Empayar: The Melaka Chronicles & HajjVerse.ai oleh UniVRse Interactive!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis ‘Poolside Raya Get Together’ yang dianjurkan oleh UniVRse Interactive Sdn Bhd. Pada majlis yang diadakan di Tingkat 17, Poolside, Infinity Tower, Kelana Jaya ini telah dipersembahkan trailer eksklusif permainan mobile Empayar: The Melaka Chronicles.

Antara yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse, Mohd, Hezri Amir Latif dan pasukannya, Pengarah Urusan Studio Kembara (SK), Abdul Rahman Mat Dali, Ketua Promosi & Pemasaran SK, Ismail Mat Dali serta Peguam Korporat SK, Hasan Saidi

EMPAYAR : THE MELAKA CHRONICLES & HAJJVERSE.AI OLEH UNIVRSE INTERACTIVE!



Permainan digital berdasarkan seni pahlawan Melayu dihasilkan oleh UniVRse Interactive Sdn Bhd ini merupakan hasil kerjasama dengan Studio Kembara Sdn Bhd (Penerbit filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan RM97 juta). Dengan pelaburan kira-kira RM1.3 juta daripada Studio Kembara, UniVRse Interactive Sdn Bhd menghasilkan permainan berjudul Empayar: The Melaka Chronicles dan sehingga kini sudah siap kira-kira 40 peratus.

Empayar membawa pemain ke dalam perjalanan melalui dunia fantastik, di mana mereka dapat meneroka alam baru, berperang dengan musuh yang ganas, dan membuka kuasa ajaib. Permainan ini menawarkan visual yang tepat mengikut sejarah dan jalan cerita yang menarik. Permainan ini dijangka bakal siap sepenuhnya sebelum berakhirnya tahun 2023.


TONTON TRAILER INI




Pada majlis yang sama turut diperkenalkan HajjVerse.ai iaitu pengalaman haji maya canggih yang dikuasai oleh AI. Melalui HajjVerse.ai  ini, para jemaah dapat melangkah ke dunia simulasi di mana mereka boleh meneroka visualisasi 3D Makkah, mempelajari ritual haji, dan menerima bimbingan masa nyata dari Mutawif dikuasai AI. 


Dengan HajjVerse.ai, mereka juga boleh memulakan perjalanan transformasi, berhubung dengan jemaah haji maya lain, dan merasai kesatuan umat Islam seluruh dunia. Melalui teknologi HajjVerse.ai ini dapat membawa pengalaman ibadah haji suci kepada Ummah Islam di seluruh dunia dengan lebih mudah dan interaktif. 

Menurut En Hezri Amir, Ketua Pegawai Eksekutif UniVrse, HajjVerse ini sudah boleh digunapakai pada musim haji yang bakal tiba ini, walaubagaimanapun, ia masih dalam proses pembangunan dan akan ditambah baik secara berperingkat.


TENTANG UNIVRSE INTERACTIVE SDN BHD


Untuk maklumat, UniVRse Interactive Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat teknologi inovatif yang menjadi peneraju platform Metaverse uniVRse.io. UniVRse Interactive berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian realiti maya terkini dengan fokus kepada meningkatkan kehidupan masyarakat melalui teknologi maklumat, kreativiti, dan inovasi. 

Platform Metaverse mereka menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih yang direka khusus untuk mencipta pengalaman yang mendalam dan mengasyikkan untuk pengguna di seluruh dunia. UniVRse Interactive pakar dalam AR, VR, dan metaverse terbaru yang dikuasai AI, menyediakan solusi untuk bilik darjah maya, ruang pejabat maya, persidangan maya, pameran, dan banyak lagi. Visi mereka adalah untuk meningkatkan kehidupan orang ramai melalui teknologi maklumat dan mendapat keiktirafan secara global dengan pakar industri dari pelbagai bidang. 

SEKITAR MAJLIS POOLSIDE RAYA GET TOGETHER 




Untuk anda yang berminat dan ingin mengetahui tentang maklumat lanjut mengenai UniVRse Interactive, anda boleh layari https://linktr.ee/univrse.io atau hubungi info@univrse.io. 

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post