Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, seperti yang hampa boleh baca pada tajuk, kali ini aku nak kongsikan pengalaman makan makanan yang agak unik bersama keluarga.

Sepert yang hampa sedia maklum, baru-baru ni keluarga aku ada datang ke Selangor untuk staycation. Jadi, aku sebagai orang yang sudah menetap di sini belasan tahun, kenalah galas tanggungjawab jadi tour guide tak berbayar. Aku pun cubalah bawa keluarga makan ke sebuah tempat yang bagi aku cukup menarik untuk dicuba.

Port Makan Best di Subang Perdana: Ole Ayam Gepuk

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang boleh dikategorikan sebagai pencinta tegar ayam gepuk. Tapi kalau tengok sekarang ni, memang ramai betul yang gila dengan menu ni. Pernah aku lalu beberapa kedai Ayam Gepuk lain, fuhh... orang beratur punya lah panjang. Memang hebat penangan dia!

Disebabkan aku yang kena susun jadual makan dan aktiviti sepanjang keluarga ada di sini, aku pilih untuk bawa mereka ke sebuah restoran yang agak baru iaitu Ole Ayam Gepuk yang terletak di Subang Perdana. Sebenarnya kawasan ni selalu juga aku lalu, tapi tak perasan pula ada restoran aesthetic macam ni kat sini.

Ruang & Suasana Restoran Yang Selesa

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Kami sampai sekitar jam 12 tengah hari. Waktu tu kira awal lagi untuk lunch hour, jadi ruang parking yang luas tu memang masih kosong. Alhamdulillah, bab parking ni memang aku puji sebab senang sangat kerja.

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Masuk sahaja ke dalam restoran, suasana memang selesa dan sejuk. Di luar cuaca memang panas terik, tapi bila masuk ke dalam, terus rasa lega sebab aircond dia cukup sejuk. Untuk buat pesanan pula, hampa tak perlu susah-susah ke kaunter ya. Boleh terus buat pesanan di kiosk pintar.

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Memang moden dan memudahkan, terutamanya bagi orang yang jenis malas nak berurusan atau bersembang panjang dengan manusia ni. Self-service je semua!

Menu Unik: Ayam Gepuk Sos Pistachio!

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Kami datang berlima, jadi ada lima pesanan set ayam gepuk. Tapi yang buatkan pengalaman kali ini berbeza sebab aku nekad nak mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain iaitu Sos Pistachio.

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Nampak macam pelik, kan? Aku pun rasa pelik juga masa mula-mula nak order tu. Macam mana rasa kacang pistachio bila makan dengan nasi?

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Dalam satu set ayam gepuk ni, biasanya akan ada:
  •  Nasi putih yang cukup portionnya.
  •  Ayam goreng garing yang besar saiznya.
  •  Tauhu dan tempe goreng.
  •  Kubis goreng.
  •  Sambal gepuk yang 'kick'.
Yang paling syok kat sini, air adalah unlimited refill. Jadi hampa boleh isi semula air beberapa kali sampai kembung perut, sangat berbaloi!


Jujur Review: Sedap ke Sos Pistachio ni?


Untuk ayam gepuk dia, bagi aku memang sedap. Tahap kepedasan sambal dia memang mantap dan cukup rasa. Cuma nasihat aku, untuk orang tua atau sesiapa yang tak tahan pedas, mungkin kena inform siap-siap atau cuit sikit je sambal tu. Sebab memang betul-betul pedas menyengat!

Review Sos Pistachio:

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Sos ni berwarna hijau, teksturnya agak pekat dan likat. Bila disatukan dengan ayam gepuk, bagi aku rasanya masuk juga! Rasa dia lebih ke arah sos kacang yang berlemak dan ada sedikit rasa manis. Bila kena dengan sambal yang pedas tu, dia jadi satu kombinasi yang unik, ada rasa pedas, lemak, dan manis dalam satu suapan.

Kenapa Kena Cuba Ole Ayam Gepuk Subang Perdana?
  1. Parking Luas: Tak perlu pening kepala cari tempat letak kereta.
  2. Suasana Selesa: Bersih, sejuk, dan sesuai untuk bawa keluarga.
  3. Proses Cepat: Guna kiosk pesanan, makanan sampai pun tak lama.
  4. Ayam Saiz Besar: Puas hati makan sebab portion ayam dia memang besar.
  5. Minuman Refill: Tak perlu risau kalau kepedasan, boleh tambah air bila-bila masa.
Makan di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana

Secara keseluruhannya, pengalaman makan di sini memang terbaik. Walaupun menu utamanya cuma ayam gepuk, tapi kualiti dan keunikan sos yang mereka tawarkan tu buatkan ia berbaloi untuk dicuba.

Review Makan: Sos Pistachio di Ole Ayam Gepuk, Subang Perdana. Unik ke Pelik?

Alhamdulillah, misi bawa keluarga makan kali ini selesai. Nanti aku akan ceritakan lagi lokasi tempat makan menarik yang lain pula. Tapi untuk Ole Ayam Gepuk Subang Perdana ni, rating dari aku memang padu!


RESTORAN OLE AYAM GEPUK, SUBANG PERDANA


LOKASI : 246, Jalan Lapangan Terbang Subang Lama, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

WAKTU OPERASI : Setiap Hari : 11AM - 1 PM


SEKIAN 

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!