Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penjaga Hati anda, Nadhif Basamalah bakal singgah di Kuala Lumpur pada 11 September 2025 bersempena dengan Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.
Ya! Anda tidak salah dengar dan tidak salah baca. Nadhif, si bujang 25 tahun pemilik vokal gemeresik dan cukup menenangkan itu akan bertemu anda di The Exchange Hall, Petaling Jaya.
Menurut penganjur bersama After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur adalah antara destinasi paling dinantikan komposer-penyanyi muda itu untuk bertemu peminatnya di Malaysia.
“Tanpa merendahkan lokasi lain dalam Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025, After School dan Banyak Bagus Entertainment dengan bangga membawa penyanyi yang namanya sedang hangat ini singgah sekali di Kuala Lumpur.
“Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah, Nadhif juga tidak sabar bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 11 September ini. Jangan sampai terlepas peluang mendengarkan vokal emas Nadhif Basamalah lewat lagu-lagu hitnya di Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur,” ujar Liaw Sun dari BanyakBagusEntertainment.
Penjualan tiket Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 sudah mula dijual di ticketmelon dan tiket adalah terhad.
“Tiket Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall pada 11 September 2025 ini adalah terhad.
“Jadi kalau anda benar setia dan tidak mahu melepaskan peluang ‘bergembira’ bersama Nadhif Basamalah, inilah masanya. Jangan sampai terlepas event penting ini,” ujar Liaw Sun lagi.
Nadhif yang sempat menjadi pilihan Tulus membuka acaranya lewat tour Manusia di Makassar mula debut pada Julai 2022 menerusi Wonder in Time.
Namanya terus meledak dan mendapat tempat di hati peminat menerusi single seperti To Be With Me dan Without Me (Sera) sebelum Penjaga Hati menakluk hati peminat pada 2023.
Nadhif terus membuat peminatnya ‘gila bayang’ dengan karya balada dan vokal enaknya menerusi lagu-lagu baharu termasuk Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.
Jadi mari menikmati seorang Nadhif Basamalah dan jangan berani tidak jatuh cinta dengannya di Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall, 11 September ini.
Jumpa jam 8 malam guys!
Artis: Nadhif Basamalah
Acara: Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur
Lokasi: The Exchange Hall
Tarikh: 11 September 2025
Masa: 8 Malam
Penganjur: After School, Banyak Bagus Entertainment (BBE)
Tiket: ticketmelon
Media sosial: @nadhifbasamalah
Tanda pagar: #MenjagaHatiTour2025
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.