Tauge : Kesihatan dan Alasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cegah Kanser : Tauge yang merupakan jenis kacang hijau,alfafa dan sebagainya mengandungi banyak unsur-unsur fitokimia yang berkhasiat.Salah satunya ialah kanavanin(canavanine) iaitu sejenis amino asid yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia,usu besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita : Tauge juga mempunyai hormon estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sinteses.Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,gangguan menjelang haid,simptom pro-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

Lebih Subur : Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Kurangkan Lemak : Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian.Saponi di dalam tauge akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum,kadar saponinya meningkat sehingga 450%.


Buang Kotoran : Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usu besar. Apabila kotoran dihapuskan,tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh,ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat meransang sel kanser.

Lebih Muda : Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.Secara kesimpulannya tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sebenarnya angah sendiri pun tak makan tauge. Bukannya apa,angah rasa macam alergik.Tambah-tambah bila angah makan mee goreng atau bihun goreng yang ada tauge.Angah akan letak tauge kat tepi pinggan,baru angah makan mee atau bihun tu. Bukan apa,sebab bila angah gigit tauge tu,angah rasa loya. Sangat-sangat tak sedap. Tapi bila fikir balik,makanan yang tak sedap tu adalah sangat berkhasiat.
In Shaa Allah selepas ini angah akan cuba untuk makan tauge. Kalau nak sihat,kenalah mencuba dulu kan?? Sekian. 



7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sedapnya nie taugeh di buat sayur tumis :)

    ReplyDelete
  2. Nice entry!=) from segmen mak dara. nak bisnes tapi taktahu nak bisnes apa? jom ke http://www.aimisyahirah.com/2014/04/jom-buka-franchise-sendiri-dengan-cbp.html

    ReplyDelete
  3. lama pulak rasa mama tak masak tauge ni ngah.. kena buat lah lunch ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post