Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Ramadan tiba, ramadan tiba! Ha, dah tak lama lagi nak tibanya bulan Ramadan, pasti ramai yang sedang mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan kan? Baiklah, baru-baru ini, berpeluang dijemput ke preview eksklusif bufet Ramadan Mercure Selangor Selayang dimana mereka memperkenalkan tema buffet ramadan kali ini iaitu, “Cahaya Ramadan”. 

Terletak dekat dengan ikon terkenal, Batu Caves, Mercure Selangor Selayang ini menyambut tetamu dalam suasana yang meriah, hangat, dan penuh cita rasa tradisi Ramadan.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

BUFFET RAMADAN 2026 : CAHAYA RAMADAN DI MERCURE SELANGOR SELAYANG


Bufet ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10 malam di Meraki Restaurant, Aras 1. Menariknya, mereka menyediakan lebih 100 jenis hidangan, dari pembuka selera hinggalah pencuci mulut.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Ada pelbagai Aneka Pembuka Selera termasuk ulam-ulaman dengan lima jenis sambal iaitu Tempoyak, Budu, Sambal Belacan, Sos Thai, dan Air Asam Jawa. Selain itu, ada juga Rojak Buah, Kerabu Taugeh, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, serta pelbagai jenis acar, begedil, tauhu sumbat, telur masin, ikan sepat & ikan bulu ayam. Tak lupa keropok ikan, udang, dan sayur untuk pelengkap.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Antara tarikan utama ialah Stesen Gear Box, menampilkan pelbagai hidangan berasaskan daging lembu seperti hati, perut, sumsum tulang, dan potongan daging yang disajikan dengan daun ketumbar segar.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Kalau anda penggemar Lamb Grill, pasti suka sajian bersama sayur, kentang, sos lada hitam dan cendawan. Pilihan satay pula merangkumi ayam, kambing, dan daging lengkap dengan nasi impit, timun, bawang, dan kuah kacang tradisional.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Untuk rasa klasik Hari Raya, bufet ini turut menawarkan Lemang & Serunding, Ketupat Palas, Rendang Daging, Ayam & Kambing, dan Sayur Lodeh Kelantan bersama sohun dan tauhu.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Stesen Panggang Gaya Malaysia ada hidangan seperti Otak-Otak, Sata, Pepes, Udang Harimau, Ayam Panggang, dan Lamb Shoulder. Peminat mi pula boleh singgah di Gerai Aneka Mee, dengan pilihan Asam Laksa, Tom Yam, dan Mee Kari menggunakan pelbagai jenis mi.

Tak lengkap Ramadan tanpa kuih-muih tradisional! Ada Kuih Talam, Kuih Bakar Pandan, Koci Pulut Hitam Bersantan, Cucur Badak, Pulut Panggang, Karipap, Onde-Onde, Kole Kacang, dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Untuk pencuci mulut, ada stesen Ice Kacang & Aiskrim dengan pelbagai topping dan perisa pilihan anda.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang


Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Bagi peminat hidangan panas, Stesen Wok Istimewa Malaysia menyajikan Nasi Putih, Nasi Minyak, Ayam Sambal Bali, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Daging Masak Hitam, Kambing Masala, Udang Planta, Sotong Paprik, Pucuk Ubi Keledek Ikan Bilis, dan sayur campur.

Buffet Ramadan 2026 : Cahaya Ramadan di Mercure Selangor Selayang

Mercure Selangor Selayang juga menjemput kanak-kanak daripada Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang dan Pusat Tahfiz Addiniyyah, menambah lagi keceriaan di bufet ini. Alunan muzik Ramadan dan Raya melengkapkan suasana, membuatkan pengalaman berbuka lebih hangat dan bermakna.

PROMOSI & PAKEJ PENGINAPAN


Ada Early Bird Promo dengan harga:
  • Dewasa: RM88 nett
  • Kanak-kanak & warga emas: RM60 nett
Harga biasa selepas promo: RM118 nett seorang dewasa.

Selain itu, hotel menawarkan Pakej Bilik Ramadan pada RM235 nett termasuk:
  • Penginapan satu malam di Bilik Superior
  • Sahur atau sarapan untuk dua orang
  • Diskaun 20% untuk bufet Iftar di Meraki Restaurant

Tentang Mercure Selangor Selayang

Hotel 4 bintang ini ada 120 bilik moden, berdekatan restoran tempatan dan Hospital Selayang. Kemudahan termasuk All Day Dining, kolam renang, gimnasium, Wi-Fi berkelajuan tinggi, dan parkir dalaman/luaran. Dengan 8 bilik mesyuarat dan grand ballroom yang boleh memuatkan hingga 600 tetamu, hotel ini sesuai untuk perniagaan atau percutian keluarga.


Untuk Tempahan & Pertanyaan:  📞 +603-6128 9999 sambungan 8064


MERCURE SELANGOR SELAYANG


Lokasi : No B G 12, Dataran Emerald, Jalan Ps 11, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
🌐 mercure.com | all.accor.com/9280

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!