Famili Duo 3 : Shila Amzah & Syahir Tangga Tercorot Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

DUA MINGGU BERTURUT-TURUT SHILA AMZAH & SYAHIR BERADA DI ZON SELESA, NAMUN MINGGU KETIGA TUMPAS DI TANGGA TERAKHIR 


Shila Amzah yang merupakan Juara bagi Anugerah Juara Lagu 36, terus mendominasi pentas persembahan dengan aura sebagai penyanyi professional di peringkat antarabangsa. Manakala, adiknya Syahir masih mencari rentak dan identiti apabila berduo bersama kakaknya dalam Famili Duo minggu ketiga ini. Dapatkah Shila Amzah & Syahir memperbaiki strategi mereka untuk kembali menggegarkan pentas Famili Duo 3 minggu hadapan bertemakan ‘Dangdut / Hindustan’?

Selepas dua minggu berturut-turut menjadi naib juara mingguan, episod ke-3 kali ini menyaksikan duo adik-beradik ini di tangga tercorot dengan markah sebanyak 42.5%. Perkara yang dikomen oleh juri profesional Mas Idayu dan Ajai juga saban kali menegur pembawaan Syahir di pentas persembahan yang dikatakan tidak memberi hasil atau penjiwaan yang setaraf dengan kakaknya. 

Menurut juri tetap Ajai, 

“Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk segi pembelajaran. Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih ada bahagian yang tak dihafal. Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan penyampaian lagu yang masih tak seiring lagi. Jadi dengan baki lima episod, Syahir perlu tonjolkan diri dan bantu kakak awak kerana ini bukan masa untuk belajar lagi. Shila sudah memberi persembahan demi kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik”. 

Persembahan bertemakan ‘Rock - Medley Slow & Fast’ pada hari Ahad, 29 Oktober 2023 lalu telah menyaksikan kemenangan oleh pasangan duo adik-beradik Adira & Emma Suhaimi dengan pembawaan medley lagu ‘Tiada Tangis Lagi’ dan ‘Hukum Karma’. Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu ketiga #FamiliDuo:

1. Adira & Emma Suhaimi - 62.9%
2. Sharif & Syaiful Zero - 60.9%
3. Haqiem Rusli & Ariff Bahran - 55.5%
4. Tom & Fuad Rahman - 45.0%
5. Ryan & Adam Bakery - 43.3%
6. Shila Amzah & Syahir - 42.5%


Juara mingguan kali ini telah menyahut cabaran untuk membawakan tema ‘Dangdut / Hindustan’ ke pentas Famili Duo 3! Dapatkah Shila dan Syahir menebus kembali carta dengan persembahan di luar jangkaan pada minggu hadapan? Atau adakah duo selebriti lain akan terus memberi konsep yang terhangat dan mencuri perhatian juri yang juga ratu dangdut, Mas Idayu? 

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit). Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 


Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post