Tahniah! Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Sebut sahaja nama Ustaz Don Daniyal pastinya ramai yang sudah mengenali figura hebat ini. Nama beliau sebagai seorang penceramah bebas dan disegani pastinya dikenali diseluruh Malaysia.

Sebagai salah seorang penggemar ceramah-ceramah dan rancangan beliau di kaca tv, aku berbesar hati kerana dapat menyaksikan satu majlis yang cukup bermakna iaitu majlis yang melibatkan Ustaz Don Daniyal dan juga Quran Humaira.

PELANTIKAN USTAZ DON DANIYAL SEBAGAI IKON QURAN HUMAIRA

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Bertempat di restoran Smoke Kingdom, Ayer 8, Putrajaya, sebuah majlis menandatangan Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk pelantikan Ustaz Don Daniyal sebagai ikon Quran Humaira telah diadakan.

Majlis yang berlangsung pada 12 Januari 2023 ini dihadiri oleh wakil Quran Humaira iaitu Pengarah Urusan, Tuan Haji Fakrur Radzi Mohd Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif, dan Mohd Nor Affendi Ab Manan.

Menurut Pengarah Urusan Quran Humaira, Tuan Haji Fakrur Radzi Mohd Omar, pemilihan Ustaz Don Daniyal sebagai Ikon Quran Humaira adalah sangat tepat berdasarkan kepada visi dan misi syarikat untuk terus mendekati masyarakat Malaysia amnya. Perwatakan Ustaz Don yang dilihat mesra dan santai dengan semua golongan amat bertepatan dengan matlamat Quran Humaira itu sendiri.

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Tambah beliau, pelbagai aktiviti dan kempen bakal dijalan oleh Quran Humaira dan semestinya akan banyak melibatkan Ustaz Don Daniyal sebagai “frontliner’ Quran Humaira. 

Selain itu, pihak Quran Humaira sendiri amat berbesar hati dengan kesudian Ustaz Don Daniyal sudi menerima tawaran untuk menjadi Ikon Quran Humaira, di mana Quran Humaira percaya 1001 kebaikan akan terhasil dari kerjasama ini.

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Ustaz Don Daniyal turut mengulas tentang pelantikan beliau sebagai ikon Quran Humaira, "Dengan peluang yang diberikan akan menjadi satu disiplin untuk istiqamah dengan al Quran. Saya turut berbesar hati dengan kerjasama ini dan cuba sedaya upaya yang terbaik."

Beliau menambah, "Pelantikan sebagai ikon ini adalah secara rasmi, memandangkan sebelum ini pihak Quran Humaira dan saya sendiri pernah bekerjasama dalam program Taddabur Suria bersama Ustaz Don Daniyal di SuriaFM sepanjang bulan Ramadhan lalu. Alhamdulillah, hasil kerjasama terdahulu membuahkan hasil untuk kerjasama kali ini pula."

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira
Sumber : Suria TV


JOM DAPATKAN AL QURAN HUMAIRA

Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Ikon Quran Humaira

Al Quran Humaira boleh didapati di semua rangkaian kedai buku utama seperti Popular Bookstore, SMO Bookstore, MPH Bookstore serta rangkaian agen-agen dan dropship Quran Humaira. Malah pembeli boleh turut membuat pembelian secara online di quranhumaira.com.

Harga Quran Humaira bermula RM20 sehingga RM220 bergantung kepada saiz dan juga edisi. Hampir kesemua Quran Humaira mempunyai tajwid dan terjemahan serta mempunyai edisi khas Tagging.

Segala butiran aktiviti dan promosi semasa akan dikemaskini di media sosial Quran Humaira. (Facebook, Instagram, Telegram, Tik Tok, YouTube)

SEKIAN

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. dah lama teringin nak beli, tapi tak terbeli beli

    ReplyDelete
  2. this is a good read for all Muslim. Muslim sure gonna check it out at Popular

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah. Tahniah Ustaz Don di atas pelantikan sebagai duta. Nanti boleh cari kat Popular.

    ReplyDelete
  4. tahniah ustaz don atas projek terbaru ini. mmg sesuatu yg cukup istimewa dan banyak manfaatnya

    ReplyDelete
  5. Congrats on this good news for all Muslims especially kan. Wish to see more great projects & initiatives by Ustaz Don upcoming. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ustaz Don Daniyal semoga lebih ramai yang boleh belajar daripada ustaz

    ReplyDelete
  7. Pergh, first time dengar brand Al Quran amik someone jadi ambassador.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post