Fakta Unik Tentang Buah Delima


Assalamualaikum dan salam sejahtera

FAKTA UNIK TENTANG BUAH DELIMA

BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah Delima Penyembuh Penyakit Nabi Ayyub A.S
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?”

Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”

Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua buah delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.

Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut. 

Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik daripada beribadah satu tahun.”


Fakta Unik Tentang Buah Delima

Buah Delima Ditanam Secara Meluas Seluruh Dunia.

Delima adalah antara pokok di syurga, kini ditanam secara meluas sehingga ke China dan California, Amerika Syarikat untuk tujuan komersial. Antara keunggulan buah ini ialah susunan dalamannya. Dalam banyak budaya masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan usia yang panjang. Orang China umpamanya, menjadikan amalan makan buah delima di majlis perkahwinan sebagai lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan yang besar.

Ketika zaman Nabi Musa a.s, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam di Palestin yang kini dinamakan Hebron merupakan pengeluar delima atau rumman, Nama Rimmon diambil sempena buah delima.

Bagaimanapun, delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan Banjaran Himalaya dan utara India dan berkembang menjadi tanaman penting di pesisir Laut Mediterranean. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Khasiat Buah Delima

 


Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan buah delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.

la juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Sementara dalam dunia perubatan Yunani, buah delima mampu mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.

P/S: Amalkan memakan buah delima untuk mendapatkan kulit yang halus dan gebuss dan juga untuk kesihatan.


Sumber  : GilerKentang 

12 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. angah,akak pagi2 amalkan minum pati buah delima yusuf taiyoob..

    ردحذف
  2. banyak fakta dan kelebihan buah delima ni kan..thanks angah,kongsikan info berguna maca ni :)

    ردحذف
  3. bibir merah bak delima....

    oooo..patut la ada ayat cengitu, rupanya buah delima ni mcm ni yer....tq info ni angah

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم