Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023) : Penamat Kepada Watak Loki?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Siri Loki musim kedua (2023) berdasarkan watak di dalam Komik Marvel menyaksikan Loki bekerjasama dengan Mobius M. Mobius, Hunter B-15 dan ahli TVA untuk menjejaki Multiverse dalam usaha mencari Sylvie, Ravonna Renslayer dan Miss Minutes. Merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU), siri ini diterbitkan oleh Marvel Studios, Eric Martin sebagai ketua penulis manakala Justin Benson dan Aaron Moorhead sebagai ketua barisan pengarah.

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

LOKI MUSIM 2 (2023)

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Penerbit Eksekutif : Kevin Feige, Louis D'Esposito, Victoria Alonso, Stephen Broussard, Tom Hiddleston, Michael Waldron, Kevin R. Wright, Justin Benson, Aaron Moorhead, Eric Martin
Penerbit : Tommy Turtle, Rachel Alter
Cinematografi : Isaac Bauman, Oliver Loncraine
Edit : Paul Zucker, Calum Ross, Emma McCleave
Muzik : Natalie Holt
Episod : 6
Tarikh Tayangan Episod Pertama :  5 Oktober 2023

Rotten Tomato : 81%
Metacritic : 65



BARISAN PELAKON SIRI LOKI MUSIM 2 (2023)

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

  • Tom Hiddleston sebagai Loki
  • Sophia Di Martino sebagai Sylvie
  • Wunmi Mosaku sebagai Hunter B-15 / Dr. Verity Willis
  • Eugene Cordero sebagai Casey / Frank Morris
  • Rafael Casal sebagai Hunter X-5 / Brad Wolfe
  • Kate Dickie sebagai General Dox
  • Lizz Carr sebagai Judge Gamble
  • Neil Ellice sebagai Hunter D-90
  • Ke Huy Quan sebagai Ouroboros / A. D. Doug
  • Owen Wilson sebagai Mobius M. Mobius / Don
  • Gugu Mbatha-Raw sebagai Ravonna Renslayer
  • Tara Strong sebagai Miss Minutes
  • Jonathan Majors sebagai He Who Remains / Victor Timely

SINOPSIS PENUH SIRI LOKI MUSIM 2 (2023)

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)




ULASAN PENUH SIRI LOKI MUSIM 2 (2023)

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Alhamdulillah, akhirnya siap juga artikel ulasan mengenai siri kegemaran ramai ini. Seperti yang ramai telah ketahui, siri Loki Musim 2 telahpun tamat tayangannya pada 9 November yang lalu. Musim ini dilihat sebagai musim yang penuh dengan saspens, dan khabarnya inilah musim terakhir. Seperti yang diperkatakan oleh salah seorang penulisnya, untuk siri Loki ini, ceritanya bermula dengan musim 1 dan diakhiri musim 2 sebagai sebuah jalan cerita yang lengkap. Baiklah, berikut adalah ulasan aku mengenai siri Loki Musim 2.

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Jalan cerita dalam siri ini musim kedua penuh dengan pertanyaan selepas penghujung musim lalu yang tergantung, jalan cerita sepanjang musim ini berkisarkan tentang membaiki Temporal Loom. Keseluruhan jalan cerita berkisarkan tentangnya manakala plot-plot sampingan juga berlaku kerana proses memperbaiki Temporal Loom itu. Walaupun nampak mudah, tetapi ceritanya dihasilkan dengan cukup baik, terutamanya terhadap beberapa perkara seperti emosi, unsur saspens, dramatik dan sebagainya.

Setiap episod dilihat berjaya memberikan penonton kepuasan dan untuk aku sendiri, aku suka dengan cara Marvel Studios yang menayangkan hanya satu episod setiap minggu membuatkan penonton ternanti-nantikan episodnya. 

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Lakonan dalam musim kedua ni bagi aku lebih menarik kerana emosi yang dibawakan oleh watak utamanya, Loki, Tom Hiddleston berjaya membawa wataknya dengan baik, terutamanya di episod ke 6 di bahagian penghujung dimana Loki terpaksa bersendirian dipenghujung masa. 

Selain itu, watak yang mencuit hati ramai sudah tentunya watak O.B yang dibawa oleh Ke Huy Quan merupakan sesuatu yang segar. Kemunculan watak ini dalam musim ini sebagai satu watak yang penting, ditambah baik lagi dengan lakonan beliau yang bersahaja menjadikan watak O.B ini menjadi kesukaan ramai.

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Muzik untuk musim kali ini masih digarap oleh penggubah yang sama iaitu Natalie Holt. Bagi aku beliau merupakan seorang yang cukup genius. Ia boleh dilihat melalui beberapa muzik yang dihasilkan dan digubah dengan begitu baik, terutamanya pada episod 3. Selain itu, aku juga suka dengan muzik pada episod 6 yang cukup megah dan sebagai penutup bagi siri Loki ini.

Untuk CGI dalam siri ini, penonton boleh lihat bagaimana babak-babak yang tidak boleh menggunakan kemahiran biasa dihasilkan dengan cukup baik, sebagai contohnya babak spaghetification. Memang kelihatan cantik dan agak menyeramkan apabila dunia menjadi sebegitu rupa. Selain itu, aku juga suka bagamana ketika di episod 6, Loki mengambil tali-tali yang berserabut itu, dan kemudiannnya menjadi suatu yang cukup indah.

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)

Watak Loki terakhir dalam MCU ? Itu adalah persoalan bagi ramai orang, terutamanya peminat MCU. Bagi aku, watak Loki yang bermula di filem Thor (2011) sehinggalah tahun 2023 ini masih mempunyai banyak cerita. Mungkin untuk satu bab dalam kehidupan Loki berakhir dan bermula, mungkin akan ada kisah berikutnya yang berbeza dan lebih menarik? In shaa Allah sama-sama kita nantikan perancangan Marvel Studios.

Ulasan dan Review Siri Loki Musim 2 (2023)


Secara keseluruhannya, siri Loki merupakan sebuah kisah yang cukup menarik. Musim pertama dan kedua digarap jalan ceritanya dengan baik. Penonton boleh lihat bagaimana setiap aspek dihasilkan dengan baik dan cukup teliti. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan siri ini. Untuk itu, aku berikan siri Loki musim 2 ini  :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10




RUJUKAN :
  • Marvel Studios
  • Disney Plus
  • Google Image
  • Wikipedia

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post