Motor Rosak Lagi!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari Isnin yang lalu ,motorsikal aku buat hal lagi. Rosak lagi di bahagian enjin yang membuatkan RM120 melayang. Ianya menyebabkan dompet aku hanya berisi angin sahaja. Apa perasaan anda bila dah simpan duit untuk kegunaan lain, tiba-tiba kenderaan anda pula membuat hal? Hancur berkecai hati ini.
Tapi aku bersyukur kerana ketika aku dalam kesusahan, ada beberapa insan yang sudi memberikan bantuan. Sama ada bantuan kewangan , idea, mahupun nasihat, semuanya sangat-sangat aku harapkan. Jika aku bersendirian , sudah pasti aku tak tahu macam mana nak bertindak.
Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapa aku , kepada rakan aku dan juga lain-lain yang telah membantu. Kadang-kadang aku pelik , dikala aku ditimpa kesusahan , pasti akan ada yang membantu. Sama ada aku kenal mahupun tidak kenal, mereka tetapi memberikan bantuan. 
 Di kala aku sudah putus harapan , buntu untuk memikirkan cara, pasti ada sesiapa yang datang membantu. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku pertolongan. Situasi sebegini membuatkan aku lebih bersyukur terhadap rezeki yang Engkau berikan.

Sekian. 

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. mungkin ada hikmah tertentu kenapa moto rosak..mungkin Allah selamatkan perkara yang buruk berlaku semasa perjalanan ,,bersyukur kerana ada yg menolong

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم