setia segala masalahku. Sesungguhnya kau adalah segalanya bagiku. Tanpamu siapalah aku. Selamat ulang tahun sayang. Bahagiamu adalah bahagiaku.

#65 Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan lagi usiamu. Terima kasih ya Allah kerana sudi mempanjangkan lagi umur suamiku. Sesungguhnya dialah jodoh yang paling terbaik utnukku. Akan aku menyintainya sehingga ke akhir hayatku. Selamat ulangtahun kelahiran wahai suami mithaliku.

#66 Salam ulangtahun eklahiran suamik sayang. Terima kasih kerana telah menjadi lelaki terbaik untukku. Mohon maaf andai di atas segala salah silap yang isterimu ini pernah lakukan. Sesungguhnya kaulah calon imam terbaik untukku dan calon ayah terbaik untuk anak-anak kita. We love you so much!

UCAPAN HARI LAHIR UNTUK ISTERI

#67 Selamat hari lahir buat isteriku yang tersayang, engkau adalah sebahagian nyawa dan hidupku, bahagian paling terindah dan akan ku jalani hidup ini dengan penuh kasih sayang dan menyerahkan segala hidupku untukmu yang ku sayang. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintaimu sepenuh hatiku.

#68 Semoga dirimu dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagia dengan diri ku walau di kala susah dan senang, sedih dan gembira bersama keluarga kecil kita. Aku berjanji akan terus menjagamu dan keluarga kita sehingga ke akhir hayat selagi nyawa di badan. Aku sayang padamu.

#69 Terima kasih sayang kerana berada denganku di saat suka duka kehidupan kita. Kaulah pencetus semangatku dan kaulah yang membuatkan kekuatan cintaku semakin membara yang pasti akan ku jaga sehingga ke akhir nyawa.

#70 Kau adalah hadiah daripada Allah SWT yang paling sempurna yang ku terima di dunia ini. Terima kasih sayang kerana ikhlas menyayangiku dan syukur pada Allah kerana kurniakan isteriku yang cantik menawan indah dipandang.

#71 Selamat ulangtahun buat isteriku tercinta, sekian lama kita hidup bersama menyelusuri segala liku-liku kehidupan dengan diiringi susah dan senang, kau masih setia berdiri bersama dengan penuh rasa cinta dan sayang.

#72 Selamat hari jadi untukmu wahai isteri yang ku sayang, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempatmu dan tiada wanita yang secantik budi pekertimu dan tiada yang lain seindah mata ku memandang keindahan ini. Aku teramat sayang pada dirimu sehinggakan aku sanggup hidup dan mati bersamamu sayang.

#73 Happy birthday untuk orang yang tersayang, kebahagiaan dan segala kedukaan telah aku nikmati ketika kita hidup bersama dan sehingga kini kasih dan cintaku tetap sama masih membara. Syukurlah aku diberikan permata hati yang sentiasa menyinari kegelapanku. Terima kasih sayang

#74 Buatmu isteriku yang tercinta, semoga kehidupan kita pada setiap tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan menggembirakan dan semoga hari yang mendatang akan lebih membuatkan kau bahagia bersama aku suamimu.

#75 Ayat sweet khas untuk isteri yang amat cantik di mata abang, ikhlas abang katakan, setiap saat dan minit jika tanpa sayang di sisi seperti bertahun menunggu tanpa sabar dan hidup ini amat membosankan jika tiadanya sayang dalam hidup abang.

#76 Salam sayang daripada suamimu, abang hadiahkan ....... untuk sayang. Terimalah kek ini yang semanis wajahmu dan seindah senyum mu yang sentiasa membuatkan abang merana jika tiadanya senyuman sayang.

#77 Semoga setiap niat dan hajatmu demi sebuah kebahagiaan akan dimakbulkan Allah dan semoga kita bahagia sehingga ke akhir nafas dengan ikhlas mencintai dan menyayangimu. Selamat Hari Lahir Sayang.

#78 Kaulah wanita yang telah mengubah hidupku yang dulunya gelap, kini terang benderang. Kau umpama mentari yang menyinari hidupku siang dan malam. Tanpamu siapalah diriku sayang.

#79 Ucapat selamat hari jadi ini ditujukan kepada isteri tercinta yang selalu berada di hati abang yang paling istimewa.

#80 Sanah helwah buat mu sayang, semoga dalam kehidupan ini kau dikurniakan rezeki tanpa henti, umur yang berpanjangan, kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan dan hajat, dilapangkan segala kesulitan serta diberikan kebahagiaan untuk selamanya.

#81 terima kasih sayang kerana selalu ada di sisi suamimu yang terkadang berbuat kesilapan tanpa sengaja. Terima kasih kerana menjadi kekuatan hidup suami mu sehingga ke hari ini tanpa rungutan dan kesangsian.

#82 Sanah helwah untuk sayang daripada suami mu. Semoga sayang akan sentiasa menjadi sri kandi hidup suami mu dan menjadi bidadariku yang selalu menemani abang walau di mana sahaja kita berada. I Love You.

#83 Waktu yang paling terindah dalam hidup ini adalah ketika setiap saat bersamamu yang telah kau berikan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Semoga kita berbahagia sehingga ke akhirnya sayang.

#84 Cinta dan sayang ku padamu sentiasa utuh seperti utuhnya langit ditongkat bumi, rinduku pada selalu manis, semanis senyummu yang sering ada dalam siang dan malamku. Selamat hari ulang tahun sayang.

#85 Tidak dapat ku bayangkan sekiranya hidupku tanpa dirimu di sisiku, tidak dapat ku fikirkan jika senyummu hilang dari pandanganku, semuanya punah tanpa semua itu. Selamat hari jadi kekasih hatiku.

#86 Selamat hari lahir buat mu isteriku tercinta yang telah berjaya mencuri hatiku, yang telah mengubah perjalanan hidupku yang semakin indah dan berseri dengan kehadiranmu. I love you sayang.

UCAPAN HARI LAHIR LAIN-LAIN


#87 Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 

#88 Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki. 

#89 Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 

#90 Selamat Hari Lahir Untuk Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin 

#91 Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu. 

#92 Sanah helwah buat rakanku Azman. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn. 

#93 Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. 

#94 Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan. 

#95 Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu. 

#96 Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan. 

#97 Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan. 

#98 Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan. 

#99 Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. 

#100 Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu 

#101 Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang. 

#102 Barakallah Fii Umrik. Semoga dengan bertambahnya umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu 

#103 Sanah Helwah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan 

#104 Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah 

#105 Sanah Helwah Bro!. Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Aamiinn… Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT 

#106 Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah 

Semoga Bermanfaat
Rujukan :

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم