Mangsa rakus rakan sekerjasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber : Sinar Harian

SEREMBAN - Seorang wanita dirogol selepas diberi minum arak oleh rakan sekerjanya yang meraikan ulang tahun pertama bekerja di sebuah pusat jagaan orang tua di bandar ini, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, wanita warga Pakistan berusia 25 tahun itu dirogol lelaki warga India berusia 32 tahun di dalam salah sebuah bilik di pusat jagaan terbabit sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa masuk ke bilik untuk tidur akibat pening kepala dan muntah selepas minum arak yang diberikan suspek.
“Pada malam kejadian, suspek memberi minuman arak kepada mangsa selepas meraikan ulang tahunnya selama setahun bekerja di pusat jagaan orang tua itu.

“Mangsa berasa pening kepala dan muntah selepas minum air itu dan terus masuk bilik untuk tidur dan apabila terjaga dari tidur, dia melihat suspek mengambil gambarnya tanpa sebarang pakaian sebelum merogolnya,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya menolak suspek dan melarikan diri dengan keluar dari pusat jagaan orang tua tersebut sementara mangsa meminta pertolongan jiran di hadapan rumah yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan 999.

"Sebaik polis tiba, suspek telah melarikan diri dan usaha mengesannya giat dijalankan termasuk mendapatkan bantuan pemandu teksi yang membawa suspek ke Kuala Lumpur selepas kejadian itu.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan selepas tiga jam melakukan jenayah rogol iaitu kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ketika ditahan polis turut merampas barang-barang milik mangsa iaitu sebuah beg, komputer riba dan tiga telefon bimbit milik mangsa dan milik penghuni rumah orang tua tersebut.

"Suspek kini direman sehingga 3 Julai depan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun," katanya.

Sekian

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم