Makan Original Belgian Fries ? Sedap ke Tidak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Baiklah. Aku ada soalan sikit nak tanya, siapa kat sini suka makan kentang goreng? Anda suka kentang goreng yang jenis bagaimana? Selalunya anda makan kentang goreng bila? Untuk aku, sebelum-sebelum ini aku hanya akan makan kentang goreng bila makan di restoran makanan segera yang menyertakan sekali kentang goreng di dalam set hidangan.

Untuk sesaja beli dan goreng sendiri di rumah, aku sebenarnya agak malas, melainkan di rumah parent di mana ada orang yang akan gorengkan ( adik aku ). Hahaha. Okay, kali ini aku nak kongsi dengan anda satu fries atau kentang goreng yang aku berpendapat sedap dan lain daripada yang lain.

ORIGINAL BELGIAN FRIES

Golden yellow and crisp on the outside and tender on the inside, Belgian fries, or frites, as we call them, are a true Belgian delicacy that is delicious either as a side served with steak, or as an appetizing snack with a mayonnaise-based sauce!

#1 Apa Perbezaan French Fries dengan Belgian Fries?

Sebenarnya French Fries dan Belgian Fries adalah sama, malah fries itu sendiri sejarahnya daripada negara Belgium. Tetapi ada sesuatu yang salah dari segi penamaan dan membuatkan French Fries lebih dikenali ramai.

Ada juga fakta atau pendapat yang mengatakan French Fries lebih nipis berbanding Belgian Fries. French Fries di sini sebenarnya bermaksu potongan 'French' dan disebabkan itu dikenali sebagai French Fries.

Ketiga, terma "French" telah dimulakan oleh askar Amerika yang tiba di Belgium ketika perang dunia pertama, kemudian mereka makan Belgian Fries, tetapi memanggilnya sebagai French Fries disebabkan French adalah bahasa rasmi untuk askar Belgium ketika itu. 


PELANCARAN ORIGINAL BELGIAN FRIES DI MALAYSIA

Beberapa  hari yang lalu, aku dijemput untuk sertai satu majlis pelancaran dan juga sidang media mengenai Original Belgian Fries di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Program ini juga turut menjadi sebahagian daripada acara Food and Hotel Malaysia 2019 yang juga berlangsung di lokasi yang sama. Untuk tahu lebih lanjut tentang acara dan juga perkara mengenai Original Belgian Fries, anda boleh klik artikel Original Belgian Fries yang telah aku terbitka sebelum ini.


Di program berkenaan, aku bersama rakan media lain dapat mencuba untuk makan Original Belgian Fries dan juga peluang bergambar dengan ambassador atau duta bagi kentang goreng ini. Menarik kan, kentang goreng pun ada duta!


Alhamdulillah, tak sangka pula ada Lucky Draw untuk program kali ini. Sebenarnya di awal program aku hanya masukkan sahaja business kad aku ke dalam balang. Tak sangka pulak lucky draw dibuat dengan menggunakan balang itu. Alhamdulillah, kad aku terpilih. Aku menjadi antara 3 orang yang bertuah pada program tersebut.

Apa hadiahnya? Hadiahnya adalah voucher untuk makan di restoran sebanyak RM450. Banyak tu! Alhamdulillah, syukur.

Original Belgian Fries bersama dengan voucher yang diterima.


GORENG ORIGINAL BELGIAN FRIES SENDIRI

Seterusnya aku nak kongsi pulak kisah aku goreng kentang goreng dari Belgium ini. Di perenggan atas aku ada tulis yang aku malas nak goreng, tapi sebab lapar sangat, pastu dekat rumah pulak macam tak ada makanan lain, mujur ada Original Belgian Fries yang aku dapatkan pada program tersebut. Jadi, aku pun gorenglah sendiri.


Untuk pengetahuan anda, sebungkus seperti di dalam gambar itu adalah seberat 2.5 Kilogram. Banyak sangat, tapi untuk makan sendiri, aku hanya ambil sebahagian sahaja, kemudian minyak pun aku letakkan sedikit sahaja. 

Tadaaaaa!

Kalau adik aku yang masak di rumah parent, kebiasaannya dia akan letak garam untuk memberi rasa pada kentang goreng tersebut, tapi aku rasa untuk kentang ini, ianya lebih sedap tanpa sebarang perasa tambahan. Hanya perlu goreng sehingga warna keemasan dan siap!

Pendapat aku, rasanya berbeza dari segi tekstur. Untuk Belgian Fries, di luarnya rasa rangup manakala bahagian dalamnya sangat lembut. Satu lagi, tahap kerangupannya tahan lama! Berbanding dengan kentang goreng lain yang sudah lemau selepas beberapa minit.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut boleh ke www.originalfries.eu atau www.jamesbint.be .


