Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu perkara yang kerap terjadi di rumah ibu bapa aku di kampung iaitu gangguan monyet. Pokok durian ini sebenarnya sudah lama, sekarang tingginya melebihi daripada pokok kelapa sawit yang telah tua. Jadi, pokok ini bagi aku memang sangat tinggi. 

POKOK DURIAN BELAKANG RUMAH: BILA MONYET YANG DAPAT DULU

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Lebih kurang 5 tahun lalu, tanah di sebelah rumah tok dan tokwan telah kami bersihkan untuk buat rumah keluarga. Rumah yang di taman perumahan, ayah dan mak dah jual kepada orang. Jadi dalam proses nak siapkan rumah tu, mak ayah aku ada tanam beberapa pokok buah-buahan tempatan di samping beberapa pokok lain yang memang dah sedia ada di tanah ini.

Waktu aku kecil, aku tak perasan sebenarnya ada pokok durian ini, mungkin sebab masa dulu ada banyak pokok-pokok lain sekitar pokok durian ini. Pokok durian ini setiap tahun akan berbunga tetapi buahnya kami sekeluarga tak dapat makan sebab gangguan monyet. Ada satu tahun itu, monyet naik atas pokok durian, kemudian bergayut, bergoyang sampaikan semua bunga durian yang baru berputik jatuh. Kempunan keluarga aku nak makan daripada pokok sendiri.

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Tahun ini pulak, bunga dah pun berputik. Kemudian aku tengok ada beberapa buah biji durian yang semakin membesar. Mengikut tahun-tahun sebelum ini, monyet akan naik daripada dahan pokok kelapa sawit di tepi yang bersentuhan dengan pokok durian ini. Jadi, ayah aku suruh pekerja di ladang kelapa sawit di sebelah untuk potong pelepah daun yang berdekatan atau bersentuhan dengan pokok durian ini. Alhamdulillah, buah dapat membesar dengan baik.

Tapi..

Pada satu hari yang aman dan tenang, ayah aku bangun sahaja pagi, tengok semua buah di pokok durian ini telah jatuh. Semuanya masih belum masak betul. Rupa-rupanya ada satu pelepah kelapa sawit yang bersentuhan dan membuatkan mereka dapat mendaki pokok durian ini. Betapa kecewanya aku sekeluarga sebab tak dapat nak makan buah durian daripada pokok sendiri.
Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

MASALAH MONYET DI KAMPUNG 

Ya, di rumah kampung ibu bapa aku ini tanahnya agak luas. Ada macam-macam jenis buah-buahan tempatan ditanam, antaranya: Manggis, rambutan, dokong, pisang, pelam epal, pelam telor, pelam cakonan, kuini, limau bali, amra, durian belanda, limau nipis, limau kasturi, lemon, jambu batu, jambu air, kelapa pandan, kelapa dan sebagainya.

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Monyet ini akan datang waktu siang/malam dan menghancurkan buah-buahan. Antara buah yang mereka datang dan hancurkan – pelam epal, kuini, manggis, rambutan. Selalu bertaburan kulit-kulit buah ini di bawah. Yang sakit hatinya ada juga buah yang hanya digigit sekali, kemudian dibuang sebegitu sahaja.

Jadi, macam mana nak atasi masalah ini? Setahu aku, sewaktu aku kecil dan selalu balik kampung di sini tak pernah dengar masalah monyet. Tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak pulak. Siap berpuak-puak dan boleh dengar mereka bergaduh!

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH INI?

Pokok Durian Belakang Rumah: Bila Monyet yang Dapat Dulu

Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu macam mana nak atasi masalah ni. Nak halau pun bukan senang, sebab monyet dan kera ni makin hari makin berani. Kadang-kadang waktu siang pun mereka datang, siap bergaduh sesama sendiri atas pokok. Bayangkan nak jaga semua pokok buah dalam satu kawasan yang luas, memang tak terdaya.

Mungkin ada yang pernah lalui situasi macam aku? Atau mungkin ada idea atau cara berkesan untuk kawal kehadiran monyet dan kera ni tanpa menyakitkan mereka? Kalau ada cadangan, aku sangat alu-alukan. Mana tahu, dengan perkongsian korang, satu hari nanti keluarga aku akhirnya dapat juga merasa buah durian daripada pokok sendiri.

SEKIAN

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!