Album Baru Dato Siti Nurhaliza : Simetri Siti



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada 5 Mei 2017 telah berlangsungnya pelancaran album studio yang ke 18 oleh penyanyi No 1 negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin. Album yang diberi nama SimetriSiti ini memuatkan 10 buah lagu yang dicipta oleh komposer tempatan dan luar negara. Pelancaran album ini telah dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Penghasilan album ini bermula pada bulan April, di mana anda boleh lihat di Instagram Rozisangdewi , pengurus dan juga kakak ipar beliau, beberapa post berkenaan penghasilan dan rakaman lagu dijalankan. Ada ketikanya Dato Siti Nurhaliza ke Indonesia untuk merakamkan lagu di sana.

Senarai Lagu :-

1."Penghiburku" (bersama Joe Flizzow)Siti Nurhaliza
2."Aku Bukan Malaikat"  Opick, Dian
3."Kau Takdirku"  Mohariz Yaakup, Habsah Hassan
4."Hiasi Duniaku"  Sid Murshid
5."Kisahku Inginkan" (bersama Judika)Ivan Lahardhika
6."Ikrar Cinta"  Amirah Ali, Sulu Sarawak
7."Manis Terindah"  Aubrey Suwito, Ad Samad
8."Bersandar Cinta"  Aubrey Suwito, Ad Samad
9."Segala Perasaan"  Ivan Lahardhika
10."Tak Perlu Ragu"  Ade Govinda
Apa yang menarik, terdapat sebuah lagu yang memuatkan penyanyi terkenal Indonesia sebagai penyanyi duet. Penyanyi Indonesia itu adalah Judika. Mereka berduet di dalam lagu Kisah Ku Inginkan. Manakala bagi lagu ciptaan Dato Siti Nurhaliza itu sendiri iaitu lagu Penghiburku, ianya turut disertai penyanyi rap Joe Flizzow.

Kulit Album Eksklusif.


Walaupun pelancarannya adalah pada 5 Mei 2017, pembelian album hanya boleh didapati pada 10 Mei 2017. Walau bagaimanapun kepada peminat , anda boleh memeli secara pre order di Lazada bermula 5 Mei. Pihak Universal Muzik juga ada menawarkan 300 keping album eksklusif di mana kulit albumnya berbeza, terdapat tandatangan Dato Siti Nurhaliza juga bersama 3 keping poskad diberikan. Malangnya kesemuanya telah sold out dalam jangka masa 20 minit sahaja ketika pembelian baru dibuka.


Ihsan Utusan | Pelancaran Album

Album studio terakhir yang dihasilkan oleh Dato Siti Nurhaliza sebelum ini adalah album Fragmen pada 2014, dimana album itu diangkat menjadi album of the year. Bagaimana pula dengan album kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Lampiran video:-
Persembahan Teaser 10 Lagu
 

Di Sebalik Tabir Pembikinan Album



Sekian.

Sumber :-
Youtube SitiOfficialVideo 

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم