Isaac Gracie Asia Tour 2023: Live in Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Isaac Gracie Asia Tour 2023: Live in Kuala Lumpur

ISAAC GRACIE BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR
SIRI JELAJAH ASIA 2023


Peminat muzik di Malaysia boleh bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan hebat penyanyi dan penulis lagu terkenal dari UK, Isaac Gracie, dalam konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur. Beliau akan bertemu peminat di seluruh Asia dengan konsert jelajah yang sangat dinantikan pada November dan Disember 2023. Dengan rangkaian persembahan yang memukau di beberapa bandar terbesar di benua ini, "Isaac Gracie Asia Tour 2023" dijanjikan akan menjadi pengalaman muzik indah yang akan dikenang peminat. 

"Isaac Gracie Asia Tour 2023" akan bermula pada 24 November 2023 di Jakarta, Indonesia. Beliau akan terus menawan peminatnya pada 25 November 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia di The Bee @ Publika. Selepas itu beliau akan memulakan perjalanannya di China, di mana beliau akan beraksi di beberapa kota dari 27 November hingga 3 Disember 2023. 

Mengenali daya tarikan Isaac Gracie bukan lagi satu rahsia, dengan gaya muziknya yang mengasyikkan dan penceritaan emosional yang mendalam. Konsert ini dijangka akan menyajikan pengalaman luar biasa buat peminat-peminat muzik di seluruh Malaysia dan benua Asia.

Tahun 2023 menyaksikan kembalinya Isaac Gracie dengan single terbarunya, 'Something Inside Me' selepas 'The Man Who Flew Into Space'. Sejak EP 'close up - looking down' yang mendapat pujian kritis pada 2018, single baru ini mempamerkan gabungan istimewa diantara lirik mendalam dengan melodi penuh perasaan yang membawa pendengar ke dalam alam muziknya yang introspektif dan evokatif. 

Gabungan uniknya antara unsur folk, rock, dan indie terus memukau pendengar, menjadikan "Isaac Gracie Asia Tour 2023" sebagai peluang istimewa bagi peminat untuk terbenam dalam pengalaman muzik live yang tak terlupakan.

Tiket untuk Isaac Gracie Asia Tour 2023 - Kuala Lumpur boleh didapati di www.myticket.asia bermula 25 Oktober 2023. Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka awal supaya tidak lepas peluang untuk menyaksikan Isaac Gracie secara live.

Isaac Gracie Asia Tour 2023 - Kuala Lumpur dianjurkan oleh Primuse dengan kerjasama dari Shiraz Projects.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati saluran media sosial rasmi Isaac Gracie.

TENTANG ISAAC GRACIE  

Isaac Gracie adalah penyanyi dan penulis lagu dari UK yang terkenal dengan penceritaan emosionalnya dan gaya muzik yang memukau. Dengan single terbarunya, 'The Man Who Flew Into Space,' dan "Isaac Gracie Asia Tour 2023" yang akan datang, beliau terus memukau penonton dengan persembahan penuh emosi dan lirik yang mendalam, meneguhkan tempatnya sebagai bakat yang berkaliber dalam landskap muzik kontemporari.

ISAAC GRACIE ASIA TOUR 2023 : LIVE IN KUALA LUMPUR

Isaac Gracie Asia Tour 2023: Live in Kuala Lumpur

Tarikh : 25 November 2023
Masa : 8pm
Lokasi : The Bee @ Publika, Kuala Lumpur
Harga Tiket : RM 388 (VIP)
 RM 188 (GA)
Tiket : www.myticket.asia
Tiket Hotline : 03 8605 0196
Info Hotline : 012 2560082
Laman Web : www.isaacgraciemusic.com
 www.primuse.live 
 www.shirazprojects.com

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post