Sekian

46 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tak pernah lagi makan fries Belgian ni..rasa terpanggil plak nak cuba..nanti nak cari la..nampak potongan fries dia pun sangat baik compare jenama yang sedia ada..besar2 plak tu kan..mesti sedap ni...

    ردحذف
  2. sedapnya kentang goreng. cicah dengan sos mayonis black pepper pun sedap ni. atau dengan any flavoured mayonis dip gitu

    ردحذف
  3. Wahh bestnya! Kentang goreng ni best kalau buat snek sambil tonton TV atau netflix kan. hehe. Btw tahniah ya Aeril menang voucher tu! OMG bestnya dapat borong sakan fries lepas ni!

    ردحذف
  4. Belgian fries.. 1st time dgr ni.. Kat mana ada jual ni? Pasaraya ada tak cam tesco, giant, aeon?

    ردحذف
  5. Kalau akak makan kentang goreng selalu kalau pergi kfc la.. Tapi kadang dekat rumah ada jugak buat klau teringin nak makan..

    ردحذف
    الردود
    1. saya pun suka jugak dengan kentang goreng kfc, tapi utk belgian ni rasanya berbeza

      حذف
  6. Wow amazing, sedapnya nampak! Fries besar2 ni susah nak cari kt fast foods. Certain tmpt je ada. Untung dapat merasaa

    ردحذف
  7. Wow, Belgian fries. Gotta try it one day. I think French fries are originated from France!

    ردحذف
  8. Nampak besar potongan Belgian fries ni ya. Saya penggemar kentang goreng. Sesekali nak cuba jugalah jenis yang ini. Campak dalam air fryer je nanti hehe

    www.maisarahsidi.com

    ردحذف
  9. wah menarik sangat ni bro. fries dia pun besar2. btw tahniah dapat menang lucky draw tu.

    ردحذف
  10. Rasa tertarik pulak dengan belgian fries ni sebab tak pernah Cuba lagi. Nak tahu gak apa special dia. Selalu makan fries sedap kat mcd je lah

    ردحذف
  11. Wow. RM450. Banyak gila tu. Kalau perlu bantuan untuk habiskan voucher tu, Rawlins boleh bantu ye. Just call me and I will go to help you hehehe

    ردحذف
  12. boleh try ni. asyik beli fries sama je. huhu. fries ni best kalau makan time layan movie. tapi seminggu skali okei lah. kalau slalu rosak diet.

    ردحذف
  13. Uwh baru tahu sejarahnya. Memang selalu goreng tapi suka cari yg nipis2 sebab garing. Hehe. Bole la cuba kan. Sebab ena ni suka tabur garam dlu. Tahiah rezeki menang baucer. Eh kenapa duta mcm remy Ishak. 😁😁

    ردحذف
    الردود
    1. saya pulak garam tu mcm tak perlu kot hehe, tapi ikut masing2 :) mcm remy ishak ke?

      حذف
  14. Wow giler kentang. Haha. Boleh lawan kentang mcd tak ni ? Tgk protion fries dia lain mcm besar n gebu. Kenyang beb makan tu saja .

    ردحذف
  15. besar saiz fries nya ye , puas dan leh kenyang ni makan. Kena cari dan try ni. memang hantu fries sis ni.

    ردحذف
  16. Wow!!! besar-besar saiz friesnya... dah macam saiz fries kalau kita buat sendiri tu... yummylicious looking sehhhh... gebu-gebas gitu... kalau ada berdekatan, nak pergi la nanti...

    ردحذف
  17. wah..nampak besar fries ni.. Sllu kentang ni gaul garam dgn blck pepper sedap

    ردحذف
  18. WOW BELGIAN FRIES MEMANG SEDAP DAN BERKUALITI KITA PUN SUKA JUGA TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN HADIAH CABUTAN BERTUAH BOLEH LAH BELANJA KITA NANTI BANYAK TU HEHEHE MAKAN TUK 3 BULAN KOT WAKAKAKA..

    ردحذف
  19. Firstime nampak kentang goreng jenama ni..nampak sedap..lagi cicih sos dan mayonis..aumm..tahniah menang voucher..banayk tu

    ردحذف
  20. Alhamdullilah rezeki tu
    Mng voucher rm450. Tak pernah brand ni tapi not bad nampak kualiti produknya

    ردحذف
  21. Memang sedap ke? Emi dah la memang penggemar fries. Kalau sedap nanti nak cuba jugaklah friesn jenama ni. Btw tahniah menang voucher.

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم