Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baiklah, kalau anda mengikuti aku di laman media sosial seperti Instagram, Facebook atau TikTok, pasti akan melihat ada satu video aku makan di sebuah restoran yang menyajikan makanan yang enak iaitu restoran Mee Tarik Faizal Kong @ KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

APA YANG MENARIK DI MEE TARIK FAIZAL KONG ?

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, baru-baru ini aku singgah dan mencuba makanan di restoran tersebut. Selepas habis waktu bekerja, aku dan rakan terus ke restoran ini, memandangkan lokasinya pun tidaklah jauh daripada tempat kerja. Disebabkan kami lapar, seharian tak makan dan mengidam pelbagai jenis makanan, jadi kami memilih untuk makan besar. Which is ada beberapa menu yang menarik yang telah dicuba. 

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Berikut adalah menu yang aku cuba pada hari tersebut. Aku cuba berikan ulasan dan pengalaman aku sehabis baik ya. 

⭐ BRAISED BEEF NOODLE | RM18.35  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Ini adalah hidangan utama pada hari itu. Mee tarik yang kenyal, rasanya memang sedap, ditambah dengan kuah yang pekat. Aroma yang kuat, untuk aku mee dan kuah ini saling melengkapi. Selain itu, anda boleh lihat betapa banyaknya daging yang disertakan sekali. Memang berbaloi. Saiz hidangan juga besar, jadi memang puas untuk orang yang lapar & sukakan mee berkuah yang enak.

⭐ CHICKEN SATAY | RM11.35  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Kalau aku datang je ke restoran Mee Tarik Faizal Kong, aku pasti akan order sate ayam ni. Ya, satenya memang sangat lain daripada sate-sate yang dijual di pasar malam atau restoran tepi jalan. Saiznya memang besar, lepas itu, rasa rempah perapannya tu memang sedap. Ada rasa smoky juga. Bagi aku memang berbaloi.

⭐ GREEN PEPPER WITH FRIED CUMIN CHICKEN BURGER | RM9.05  💸 & ⭐ GREEN PEPPER WITH FRIED CUMIN BEEF BURGER  | RM10.20  💸


Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Ini juga salah satu menu favourite aku. Nampak macam saiz burgernya kecik kan? Jangan tertipu, walaupun saiz sebegitu, rotinya yang lembut ditambah dengan isi yang padat, memang sedap. Ini adalah Chinese Burger, jadi rotinya tidaklah seperti burger-burger di warung. Memang sedap!

⭐ CHICKEN DUMPLINS | RM11.35  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Disebabkan dah lama tak makan dumplings, kali ini aku cubalah. Okay, dalam satu set hidangan ada 8 biji dumplings, turut disertakan sup untuk kita makan bersama. Rasanya memang lembut, inti yang sedap dan berperasa. Memang lengkap dan sedap dimakan bersama sup. 

⭐ BEEF BALL'S SOUP | RM14.85  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Aku juga memesan menu ini, untuk dimakan bersama nasi goreng. Untuk satu hidangan ini mempunyai sebanyak 10 bebola daging. Saiznya agak sederhana, tidak besar sangat dan tidaklah kecil sangat. Sup pula memang mempunya rasa yang sedap, penuh dengan sayur dan sememangnya menyihatkan. 

⭐ HUNAN SPICY FRIED RICE WITH CHICKEN | RM18.35  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Inilah nasi goreng yang aku sebut sebelum ini.  First time sebenarnya aku cuba dan rasanya memang pedas. Dari segi rupa nampak biasa-biasa sahaja, tetapi ia memang pedas. Mempunyai potongan ayam yang sangat banyak. Memang berbaloi, saiz hidangan pun besar. 

⭐ DAGING PERAP | RM4.65  💸

Makan di Mee Tarik Faizal Kong, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Aku juga turut memesan daging perap untuk dimakan dengan nasi goreng tadi. Okay, sebenarnya sebelum ini di cawangan lain, aku pernah memesan daging perap ini, tetapi saiz hidangannya lebih banyak. Mungkin sekarang dah tukar. Tapi rasanya masih sama & masih sedap. 

Untuk air pula aku tak sempat tangkap gambar sebab air yang aku order adalah air Soft Drink free flow. Harganya adalah RM8.00 sahaja. 

SECARA KESELURUHANNYA, menu yang paling aku suka adalah Braised Beef Noodle, sebab aku dapat rasa mee tarik yang kenyal dengan aroma yang enak daripada kuahnya. Selain itu, aku juga suka dengan chinese burger, gabungan patty roti dengan isi dalam burgernya sangat serasi dan sedap. 

Kepada anda yang belum pernah singgah ke mana-mana cawangan Mee Tarik Faizal Kong, anda bolehlah ke cawangan yang berdekatan sekarang!

TENTANG MEE TARIK FAIZAL KONG

Mee Tarik Faizal Kong, sebuah jenama terkemuka dalam industri F&B, membuka cawangan berjenama pertamanya pada tahun 2023 dan telah menunjukkan pertumbuhan yang pesat sejak itu. Dengan matlamat untuk memperluas ke 30 cawangan menjelang 2025, jenama ini berada dalam perjalanan yang menarik untuk membawa mi tarik unik mereka kepada lebih ramai pencinta makanan.

MEE TARIK FAIZAL KONG @ KL GATEWAY


Lokasi : Lot LG1.09, Pusat Beli Belah KL Gateway, 2, 
Jalan Kerinchi, Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur



SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!