Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di kesibukan kerja serta mengerjakan ibadah puasa, aku sebenarnya terlepas pandang bahawa pageview blog ini sudah pun mencapai angka ke 11 juta. Rasa macam baru je lagi pageview capai angka 10 juta. Alhamdulillah. Eh, baru perasan ayat macam sama dengan ayat dalam entri terdahulu.
Baca Juga : 10,000,000 dan Alhamdulillah
Walaupun sekarang agak sibuk dengan kerja, tetapi aku sedaya upaya cuba untuk mengupdate artikel di blog ini sebanyak yang mungkin. Masih ingat di suatu ketika aku mampu menghasilkan 3 artikel sehari, tetapi kali ini agak sukar. Untuk capai 1 artikel sehari pun agak susah. Tetapi aku tidaklah membiarkan blog ini berhabuk. Akan ada juga artikel baru sama ada artikel siaran media atau sebagainya.
Untuk bulan puasa ini, agak banyak juga artikel buffet Ramadan. Alhamdulilloah, masih diberi kepercayaan untuk berkongsi tentang buffet Ramadan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menjemput dan memanggil untuk hadir ke buffet Ramadan.
Untuk job-job lain pula, maaf ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan kerja. Banyak yang terpaksa ditolak cara baik kerana waktu sangat tidak cukup. Hanya untuk kerja selepas waktu bekerja sahaja yang mungkin aku akan terima.
Baiklah, dah sampai ke penghujung artikel ini, sekali lagi aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa hadir ke blog ini, membaca artikel dan juga memberikan komen-komen yag bernas.
Sekian Terima Kasih



The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.