Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2023 Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setiap kali masuk tahun baru pastinya antara yang menjadi carian orang ramai terutamanya kakitangan awam adalah berkenaan tarikh pemberian gaji bagi setiap bulan. Sebab utamanya mungkin anda mahu melihat tarikh gaji dan kemudiannya merancang pembelanjaan tahunan dengan lebih efektif dan berkesan.

Okay, tanpa menulis lebih panjang, berikut adalah jadual gaji 2023 bagi Kakitangan Awam terkini yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).



Tarikh GajiBulanCatatan

17.01.2023

Januari
Tahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)

24.02.2023

Februari

24.03.2023

Mac

17.04.2023

April

Hari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)

25.05.2023

Mei

Hari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)

23.06.2023

Jun

Hari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

25.07.2023

Julai

25.08.2023

Ogos

25.09.2023

September

25.10.2023

Oktober

24.11.2023

November

Hari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)

19.12.2023

Disember

Hari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)




Jadual Gaji 2023 Malaysia

Kerajaan Malaysia sangat komited dan prihatin termasuk dalam aspek kebajikan kakitangan dan penjawat awam.

Permakluman dan penyediaan jadual gaji ini adalah bagi memudahkan rujukan kakitangan awam untuk membuat perancangan kewangan peribadi dan juga keluarga untuk apa-apa urusan.

Gaji Januari 2023
  • Pembayaran gaji pada bulan Januari 2023 di awalkan iaitu pada 17 Januari 2023. Ianya bagi membolehkan kakitangan awam khususnya yang berbangsa cina untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tersebut pada tarikh 23 & 22 Januari 2023.

Gaji Febuari dan Mac 2023

  • Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam pada bulan Febuari dan Mac ialah pada 24 Febuari 2023 hari Jumaat dan 24 Mac 2023 hari Jumaat

Gaji April 2023

  • Tarikh gaji bulan April 2023 ialah pada 17.04.2023 bersaman hari Isnin. Pembayaran gaji pada bulan ini di awalkan bagi memudahkan kakitangan Awam beragama Islam membuat persiapan dan perancangan kewangan bagi menyambut Hari Raya

Gaji Mei 2023

  • Tarikh bayaran gaji bagi bulan Mei 2023 ialah pada 25 Mei 2023 sempena menyambut Hari Pesta Kaamatan bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah yang disambut pada 30 & 31 Mei 2023

Gaji Jun 2023

  • Tarikh pembayaran gaji bagi bulan Jun 2023 ialah pada 23.06.2023 bersamaan hari Jumaat. Memandangkan cuti umum perayaan Hari Raya Haji jatuh pada 29 & 30 Jun 2023, tiada keperluan khusus untuk pemberian gaji di awalkan.

Gaji Julai, Ogos, September,Oktober 2023

  • Bagi bulan Julai, Ogos,September dan Oktober 2023, pembayaran gaji adalah pada tarikh 25 haribulan berkenaan.

Gaji November 2023

  • Pembayaran gaji bulan November 2023 ialah pada 24 November 2023.

Gaji Disember 2023

  • Pembayaran gaji bagi bulan Disember 2023 ialah pada 19.12.2023. Pembayaran gaji di awalkan bagi membolehkan kakitangan awam penganut agama Kristian membuat persiapan bagi menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember 2023


Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 PDF

Untuk rujukan kakitangan awam, dokumen ini boleh di muat turun melalui pautan berikut ;


e-Penyata Gaji 2023


Semua pengguna ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) JANM : https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

PENETAPAN SEMULA KATA LALUAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa penambahbaikan ciri keselamatan sedang dijalankan. Antaranya ialah penambahan ciri keselamatan pada penetapan kata laluan. Sebahagian pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu mengikut kriteria yang ditetapkan

Bagi pengguna baharu, anda perlu klik pertama kali mendaftar dan memasukkan maklumat nombor telefon, email serta pastikan anda tandakan pada checkbox Email dan SMS bagi tujuan penerimaan notifikasi kata laluan sementara.

PENETAPAN SEMULA KATA LALUAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa penambahbaikan ciri keselamatan sedang dijalankan. Antaranya ialah penambahan ciri keselamatan pada penetapan kata laluan. Sebahagian pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu mengikut kriteria yang ditetapkan

Bagi pengguna baharu, anda perlu klik pertama kali mendaftar dan memasukkan maklumat nombor telefon, email serta pastikan anda tandakan pada checkbox Email dan SMS bagi tujuan penerimaan notifikasi kata laluan sementara.


Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan jadual gaji penjawat awam 2023 atau untuk pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
  • emel : unit_prestasi@anm.gov.my
  • No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611


RUJUKAN ;

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم