Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu perkara yang kerap terjadi di rumah ibu bapa aku di kampung iaitu gangguan monyet. Pokok durian ini sebenarnya sudah lama, sekarang tingginya melebihi daripada pokok kelapa sawit yang telah tua. Jadi, pokok ini bagi aku memang sangat tinggi.
POKOK DURIAN BELAKANG RUMAH: BILA MONYET YANG DAPAT DULU
Waktu aku kecil, aku tak perasan sebenarnya ada pokok durian ini, mungkin sebab masa dulu ada banyak pokok-pokok lain sekitar pokok durian ini. Pokok durian ini setiap tahun akan berbunga tetapi buahnya kami sekeluarga tak dapat makan sebab gangguan monyet. Ada satu tahun itu, monyet naik atas pokok durian, kemudian bergayut, bergoyang sampaikan semua bunga durian yang baru berputik jatuh. Kempunan keluarga aku nak makan daripada pokok sendiri.
Tapi..
Pada satu hari yang aman dan tenang, ayah aku bangun sahaja pagi, tengok semua buah di pokok durian ini telah jatuh. Semuanya masih belum masak betul. Rupa-rupanya ada satu pelepah kelapa sawit yang bersentuhan dan membuatkan mereka dapat mendaki pokok durian ini. Betapa kecewanya aku sekeluarga sebab tak dapat nak makan buah durian daripada pokok sendiri.
MASALAH MONYET DI KAMPUNG
Ya, di rumah kampung ibu bapa aku ini tanahnya agak luas. Ada macam-macam jenis buah-buahan tempatan ditanam, antaranya: Manggis, rambutan, dokong, pisang, pelam epal, pelam telor, pelam cakonan, kuini, limau bali, amra, durian belanda, limau nipis, limau kasturi, lemon, jambu batu, jambu air, kelapa pandan, kelapa dan sebagainya.
Jadi, macam mana nak atasi masalah ini? Setahu aku, sewaktu aku kecil dan selalu balik kampung di sini tak pernah dengar masalah monyet. Tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak pulak. Siap berpuak-puak dan boleh dengar mereka bergaduh!
MACAM MANA NAK ATASI MASALAH INI?
Mungkin ada yang pernah lalui situasi macam aku? Atau mungkin ada idea atau cara berkesan untuk kawal kehadiran monyet dan kera ni tanpa menyakitkan mereka? Kalau ada cadangan, aku sangat alu-alukan. Mana tahu, dengan perkongsian korang, satu hari nanti keluarga aku akhirnya dapat juga merasa buah durian daripada pokok sendiri.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.