Loud Speaker Buka Cawangan Ke -13 di Datum Jelatek, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa disini suka menyanyi? Pasti ramai kan yang suka menyanyi, tak kiralah sama ada suara merdu atau kurang merdu. Macam aku sendiri walaupun suara biasa-biasa sahaja, tapi bila pergi karaoke mesti acah-acah macam suara paling merdu. Haha, bercakap pasal karaoke, antara lokasi yang aku suka nak berkaraoke dengan kawan-kawan adalah di Loud Speaker.

Baru-baru ini aku berpeluang ke Rumah Terbuka Loud Speaker yang diadakan di cawangan terbaru pusat karaoke terkenal ini yang dihadiri ramai artis terkenal.

LOUD SPEAKER BUKA CAWANGAN KE-13 DI LOKASI STRATEGIK


Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di Kuala Lumpur, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.


Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan. 

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol."

Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” 

katanya. 

KEMUDAHAN SERBA BAHARU


Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker. Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini. 

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka. 


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru. Manakala menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasarkan untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.

CAWANGAN LOUD SPEAKER DATUM JELATEK


Cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi. 

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini. Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri. 
Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara."
Berikut adalah jenis-jenis bilik di Loud Speaker Datum Jelatek ;

# 47 jenis bilik dengan pelbagai saiz: 
  • A. Small (4-6 orang) 
  • B. Medium (7 – 9 orang) 
  • C. Large (10 – 12 orang) 
  • D. VIP (14 – 17 orang) - E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang) 
# 6 bilik Mini Studio (1-2 orang)



RUMAH TERBUKA LOUD SPEAKER


Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel. Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan. 




Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud. Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 Mei ini. 

Untuk anda yang ingin mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.

PROMOSI PEMBUKAAN CAWANGAN BARU

Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang. 

Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke. 

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi! 

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker. 

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan. 

Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088 



Berikut adalah cawangan-cawangan Loud Speaker yang lain ;
  • Taman Sutera Utama, Johor Bahru (1st Outlet) ; +011 1535 9998
  • Taman Mount Austin, Johor Bahru ; +011 1535 7778
  • Kota Damansara, The Strand ; +03 6142 2223
  • Subang Jaya, SS15 Courtyard ; +011 1520 2223
  • Cheras Selatan. C180 ; +03 9081 5222
  • Setia Walk Mall, Puchong ; +03 8317 0068
  • Setapak, KL ; +03 7499 2288
  • Sri Petaling, KL ; +011 3200 8888
  • MyTown, KL ; +018 399 9986
  • Tropicana Gardens Mall, PJ ; +03 5879 1088
  • New World Park, Penang ; +011 3539 8888
  • A Quiet Place, Bukit Bintang ; +012 7667 161
  • Datum Jelatek, KL ; +03 3855 6088

LOUD SPEAKER DATUM JELATEK


LOKASI: L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

WAKTU OPERASI: 
  • 12 Tengahari – 3 Pagi (Semua Cawangan)
  • 11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown)
  • 11 pagi – 3 pagi (Johor)

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. baru je karok dekat Loud Speaker Kota Damansara, seronok have fun dengan kawan kat situ, aiskrim dia sedap! All the best untuk cawangan baru

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post