Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (PPE) Untuk Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, diharap semuanya sihat sejahtera. Kita baru sahaja masuk ke Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4, walaupun jumlah kes semakin berkurang dan boleh dilihat angkanya hanyalah dua berbanding sebelum ini tiga angka, kita tidak boleh leka.

Pelbagai kelonggaran diberi oleh pihak kerajaan, tetapi kita masih perlu berjaga-jaga dan ikut apa yang disuruh oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaubagaimanapun, kita perlu berbangga kerana ramai pihak berkerjasama dan membantu frontliners agar kita dapat tangani pandemik ini. Salah satu pihak yang membantu adalah VITS.


VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 


Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.


Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur. 
              
Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya. 



Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang  sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari pihak Vits dimana, Vits telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.   

Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli

Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli.

Selain campuran ini, Vits menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.


                                     

Jadi, sama-samalah kita hulurkan bantuan dengan membeli dan turut sama menderma dalam usaha murni ini.

Terima kasih

SEKIAN

19 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bagus VITS..musim2 macam ni nak membantu lebih ramai yg memerlukan..tambah sekarang Ramadhan pula. Good job!

    ردحذف
  2. Trima kash vit's atas skongan dan bantuan yg dihulurkan. Nk cuba la 2 mi goreng terbaru dari vit's tue..

    ردحذف
  3. tahniah vits atas keperihatinan membantu orang yang memerlukan. saya suka beli mi keluaran vits ni. teruskan usaha

    ردحذف
  4. Lapar bila tengok mee goreng vits. Haha. Tak sangka akhirnya syarikat makanan yang membantu pihak kesihatan

    ردحذف
  5. tak pernah nampak mi segera tu.
    elok la sgt buat bantuan gini. amat diperlukan :)
    mudah keje frontliners. terbaik Vits.

    ردحذف
  6. wah vits dah ada pek segera. kena cuba ni. selalu beli yang pek goreng tu je. sedap buat megi goreng

    ردحذف
  7. Sati usaha dan langkah yang baik dan tepat dari Vits... teruskan beramal.

    ردحذف
  8. Tahniah vits dan terima kasih atas usaha ni. Tak pernh lagi pakai produk ni.. Kene support lepas ni..

    ردحذف
  9. Bagusnya Vits ni rajin membantu golongan memerlukan terutamanya front liner :)
    semoga vits terus berjaya :)

    ردحذف
  10. Tahniah Vits atas usaha murni yang dilakukan dengan memberi bantuan PPE kepada frontliners kita. Satu contoh yang baik untuk dijadikan panduan buat perniagaan lain di luar sana juga. Keep it up Vits!

    ردحذف
  11. Alhamdulilah...tahniah buat Vits yang menyumbang kepada program CSR macam ni...kita share pun kita dapat pahalanya kan...moga dengan usaha ini akan lebih ramai lagi yang tampil ke hadapan untuk membantu...
    Btw siap Sis beli dah mee Vits ni, nak try gak sedap ke ido meenya hehehehe

    ردحذف
  12. Usaha yang bagus dari pihak Vits. Bersama turun padang untuk banteras Covid19. Meringankan beban frontliner negara.

    ردحذف
  13. First time tahu berkenaan jenama Vits ni. Akak ingatkan suplimen kesihatan. Rupanya mee. Tahniah utk program CSR ni. Well done!

    ردحذف
  14. Dari kecik lagi memang selalu makan VIT'S ni. Tak banyak company sanggup turun padang dalam Waktu-waktu macam ni. Congrats VIT'S!

    ردحذف
  15. Tahniah Vits kerana turut menyumbang kepada frontliner yang memerlukan. Semoga bisnes Vits terus maju berkembang

    ردحذف
  16. Tahniah Vits satu usaha yang baik dan murni dengan membantu frontliners kita. Kami doakan semoga Vits ni berjaya. Saya sendiri pun tak pernah makan Vits ni sebenarnya, tapi saya akan cuba nanti.

    ردحذف
  17. Baguslah vits ni buat inisiatif mcmni.. I suka makan mee dia... Buat mee goreng kenyal2..

    ردحذف
  18. Alhamdulillah, satu usaha murni yang cukup bagus. Tahniah dan terima kasih buat team Vits untuk usaha membantu frontliners kita.

    ردحذف
  19. Bagus nya vits. Pkp ni kita lihat ramai mula menderma dan buat amal. Bila syarikat yang kita order kan buat infak kita jua menyumbang. Alhamdulillah

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم