'Bila Kau Ada' Nyanyian Serra Kamal Bakal Berkumandang dalam Drama 'Alice Kampung Baru'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila Kau Ada - Serra Kamal

Penyanyi dan pelakon berbakat, Serra Kamal kini dengan lagu terbaharu iaitu Bila Kau Ada. Lagu berentak modern ini akan menjadi lagu runut bagi drama ‘Alice Kampung Baru’ yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. 

Minat Serra Kamal dalam bidang seni amat mendalam dan telah mula menceburkan diri sejak berusia 5 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia. Kebolehan Serra Kamal dalam bidang nyanyian telah digilap oleh Hazama selaku mentor menerusi program realiti “Mentor Milenia 2017”. Serra Kamal juga turut menjadi peserta dalam program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada tahun 2021 berpasangan dengan Syafiq. Serra Kamal bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malah dia juga aktif berlakon drama, filem dan juga teater. 

Lagu terbaharunya ‘Bila Kau Ada’ mengisahkan tentang nilai persahabatan, kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan dalam persahabatan. Menurut Serra Kamal, 

“Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu “Bila Kau Ada” dan melodinya sangat sesuai dengan jiwa saya. Liriknya nampak ringkas tetapi membawa seribu makna! Shazee Ishak dan Audi Mok selaku komposer dan penulis lirik, begitu komited menjayakan rakaman lagu ini dan kami telah mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan rakaman. 
Saya berpuas hati dengan lagu rentaknya lebih fresh dan berbeza dengan lagu lain. Saya berharap lagu ini mendapat tempat di hati pendengar dan semoga lagu ini dapat menceriakan hati semua pendengar.”

Kepada peminat Serra Kamal, pastikan tidak ketinggalan mendengar lagi ‘Bila Kau Ada’ berkumandang dalam drama “Alice Kampung Baru” di platform Tonton yang turut dibintangi oleh Serra Kamal. Drama ini mengandungi 20 episod berkisarkan tentang persahabatan, masalah remaja dan juga konflik keluarga. Antara barisan pelakon adalah Amelia Christie, Sharifah Rose, Serra Kamal, Aniq Durar, Alif Muhaimin dan Muntazar Ghufran

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Bila Kau Ada di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok



LIRIK LAGU : BILA KAU ADA - SERRA KAMAL


(verse 1) 
Gaya bergaya
Denim lusuh
Siap ku siap
Sedia
Masanya kita
Menentang dunia

Jalan ku jalan
Tak sehala
Lencong melencongnya ada
Ada kau ada
Senang atau susah

(pre chorus)
Kasut all star
Gayaku macam superstar
Bila susah
Ku koyak
Kalau hidupku drama
Kamu heronya
Kerana

(chorus)
Bila bila langit
Ku nak runtuh
Kau selamatkan ku
Semua a-o-k
Semua a-o-k

Kau beri kata
Yang meyakiniku
Semua a-o-k
Semua a-o-k

(post chorus)
Bila bila bila bila kau
Ada ada ada ada
Bila bila bila bila kau
Ada ada


(verse 2)
Sama bersama
Kasi jadi
Angan beranganlah kita
Takde ku takde rasa
Kekurangan
Keras oh keras
Kepalaku
Masih ku masih

Mendengar
Pedasnya pedas
Setiap teguran

(verse 2)
Sama bersama
Kasi jadi
Angan beranganlah kita
Takde ku takde rasa
Kekurangan
Keras oh keras
Kepalaku
Masih ku masih

Mendengar
Pedasnya pedas
Setiap teguran

(pre chorus & chorus)

(bridge)
Jika awanku mendung
Kau pelangi
Warna terindah

Bmi takkan 
Semeriah atau megah
Tanpa kamu

(chorus)

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post