Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif

Apa khabar rakan-rakan semua dan para pembaca sekalian. Alhamdulillah, pertama sekali, aku nak bagi peringatan kepada anda semua bahawa artikel kali ini akan membuatkan anda terliur dan berasa kelaparan! Haha. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke Première Hotel yang lokasinya terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang untuk  mencuba lima hidangan utama (signature dishes) yang bakal dijadikan hidangan promosi untuk bulan November dan Disember ini.

TENTANG PREMIÈRE HOTEL KLANG

Sebelum bercerita tentang lima hidangan utama tersebut, adalah lebih molek aku ceritakan dulu serba sedikit mengenai Première Hotel Klang ini. Première Hotel Klang terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang da merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan pelbagai citarasa dan hidangan menarik di tiga buah restoran yang terletak di dalam hotel iaitu The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi Poolbar. The Buzz merupakan restoran yang menawarkan menu citarasa hidangan tempatan dan juga antarabangsa. Royal Gourmet pula menyajikan hidangan asli Chinese dan Ichi Pool Bar pula menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti burger, pizza dan sebagainya dengan pemandangan kolam renang.

Apa yang menarik di Première Hotel Klang adalah setiap dua bulan, mereka akan menawarkan promosi menu terbaru yang esklusif dan asli yang disediakan oleh Chef Eksekutif Noor Hisham dan staff kulinarinya.

ULASAN LIMA HIDANGAN UTAMA

1. BIRYANI LAMB SHANK
Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif
HARGA : RM 50

ULASAN : Antara menu yang menarik minat aku walaupun sebenarnya aku tak makan daging kambing. Sangatlah rugi sebenarnya. Walaupun aku tak makan daging kambing, tapi aku sempat juga menjamah seketul sahaja daging kambing, dan rasanya sedap tidak terlampau liat. Kuahnya juga penuh dengan rempah ratus. Lagi sedap adalah bila dimakan bersama nasi beriyani. Memang sedap. Jumlah portion yang disediakan juga sangat banyak. Boleh dimakan untuk 2 hingga 3 orang tau! Walaubagaimanapun aku masih lagi tetap tak berapa gemar dengan daging kambing.

2. RICOTTA CHICKEN LASAGNA
Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif
HARGA : RM 38

ULASAN : Rasanya ini adalah kali pertama aku makan Ricotta ni. Mungkin anda pernah makan, tapi bagi aku ini juga antara menu yang sangat sedap. Kenapa sedap? Pertama adalah kerana keju atau cheese di dalam hidangan ini diganding bersama dengan isi ayam menjadikan ianya sedap. Selain itu cheese yang digunakan juga tidak akan membuatkan anda muak. Yang paling aku suka adalah sosnya yang manis dan juga pedas. Jika aku ke sini lagi, ini antara menu yang akan aku pilih !

3. PRAWN FRITTERS WITH ASSAM SAUCE
Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif
HARGA : RM 36

ULASAN : Siapa yang tak suka udang celup tepung? Apa masalah anda? Haha. Maaf ya. Baiklah, aku merupakan penggemar makanan laut termasuklah udang dan sebagainya. Pendapat aku, kalau udang celup tepung, yang menjadi salah satu punca sama ada ia sedap atau tidak adalah pada sosnya. Jadi, sos yang disediakan adalah Assam Sauce . Pendapat aku tentang sos ini adalah rasanya unik, gabungan rasa masam, manis dan pedas yang setara. Cukup rasa. Satu lagi hidangan yang sedap dan ringkas!

 4. CHINESE HERBAL STEAMED CHICKEN
Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif
HARGA : RM 37

ULASAN : Aku mengaku bahawa aku bukanlah penggemar makanan Chinese. Mungkin sebab aku kurang diberi pendedahan tentang makanan-makanan chinese. Untuk hidangan ini, apa yang menarik bagi aku adalah sos atau kuahnya, yang mempunyai rasa unik dan penuh dengan bahan herba. Ayamnya? Aku kurang suka ayam yang dimasak secara stim. Aku lebih suka yang bergoreng misalnya. Tetapi bagi aku kalau dimasak secara stim lebih sihat bukan? Apa-apapun menu ini juga sedap.

Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif

5. DEEP-FRIED TILAPIA WITH CRISPY SALTED RADISH
 Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif
HARGA : RM 45

ULASAN : Hidangan terakhir iaitu hidangan penghabisan merupakan menu yang sangat menyegarkan mata dan deria rasa anda! Ikan Tilapia! Siapa suka makan ikan, bolehlah terus sahaja ke Première Hotel ini. Salah satu menu yang unik. Ini rasanya merupakan kali pertama aku makan ikan tilapia. Aku sangat suka menu ini kerana kuah atau sosnya yang sangat sedap, mempunyai rasa yang kuat, pedas dan juga manis. Ditambah pula dengan rasa ikan, sangat sedap bila dimakan bersama nasi yang panas. Satu lagi, Crispy Salted Radish atau lobak masin yang rangup yang disertakan bersama juga sangat sesuai! Pertama kali juga aku makan hidangan sebegini. Memang unik! Antara menu yang wajib dirasa!

Première Hotel Klang Sajikan Lima Hidangan Utama Yang Unik dan Eksklusif

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan kesemua menu yang menjadi hidangan utama untuk promosi pada bulan November dan Disember ini sangat enak, sedap dan mengenyangkan serta harganya adalah pada harga yang sangat berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai lima hidangan yang menarik ini kerana setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.

LOKASI :

CARA UNTUK HUBUNGI :

NO TELEFON : +603 3325 6828 | 03-3325 6879 
WHATSAPP : 012 449 6258
EMAIL : fnb@premiere-hotels.wct.my
FACEBOOK : https://ms-my.facebook.com/PremiereHotels
WEBSITE : https://www.premiere-hotels.com/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/premierehotelklang/


Terima kasih diucapkan kepada pihak Première Hotel Klang kerana sudi menjemput untuk sesi Food Review.

37 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. menggoda sungguh menu yg ada ni. nyummm ^_^

    ReplyDelete
  2. Uish lepak hotel sekarang. lamb la mcm biasa feveret tapi harga tak feveret la haha

    ReplyDelete
  3. wow.. sedap2 menu yang ditawarkan... kalau datang sini habislah rejim diet saya

    ReplyDelete
  4. Semua makanan nampak sedap-sedap belaka. Alangkah jika berada di sana, Naim ingin mencuba semua makanan di atas. terima kasih bro sudi share pengalaman dan tempat yang menarik ini

    ReplyDelete
  5. Qiss pernah makan buffet Ramadhan kat sini memang masakan dia sedap. Nanti boleh cuba hidangan yang ini pula. Menu dia menarik. Kalau ke sana nanti boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh teringin pulak nak cuba buffet ramadhan, dengar cerita ada durian :)

      Delete
  6. Uissh!Semua nampak sedap especially yang lasagna dengan beriyani lamb shank dia. terliur kita tengok. Nmpak mcm besar je portion dia. harga pun boleh tahan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besar. cukup untuk dua atau tiga orang makan! boleh cubalah nnti ;)

      Delete
  7. mengancam sungguh lasagna tu!! favourite kita!

    ReplyDelete
  8. Klang sekarang dh membangun...hotel2pun dh banyak improvement...tgk menu2 pn rasa terliur jee ni...

    ReplyDelete
  9. Wow!!!!!!!! All the food look sooooooooo yummy-licious. Btw, good review and photography. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. chicken lasagna tu nampak sedap giler...kalau berpeluang ke sini. bolehlah mencuba semua menu yang ditawarkan...semuanya nampak menarik dan menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap chicken lasagna tu. in shaa Allah saya pun kalau ke sana akan pesan menu yg sama :)

      Delete
  11. Wahh menarikk sgtt ni.. Adui lahaii tempted nya.. Lasagna dia... Wajib try ni. Thanks for sharing ya!

    ReplyDelete
  12. Lor tak makan kambing ke.. Tapi takpelah sebab nampaknya ada banyak lagi makanan lain boleh makan. Lasagna tu cantik.. semua hidangan pun lawa dia decorate ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak makan. hehe. satu suap pun kadang2 macam tak boleh nk masuk :)

      Delete
  13. Oh my my! It's like 1am already & I am reading this post! The food looks so yummy!
    I am from Klang too!It's near my place!! Time to go!!!

    ReplyDelete
  14. Pergh menarik semua menu dia..lamb nasi beriyani tu mengancam..udang celup tepung memng sedapnya dekat sos dia..ikan talapia tu..adoii..sedap semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap ya! tapi yg saya paling suka lasagna chicken tu :)

      Delete
  15. Yang kambing tu nampak sedap! Bestnya hotel sediakan 3 jenis restoran. Senang orang nak pilih tempat makan masa menginap di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang terbaik bila ada restoran. jadi boleh pilih nak ke mana. satu lagi bukan penghuni hotel sahaj yg ke restoran2 ni, orang dari luar pun boleh.

      Delete
  16. merecik semua hidangan tu, terliur terus. saya paling suka yang hidangan ada cheese tu. sedapnya. memang kenalah kalau diet keto

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. hehe. saya suka lasagna tu, mungkin sebab saya jarang makan makanan macam tu.

      Delete
  17. Fuh.. semua nampak menyelerakann.. terutamanya RICOTTA CHICKEN LASAGNA tuu.. Teringinnya rasa nak makan.. nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bolehlah cuba dkt hotel tu ya nnti ;) memang tak akan mengecewakan anda :)

      Delete
  18. semua menarik minat mek untuk mencuba tapi paling mek nak cuba adalah hidangan satu dan dua. Allah terasa sangat nak cubanya tu. adakah ini petanda disember ini kena ke sini. huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post