Album Prasasti Seni (2004)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Prasasti Seni merupakan album ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama kulit album dibuat di luar studio. Penggambaran untuk kulit album ini dijalankan di Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit, ia merupakan album terakhir beliau bersama Suria Records.

Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik.

......................................................................


Penciptaan


Prasasti Seni adalah album yang melengkapkan perjalanan seni Siti Nurhaliza selama hampir satu dekad. Prasasti dalam bahasa Sanskrit bermaksud batu bersurat atau tanda yang mencatat sejarah kewujudan. Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia, Siti berkata judul Prasasti Seni dipilih sebagai lambang kewujudannya dalam bidang seni dan lagu-lagu beliau merupakan tanda atau catatan mengenai kewujudan itu.

Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Iman Wan, Andy Flop Poppy, Yasin, Mohar, Along Exists, dan Pongky Jikustik dengan Tan Su Loke sebagai Penerbit Eksekutif dan Edwin Tan sebagai penolong eksekutif. Album ini juga memperlihatkan keberanian Siti untuk membuat anjakan paradigma apabila memilih banyak nama baru untuk bekerjasama. Empat komposer yang pertama kali berkerjasama dengan Siti melalui album ini ialah Yassin, Andy, Iman Wan dan G-Nola.

Dirakamkan pada pertengahan 2003 sehingga awal 2004, album Prasasti Seni memuatkan 13 lagu dengan dua daripadanya ialah interlud, lari dari kebiasaan album terdahulu yang memuatkan 10 lagu, mengetengahkan genre muzik R&B dan balada selain muzik pop. Sebagai contoh, lagu "Pendirianku" yang bergenre pop hip hop yang menampilkan nyanyian rap oleh Siti dan lagu "Lagu Rindu" yang bergenre muzik dunia. Dalam album ini, Siti menulis lirik untuk empat lagu – "Cinta Tak Berganti", "Cahaya Seribu Liku", "Pejam Matamu" dan "Kembalikan Indah" yang ditulis bersama oleh Roslen Fadzil atau Slen.

..................................................................................

Keluaran dan Sambutan

Album Prasasti Seni dikeluarkan pada 12 April 2004 dan terjual sebanyak 50, 000 unit pada hari pertama pelancarannya. Hasilnya, jualan album ini lebih memberangsangkan berbanding album Aksara oleh Misha Omar. Sehingga lewat 2004, album ini terjual melebihi 100, 000  unit di Malaysia dan 700, 000 unit di Indonesia.

Lagu Seindah Biasa, Dialah di Hati dan Lagu Rindu telah dikeluarkan sebagai single, di samping itu, video muzik untuk ketiga-tiga lagu ini juga dikeluarkan. Album Prasasti Seni berjaya memasuki Carta RIM pada minggu keenam di kedudukan pertama carta. Seindah Biasa, Dialah di Hati dan Lagu Rindu berjaya menguasai carta muzik tempatan termasuk Carta Era dan Carta Muzik FM, lagu lain termasuk Pendirianku dan Pejam Matamu mendapat siaran meluas di stesen radio.

Siti memperdendangkan Lagu Rindu semasa acara kemuncak Anugerah Planet Muzik di Singapura dan persembahan beliau memukau para hadirin. Semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 pada Ogos, Siti menyanyikan lapan lagu dalam album Prasasti Seni.

..................................................................



Senarai Runut

1. Dialah Di Hari
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Aidit Alfian

2. Pendirianku
Penulis : M. Zulkifli
Komposer : Zuriani

3. Cinta Tak Berganti
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Iman Wan

4. Cahaya Seribu Liku
Penulis : Siti Nurhaliza , Tanty
Komposer : Andy Flop Poppy

5. Hanya Dirimu
Penulis : Hani MJ
Komposer : Ajai

6. Lagu Rindu
Penulis : Yasin
Komposer : Yasin

7. Sakti
Penulis : Loloq
Komposer : Mohar

8. Pejam Matamu
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : G Nola

9. Kembalikan Indah
Penulis : Siti Nurhaliza, Slen
Komposer : Helen Yap

10. Ku Menunggu
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Aidit Alfian

11. Seindah Biasa
Penulis : Ponky Jikustik
Komposer : Ponky Jikustik

.................................................................



Anugerah

  • Anugerah Era 2004
Lagu : Dialah Di Hati
Muzik Video Pilihan Terbaik - Dicalonkan
Lagu Pop Pilihan Terbaik - Dicalonkan
Penyanyi Wanita Pilihan - Dicalonkan
  • Anugerah Era 2005
Lagu : Lagu Rindu
Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Seindah Biasa
Muzik Video Pilihan Terbaik - Dicalonkan
Lagu Pop Pilihan Terbaik - Dicalonkan
  • Anugerah Industri Muzik 2005

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Menang
Kulit Album Terbaik - Dicalonkan
Album Pop Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Dialah Di Hati
Gubahan Terbaik di dalam Lagu - Dicalonkan
Lagu Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Seindah Biasa
Gubahan Terbaik di dalam Lagu : Menang
  • Anugerah Planet Muzik 2005

Lagu : Dialah Di Hati
Lagu Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Lagu Rindu
Lagu Paling Popular - Menang

  • Hits 1 2004
Lagu : Lagu Rindu
Lagu Terbaik - Tempat Kedua
Persembahan Terbaik - Menang
Lagu Paling Popular - Menang

...................................................................................
Sekian


2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم