Buffet Ramadan 2023 : Sentuhan Ramadan di Hotel Tenera, Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, ramadhan semakin hampir dan ramai yang makin teruja untuk melaksanakan ibadah puasa dan seterusnya meraikan kemenangan ketika hari raya. Sebelum itu, kita juga turut teruja dengan juadah berbuka yang banyak dan sedap-sedap belaka. 

HA! Jika anda mencari dimana nak makan berbuka puasa dengan juadah berbuka yang lengkap, jom ke Hotel Tenera Bangi! Sepanjang bulan ramadhan ini, Hotel Tenera Bangi menyediakan pelbagai menu menarik dengan tema 'Sentuhan Ramadan'.

SENTUHAN RAMADAN DI HOTEL TENERA BANGI


Hotel Tenera sekali lagi bakal memenuhi selera masyarakat Malaysia apabila menyediakan pelbagai menu untuk Buffet Ramadan 2023 bermula pada 25 Mac sehingga 19 April 2023.

Seperti biasa, menu Buffet Ramadhan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila Buffet Ramadhan kali ini bakal menyajikan masakan kampung bertemakan 'Sentuhan Ramadan" sambil bakal dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar.

Hidangan Warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa.

Keenakkan lebih 200 menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Chef yang berpengalasman, Chef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.


DATIN ALYAH SEBAGAI WAJAH BUFFET RAMADHAN HOTEL TENERA 2023


Apa yang istimewa, tahun ini Hotel Tenera berbesar hati memperkenalkan selebriti popular Datin Alyah sebagai Wajah Buffet Ramadhan Hotel Tenera 2023. Alyah bukan sahaja menyukai dan meminati semua menu Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudi menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan oleh pihak hotel.


SENARAI MENU BUFFET RAMADHAN 2023 DI HOTEL TENERA

Selain penampilan Alyah, pasti ramai yang nak tahu keistimewaan lain kan? Antara keistimewaan yang ada sudah tentunya apabila para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar-bazar Ramadhan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai!

Antaranya Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.












Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best In Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam lagi.










Anda juga pasti tidak sabar untuk menikmati kelazatan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang.









Aneka pilihan cucur, keruk, kuih muih melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih.








HARGA BUFFET RAMADHAN 2023 DI HOTEL TENERA, BANGI


Sungguh 'mewah' aneka juadah 'Sentuhan Ramadan' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM 88. Tawaran istimewa ini bgermula pada Januari lalu hingga 28 Februari 2023. Selepas tempoh tersebut, pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.

Sepanjang bulan Ramadhan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Buffet Ramadhan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut menyediakan kemduhan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh. Selain itu, semua pengunjung juga diberikan parkir percuma.

Sedikit info tentang Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan 'mesra muslim'. Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolem termasuk satu kolam yang dikhususkan untuk muslimah.


HOTEL TENERA BANGI


Lokasi : Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk maklumat lanjut hubungi :

Laman Web : http://www.hoteltenera.com/
Telefon : 03-89299600
WhatsApp: https://wa.me/60192658796 | https://wa.me/60193592796
Instagram : @hoteltenerabangi
Facebook : https://www.facebook.com/hoteltenerabangi

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post