Kopetro Rasmi Cawangan Pertama ArRahnukita di Sungai Besi, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada tanggal 30 Oktober 2022 telah berlangsungnya majlis perasmian penuh gilang gemilang cawangan pertama ArRahnukita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Cawangan ArRahnukita yang pertama ini terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

TAHNIAH! KOPETRO RASMI CAWANGAN PERTAMA ARRAHNUKITA

Dato' Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah merasmikan cawangan pertama ArRahnukita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula beroperasi sejak 3 Ogos 2022, ArRahnukita adalah premis perniagaan pajak gadai emas patuh syariah milik KOPETRO, terletak di Medan Niaga Tasik Damai, sebuah kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan ramai di Sungai Besi.


Turut sama hadir sebagai tanda seokongan terhadap perniagaan baharu yang diusahakan KOPETRO adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Dianggarkan lebih 200 orang pengunjung telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang terdiri daripada peniaga-peniaga dan orang ramai sekitar kawasan Medan Niaga Tasik Damai serta jemputan-jemputan khas, termasuklah wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada di sekitar kawasan Lembah klang.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah menzahirkan rasa kesyukuran atas majlis perasmian yang berlangsung dan menganggap ianya sebagai hadiah yang paling bermakna bagi warga KOPETRO sempena ulang tahun penubuhan KOPETRO ke 42 yang disambut pada tarikh yang sama.



"Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun KOPETRO ditubuhkan, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan terasminya perniagaan ArRahnukita,"

 ujar beliau penuh gembira.

Tambah Ahmad Shakir lagi, kejayaan perniagaan ArRahnukita ini adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggota dengan melipat-gandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara.

Ahmad Shakir memberitahu bahawa selepas cawangan di Sungai Besi, ArRahnukita bakal membuka 3 buah lagi cawangan pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam sebagai kawasan pilihan.


Bersempena dengan perasmian ArRahnukita, sebuah karnival turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan dan meraikan tetamu-tetamu dan pelanggan-pelanggan yang hadir. Antara aktiviti yang menarik perhatian para pengunjung adalah ujian dan cucian emas secara percuma dan jualan promosi produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan jenama LengQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.


Lebih meriah lagi apabila 100 pengunjung pertama yang hadir telah menerima beg saguhati dan 20 penggadai pada hari tersebut turut dihadiahkan dengan barangan eksklusif ArRahnukita sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan mereka menggunakan perkhidmatan ArRahnukita.

Istimewa buat Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. Perkhidmatan ArRahnukita terbuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa mahupun kewarganegaraan, malah atas sambutan yang memberangsangan sejak mula beroperasi, ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000, khas buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai secara segera dengan mengggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.


Tuan Haji Shamsudin bin Haron, selaku Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnukita memberitahu bahawa pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai.

Untuk mengetahui kadar emas harian dan promosi terkini daripada ArRahnukita, ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram atau hubungi talian 03-90559839 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم