Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan mungkin satu lagi artikel berkenaan Fam Trip ke Baling pada Januari 2024 yang lalu. Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang salah satu penginapan kami semua iaitu di Mountain Baling Garden Village.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

PENGALAMAN MENGINAP DI MOUNTAIN BALING GARDEN VILLAGE, BALING

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Baiklah, kami menginap di sini kerana lokasinya yang cukup dekat dengan Gunung Baling. Memandang pendakian Gunung Baling adalah pada awal pagi, jadi adalah lebih baik penginapan berada dekat sahaja.

Mountain Baling Garden Village menawarkan pemandangan gunung yang indah. Di sini terdapat tiga jenis penginapan tersedia di sini iaitu The Royal Suite, Deluxe Queen, dan Single Deluxe Double dan jumlah kesemua bilik buat masa ini adalah 9 buah bilik. 

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Mountain Baling Garden Village di Baling ini lengkap dengan taman, lounge berkongsi, teres dan juga restoran. Selain itu, WiFi dan tempat parking peribadi boleh diakses di Baling Mountain Garden Village secara percuma. 

JOM LIHAT SUASANA DALAM BILIK PENGINAPAN

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Untuk maklumat, Mountain Baling Garden Village ini hanya 10 minit berjalan kaki dari Masjid Ridzwaniah Baling. 

Kemudahan bilik termasuk televisyen skrin rata, kawalan iklim dan balkoni. Bilik-bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Bilik mandi dengan bidet dan bilik mandi berlantai rata dengan pancuran juga disediakan.

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Bilik yang terdapat disini cukup selesa dengan dekorasi ala-ala English yang sangat cantik. Selain itu, kelengkapannya juga lengkap, memudahkan untuk tetamu berehat dengan mudah. 

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah
Pemandangan Gunung Baling di waktu malam.

Pengalaman Menginap di Mountain Baling Garden Village, Baling, Kedah

Oh ya, waktu untuk Check-In adalah pada jam 3.00 petang manakala waktu untuk Check-Out adalah pada jam 11 pagi. Terdapat juga kolam renang di sini tetapi sayangnya ketika penginapan aku dan rakan-rakan kolam ini sedang diselenggara.

Oleh itu, kepada anda yang mencari lokasi penginapan di daerah Baling, anda bolehlah menginap di Mountain Baling Garden Village! Lokasi strategik betul-betul di tengah bandar Baling, Kedah. 

BALING MOUNTAIN GARDEN VILLAGE


LOKASI : Jalan Mahmud, Baling, 09100 Baling, Kedah

HUBUNGI : 017-422 9001

FB : https://www.facebook.com/bmgardenvillage/

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-

📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com

Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!