Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013, Gondol RM500,000




"Tahniah  diucapkan kepada kumpulan Sepahtu yang telah berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak             RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Keputusan undian sebanyak 72% melayakkan kumpulan yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim itu bergelar juara MLM musim ini.
Naib Juara menjadi milik Shiro dengan 69% undian dan mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu, kumpulan Bocey memberi kejutan apabila ketiga-tiga mereka memenangi gelaran ‘Man Of The Match’ pada pertandingan akhir MLM2013 dan turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Bocey memberi saingan sengit kepada kumpulan Shiro dengan memperolehi 68% undian dan melayakkan mereka memperolehi hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi.
Tempat keempat dan kelima menjadi milik Kumpulan Jambu dan satu-satunya peserta solo, Nabil Ahmad dengan perbezaan 1% undian iaitu sebanyak 65% dan 64%.
Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM15,000 serta trofi sumbangan Astro. "

Tahniah!!

Akhirnya berakhir sudah Maharaja Lawak Mega 2013.Penantian yang cukup mendebarkan.Apa pendapat anda tentang persembahan semalam?Menarik??Atau ada yang tidak dapat hadiah yang sepatutnya?? :D 


4 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم