Album Adiwarna (1998)

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Adiwarna merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anugerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”, "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.

....................................................................

Penerbitan

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, meneruskan kejayaan album Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II dan Cindai. Untuk album Adiwarna, Siti Nurhaliza bersama mentornya, Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik, dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini – “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”. Adik Adnan, Azlan Abu Hassan menyumbangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa.

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”. Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.

........................................................................

Pemilihan Tajuk Album




Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998, Siti berkata, beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan, istilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan. Selain itu, Adiwarna bagi Siti, juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.

Menurutnya: "ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,". Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.

.............................................................................................................

Keluaran dan Sambutan

Adiwarna dikeluarkan pada 29 Jun 1998 dan mendapat sambutan yang baik semasa pelancarannya dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit dan menerima pensijilan 4x platinum. Di samping itu, muzik video untuk lagu "Purnama Merindu", “Diari Hatimu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Laguku Di Hatimu”, “Demi Kasih Sayang” dan “Gelora Asmara” telah dikeluarkan.

Sepertimananya tiga album Siti Nurhaliza terdahulu, album Adiwarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album yang berbeza. Album ini juga dikeluarkan enam bulan selepas Siti menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions pada 12 Januari, sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-19.

Kejayaan album Adiwarna meyakinkan Siti Nurhaliza bahawa sesetengah album perlu disinergikan pada platform media lain untuk memastikan ia berjaya.

...................................................................................



Senarai Runut :-

1. Purnama Merindu
Penulis : Lukhman S.
Komposer : Azmeer

2. Sendiri
Penulis : Baiduri
Komposer : L.Y

3. Kita Kan Bersama
Penulis : Sham Amir Hussain
Komposer : Malek Osman

4. Tak Rela Berpisah Darimu
Penulis : Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

5. Lagu Ku Dihatimu
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Salman

6. Diari Hatimu
Penulis : Ferdi Khalis NS
Komposer : Ferdi Khalis NS

7. Satu Cinta Dua Jiwa
Penulis : Ucu
Komposer : Azlan Abu Hassan

8. Demi Kasih Sayang
Penulis : Baiduri
Komposer : L.Y

9. Tak Boleh Lupa
Penulis : Juwie
Komposer : Johari Teh

10. Gelora Asmara
Penulis : Hazida
Komposer : Adnan Abu Hassan

.......................................................................




Anugerah

  • Anugerah Industri Muzik 1999
Album Pop Terbaik - Menang
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Menang
Album Terbaik - Menang


  • Anugerah Juara Lagu 1999

Lagu : Purnama Merindu
Kategori Balada - Menang

Lagu : Satu Cinta Dua Jiwa
Kategori Pop Rock - Dicalonkan


  • South Pacific International Song and Singing Competition 1999


Lagu : We'll Be As One (Satu Cinta Dua Jiwa)
Best Female Vocal Performance - Menang
Pop Winner/Top 40 Category International Song - Menang

........................................................................

Sekian

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم