Pengalaman Sertai Program Explorace Sabak Bernam 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini iaitu pada 13 Ogos 2022, aku ada menyertai Program Explorace Sabak Bernam 2022. Sebenarnya selepas menyertai Travel Hunt dan Sustainability Hunt, aku sebenarnya teringin lagi utnuk sertai acara atau pertandingan sebegini dan alhamdulillah dapat juga sertai program Explorace Sabak Bernam 2022 ini.

Untuk makluman, program ini merupakan kerjasama antara pihak Tourism Selangor dan Homestay-homestay di daerah Sabak Bernam ini telah disertai oleh 68 orang dari seluruh Malaysia dan pelbagai latar belakang. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan daerah Sabak Bernam sebagai salah satu destinasi pelancongan di Negeri Selangor. 

EXPLORACE SABAK BERNAM 2022




Kumpulan kami diberi nama Buddies dan disertai oleh aku, Along Murni, Zayani dan DboyStudio. 18 kumpulan yang menyertai Explorace Sabak Bernam ini berkumpul di Homestay Sg Haji Dorani dan cara bermula seawal jam 8.00 pagi, bersarapan sambil menunggu ketibaan semua peserta. 

8.45 pagi taklimat pertandingan Explorace Sabak Bernam 2022 diberikan dan tepat jam 9.00 pagi pertandingan pun bermula dimana semua peserta dilepaskan. Terdapat lima lokasi atau checkpoint yang perlu diterjah oleh setiap kumpulan dan melakukan tugasan yang diberikan.

Program Explorace Sabak Bernam 2022

LOKASI #1: HOMESTAY BATU 4 SEPINTAS

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Lokasi pertama ini kami perlu membungkus kuih loyang dalam 4 bungkusan berasingan dengan baik dan rapi. Kalau time perayaan Aidilfitri kuih loyang ni antara kuih yang wajib ada dalam rumah sama ada untuk tetamu atau sendiri makan.


LOKASI #2: HOMESTAY BATU 23 SG NIBONG

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Di lokasi homestay seterusnya iaitu Homestay Batu 23 Sg Nibong, tugasan disini adalah kami perlu belajar dan main lagu untuk gamelan. Teringat pula sewaktu belajar diploma dulu, kena belajar main gamelan & main macam-macam lagu untuk satu semester.


LOKASI #3: MUZIUM WAK SURGI

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Di Muzium Wak Surgi pula terdapat beberapa checkpoint disini dimana setiap satunya terdapat tugasan tersendiri. Antaranya adalah membuat senarai barangan yang terdapat dalam muzium itu, senaraikan lagu dan penyanyi lama, tiga soalan pada Wak Surgi, mengecat muzium dan akhir sekali nyanyian bersama alat muzik.


LOKASI #4: HOMESTAY PAPITUSELUM

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Di lokasi ke empat iaitu Homestay Papitusulem (Parit Tujuh Sungai Leman) tugasan disini agak berbeza. Kami diberikan bungkusan nasi ambeng dan perlu menghias dengan cantik. Kemudian kami diberikan masa 15 minit untuk makan dan menghabiskannya.


LOKASI #5: HOMESTAY SG HAJI DORANI

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Sekitar jam 2 petang pula di lokasi terakhir iaitu lokasi sama flag off iaitu Homestay Sg Haji Dorani adalah tugasan terakhir iaitu mencari iklan keli. Setiap kumpulan perlu mencari ikan keli di dalam kolam ini dan markah dikira mengikut jumlah ikan keli yang dijumpai dan kerjasama dalam kumpulan.

MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH

Selesai sahaja semua tugasan, tibalah waktu yang dinanti-nantikan pada peserta iaitu pengumuman pemenang. Acara pada petang itu turut dihadiri oleh Encik Azman bin Dahlan, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Wakil dari Tourism Selangor dan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam.

Berikut adalah senarai hadiah untuk Program Explorace Sabak Bernam 2022
  • Johan : RM 1,500.00 + sijil penyertaan
  • Naib Johan: RM 1,000.00 + sijil penyertaan
  • Ketiga: RM    800.00 + sijil penyertaan
  • Keempat : RM    700.00 + sijil penyertaan
  • Kelima: RM    600.00 + sijil penyertaan
  • Tempat keenam - sepuluh : Wang Saguhati + sijil penyertaan

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Alhamdulillah, kumpulan kami iaitu Buddies mendapat tempat ke 10 daripdaa 18 pasukan yang bertanding. Sebenarnya ada harapan untuk dapat tempat lagi tinggi tetapi di satu lokasi kami tidak dapat sebarang markah. 

Alhamdulillah syukur kerana tak pulang tanpa tangan kosong. Selain itu, aku sendiri juga dapat melawat homestay-homestay di Sabak Bernam ini dan melihat aktiviti-aktiviti di sini.

Program Explorace Sabak Bernam 2022

Akhir kata, terima kasih diucapkan buat Tourism Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan homestay-homestay di Sabak Bernam yang menganjurkan explorace ini. Semoga program ini dijadikan acara tahunan dan in shaa Allah aku dan rakan-rakan akan sertai lagi untuk edisi berikutnya.

#PusingSelangorDulu #TourismSelangor #SabakBernam #Exploracesabakbernam #MDSB

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم