Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Baru-baru ini, berkesempatan untuk menghadiri program Golf Amal Selangor 2026 yang berlangsung di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang, Selangor. Program ini bukan sekadar acara sukan, tetapi membawa mesej yang lebih besar, usaha membantu dan memperkasa golongan belia melalui pendidikan dan kemahiran, khususnya dalam bidang TVET.

Apa yang menarik, program ini dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) bersama Persatuan Kesejahteraan Amal Kuala Lumpur (AMAL), dengan tujuan mengumpul dana bagi menyokong inisiatif pembangunan belia di Selangor. Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menyediakan bantuan, latihan serta peluang pembangunan kepada belia, terutamanya mereka yang memerlukan sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik.

GOLF AMAL SELANGOR 2026 : USAHA MURNI PERKASA BELIA MELALUI TVET DI BAWAH NAUNGAN YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Yayasan Raja Muda Selangor  (YRMS) dan Persatuan Kesejahteraan Amal Kuala Lumpur (AMAL) selaku penganjur bersama menganjurkan Golf Amal Selangor 2026 di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang, Selangor. Penganjuran program ini bertujuan mengumpul dana bagi menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan belia di bawah YRMS. Hasil kutipan dana akan disalurkan sepenuhnya kepada YRMS bagi penyediaan bantuan, latihan serta peluang pembangunan kepada belia yang bermastautin di sekitar negeri Selangor.

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Penganjuran Golf Amal Selangor 2026 turut mendapat sokongan padu daripada rakan penaja korporat yang komited terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan belia negara. Antara penaja yang terlibat adalah Mazda, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bernaz Auto Berhad, Kumpulan Semesta Sdb Bhd., Gutty, Adidas, ProTec, Deemples, F&N, naisc GLobal, GOP, KK Group dan Bubbles O2 Sdn Bhd. Sokongan strategik ini mencerminkan keyakinan sektor korporat terhadap peranan signifikan YRMS dalam melahirkan generasi belia berkemahiran dan berdaya saing.

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Program ini turut diserikan dengan penampilan khas barisan atlet bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tanah air, antaranya Safee Sali, Farizal marlias, Zaquan Adham, Razman Roslan dan Wan Zack Haikal. Kehadiran ikon-ikon sukan ini bukan sahaja menambah nilai kepada penganjuran program, malah menjadisumber inspirasi kepada golongan belia untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah yayasan yang berteraskan kebajikan serta pembangunan belia, yang telah ditubuhkan dan dilancarkan pada tahun 2003 oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Legasi naungan Diraja ini diteruskan pada tahun 2017 oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Penubuhan YRSM bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia, khususnya mereka yang kurang cenderung dalam bidang akademik, untuk memperoleh kemahiran menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif ini selaras dengan aspirasi membentuk modal insan berkemahiran tinggi yang mampu berdikari serta berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Fokus utama YRMS adalah membantu belia daripada latar belakang golongan berpendapatan rendah dan terpinggir dengan membekalkan kemahiran yang relevan serta bersesuaian dengan keperluan industri semasa. Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri, bagi memastikan latihan yang ditawarkan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.  

Secara keseluruhan, Golf Amal Selangor 2026 bukan sekadar acara golf atau program kebajikan semata-mata. Ia adalah simbol kerjasama antara yayasan, sektor korporat dan masyarakat dalam membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia.

Golf Amal Selangor 2026 : Inisiatif Yayasan Raja Muda Selangor Dalam Memperkasa Belia Melalui TVET

Usaha yang digerakkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor melalui program TVET jelas menunjukkan bahawa pembangunan belia tidak boleh bergantung kepada akademik semata-mata, tetapi juga kepada kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan industri. Diharapkan lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan, supaya lebih ramai belia mendapat peluang untuk membina kerjaya dan masa depan yang lebih cerah.

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!