MLM 2013 : Boboi Mahu Tarik Diri Dari MLM 2013


Mengejutkan, selepas diumumkan antara kumpulan yang terendah menerima undian di minggu keempat MLM 2013, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mengumumkan di hadapan para penonton bahawa mereka ingin menarik terus dari gelanggang MLM 2013.
Menurut Afdlin, dia tidak bersetuju jika kumpulan Mamu disingkirkan dan merasakan tiba masa kumpulan Boboi berundur untuk memberi laluan kepada pelawak muda untuk mencari pengalaman dan mengukuhkan nama mereka dalam dunia komedi tanah air.
“Saya rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru.
“Mengapa saya dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik untuk terus  berada dalam keadaan selesa di gelanggang MLM.
“Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai kumpulan pelawak muka baru yang berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain,” jelas Afdlin Shauki panjang.
Dalam pada itu, Harun Salim Bachik menafikan punca utama mereka mahu menarik diri terus dari gelanggang MLM 2013 kerana mempunyai masalah dalaman yang menjadi punca utama kemerosotan Boboi dari minggu ke minggu.
“Terus-terang kami tiada masalah seperti yang anda lihat. Saya dan Afdlin rapat seperti biasa cuma kami rasa sudah tiba kami untuk berundur diri beri laluan kepada pelawak muda. Jika kami mempunyai masalah dalaman dari awal lagi kami tidak menyertai MLM2013.
“Tetapi selepas berbincang di awal minggu MLM 2013, saya dan Afdlin bersetuju bahawa jika kami berada dalam kelompok tiga terbawah, kami akan tarik diri dan beri peluang kepada kumpulan pelawak lain untuk bersaing.
“Bukan bermaksud kami tidak mahu lagi berada di pentas lawak selepas mengundurkan diri Cuma kami mengharapkan pelawak muda seharusnya menimba pengalaman dan menempa nama di hati peminat-peminat yang mengikuti perkembangan dunia lawak,” tambah Harun lagi. " SUMBER 
 
 
 Apa yang boleh angah katakan adalah rezeki masing-masing,mungkin ini sudah ketentuanNYA? Terimalah dengan seadanya.
Sekian. 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post