Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, aku di sini baik-baik sahaja. Macam biasa, bila dah berdekatan dengan bulan Ramadan pastinya aku akan kongsikan di mana lokasi berbuka puasa yang menarik kan? Kali ini aku nak kongsikan satu tempat menarik iaitu di Park Innn by Radisson Putrajaya.
BUFFET RAMADAN 2026 : SAJIAN WARISAN BONDA DI PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Bulan Ramadan, bulan kesembilan dalam kalendar Islam, sentiasa dinanti sebagai bulan paling mulia dan penuh keberkatan. Setiap tahun, kehadiran Ramadan bukan sahaja membawa suasana ibadah yang istimewa, malah turut menyerikan pengalaman berbuka puasa dengan pelbagai hidangan tradisional yang menggoda selera.
Tahun 2026 ini, Park Inn by Radisson Putrajaya tampil dengan buffet Ramadan bertemakan “Sajian Warisan Bonda”, yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa penuh nostalgia melalui hidangan resipi turun-temurun. Bermula 20 Februari 2026, para tetamu berpeluang menikmati pelbagai juadah istimewa yang diinspirasikan daripada masakan tradisional keluarga, lengkap dengan aroma masakan kampung yang membangkitkan selera.
LEBIH 100 MENU TRADISIONAL & LIVE STATION MENARIK
Diketuai oleh Ketua Cef Mohd Faizul bersama pasukan dapur yang berpengalaman, buffet Ramadan ini menawarkan lebih 100 jenis hidangan yang pasti memikat selera. Antara tarikan utama ialah live station seperti:
- Kambing Golek
- Satay
- Gulai Kawah
- Pelbagai hidangan panas dan tradisional
- Ulam-ulaman kampung
- Aneka pencuci mulut tradisional dan moden
- Minuman menyegarkan
Menariknya, Park Inn by Radisson Putrajaya turut menyediakan 4 menu berbeza secara giliran (rotation menu), memastikan setiap kunjungan memberikan pengalaman rasa yang berbeza dan tidak membosankan.
SUASANA BERBUKA YANG MERIAH
Selain itu, kemudahan surau turut disediakan untuk keselesaan tetamu Muslim, manakala kawasan parkir yang luas memudahkan pengunjung. Bagi yang ingin menunaikan solat Tarawih di masjid, Masjid Ikram terletak hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki dari hotel.
PAKEJ STAYCATION RAMADAN
- Penginapan semalam
- Buffet Ramadan untuk dua orang
- Sajian sahur
Pakej ini sesuai untuk pasangan, keluarga, atau mereka yang ingin menikmati suasana Ramadan dengan lebih santai.
HARGA BUFFET RAMADAN DI PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Masa: 7.00 malam – 10.00 malam
Harga:
- RM128 nett seorang dewasa
- RM69 nett untuk warga emas / kanak-kanak (5–12 tahun)
Early Bird Voucher
- RM89 nett seorang (dewasa sahaja)
Tempoh jualan: sekarang hingga 18 Februari 2026
Tempahan & Pertanyaan: RBG Restaurant
📞 +603-8911 1999
PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
03 89111999












The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.