Maharaja Lawak Mega 2014 : Virus tidak ke FINAL!!




Minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM 2014) menyaksikan kumpulan Virus yang dianggotai pelawak Zizan, Pak Yus dan Tauke telah tersingkir.Virus terpaksa melupakan hasrat mereka untuk bertanding di pentas akhir apabila memperolehi peratusan terendah iaitu sebanyak 48.61%.

Malam bertemakan ‘Props’ dan ‘Loghat’ yang berlangsung pada malam tadi (Jumaat), sangat memberikan cabaran kepada semua peserta kerana rata-rata persembahan tidak secemerlang minggu lalu.Bagaimanapun apa yang boleh Astro Gempak jelaskan, kumpulan Virus tewas dengan maruah kerana persembahan mereka pada minggu ini lebih baik daripada minggu lepas.

Namun, kami tidak berjaya untuk menemubual Virus kerana mereka tidak kelihatan semasa majlis sidang media malam tadi.Sementara itu, kumpulan Zero telah memecah rekod Maharaja Lawak Mega apabila menjadi peserta ‘hotseat’ pertama berjaya mara ke peringkat akhir.

Sharif mewakili kumpulan Zero berkata, mereka bersyukur kerana perjuangan mereka selama ini akhirnya menampakkan hasil.“Alhamdulillah, kami memang berharap dapat melangkah kaki ke final kerana kami berniat nak hantar ibu dan ayah pergi menunaikan ibadah umrah dan haji.

“Insyallah, kalau ada rezeki kami…adalah…,” katanya ketika ditemui.

Ditanya mengenai persediaan akhir sebelum melangkah ke pentas Final, Syaiful, Sharif dan Atu memberitahu mereka masih mencari material untuk malam bertemakan muzikan dan bebas itu.

“Kami akan lakukan yang terbaik demi ibu, ayah dan para peminat kami…,” jawab mereka dengan penuh semangat.

Astro Gempak kongsikan kedudukan akhir para peserta selepas 70% markah juri dan 30% markah dari undian SMS dicampur:

1. Nabil – 62.48%
2. Zero – 60.21%
3. Bocey – 55.36%
4. Sepahtu – 53.22%
5. Shiro – 51.32%
6. Virus – 48.61%

Kepada para peminat dan penyokong MLM 2014, jangan lupa untuk menyaksikan lima ‘super hero’ berentap di pentas akhir pada minggu hadapan.

Pentas akhir MLM 2014 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, bermula jam 10 malam, minggu hadapan (Jumaat) dan disiarkan menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD.


..................................................... 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jumaat malam yang lalu , angah telah terlepas daripada menyaksikan pentas separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Kalau sebelum ini angah akan ke rumah kawan angah semata-mata untuk melihat Maharaja Lawak Mega , tetapi disebabkan minggu peperiksaan semakin hampir, angah mengambil keputusan untuk berada di rumah sewa sahaja.
Apa - apa pun keputusan yang diterima pada malam tersebut sudah menjadi jangkaan angah. Angah sememangnya sudah menjangkakan bahawa  kumpulan virus tidak akan ke final.
Sekian. 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Virus mmg kutang menyengat.. rasanya lrbih baik JOZAN & JAMBU. Kerana virus kurang menambat hati penonton..;)

    Jemput join..
    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html?m=0

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post