PrestoMall Lancarkan Kempen 'Ada Presto Raya Gempak' Dengan Pelbagai Tawaran Menarik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kali ini aku nak kongsikan tentang satu kempen dengan pelbagai tawaran menarik oleh PrestoMall. Presto kali ini melancarkan kempen 'Ada Presto Raya Gempak' bersemepna dengan Hari Raya yang bakal menjelma. Anda boleh beli pelbagai barangan dan juga sertai tawaran menarik yang tersedia di bawah kempen ini.✌😎

Presto melancarkan kempen ‘Ada Presto Raya Gempak’ yang menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena Hari Raya


Hari ini merupakan hari yang ke -15 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan dan tidak lama lagi, perayaan terbesar di dalam kalendar umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Walaupun Ramadan dan sambutan Hari Raya pada tahun ini disambut dengan cara berbeza disebabkan oleh wabak Covid-19 dan pelaksanaan penjarakan sosial, namun ianya tidak menghalang semangat untuk menyambut perayaan tersebut. Seharusnya, setiap orang wajar untuk menyesuaikan diri dengan norma baru dan sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk bersama-sama membanteras wabak ini disamping menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya. Demi menyokong usaha membendung penularan Covid-19 disamping memenuhi pemintaan para pelanggan, Presto mengambil inisiatif baru dengan melancarkan kempen yang menampilkan pelbagai tawaran menarik buat rakyat Malaysia untuk persiapan menjelang Aidilfitri.

ADA PRESTO RAYA GEMPAK

Presto – Aplikasi gaya hidup pertama keluaran Malaysia yang menawarkan pelbagai rangkaian gaya hidup dilengkapi pembayaran mudah alih tanpa gangguan telah melancarkan kempen ‘Ada Presto Raya Gempak’ yang bermula pada 27 April yang lalu sehingga 31 Mei 2020 menampilkan pelbagai tawaran menarik dan diskaun sehingga 70% di PrestoMall. Sila rujuk pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut butiran tawaran kami: (https://www.prestomall.com/

Kempen ini bertujuan untuk memberi pengalaman pembelian secara atas talian bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia sepanjang bulan Ramadan sekaligus bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya. Slogan bagi kempen ‘Ada Presto Raya Gempak’ menampilkan bagaimana Pesto sentiasa menyediakan platform membeli-belah untuk pengguna, kempen ini merupakan inisiatif untuk memastikan rakyat Malaysia kekal di rumah dengan menawarkan pelbagai diskaun dan harga yang berpatutan untuk para pelanggan mendapatkan keperluan sepanjang bulan Ramadan dan persiapan menyambut Aidilfitri yang semestinya tidak sama seperti sebelum ini .Menerusi kempen ini juga, para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian, membeli barang basah atau memesan juadah untuk berbuka puasa di rumah.

TAWARAN KEMPEN RAMADAN RAYA


‘Ada PrestoMall Raya Gempak’

Menerusi kempen ‘Ada PrestoMall Raya Gempak’, pelbagai tawaran dengan nilaian hebat disediakan sebagai daya tarikan untuk para pelanggan membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Malahan, potongan diskaun sehingga 70% turut diberikan. Disamping itu, Presto juga menampilkan jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia seperti KINOHIMITSU, Super Coffee, Nutrigold, Nestle dan jenama barangan keperluan elektrik seperti Cornell, Phillips, Hetch dan sebagainya. Di antara tawaran lain yang disediakan :

👉Tawaran ‘Flash Deal’ harian dan Tawaran ‘Beat The Clock 12 am dan12 pm’
👉Senarai semak produk Hari Raya dan juadah berbuka puasa, barangan keperluan rumah, kosmetik, wangian, suplemen kesihatan dah sebagainya.
👉Kupon, e-baucar Hari Raya dan sebagainya 

Pautan ‘Ada PrestoMall Raya Gempak’: https://promotion.prestomall.com/ada-prestomall-raya-gempak


‘Boleh Raya Dengan Boost’ 


Berita baik untuk ahli Boost, bermula sekarang sehingga 31 Mei 2020 berbelanja secara online untuk  persiapan raya di PrestoMall dan nikmati penjimatan hebat dengan ‘Boosted Weekly Deals’. Dengan pembelian minimum sebanyak RM120 dalam satu resit di PrestoMall, para pengguna berpeluang untuk mendapatkan RM8 baucar PrestoMall disamping rebat tunai sebanyak12% (maksimum RM10) daripada jumlah resit anda.

Pautan ‘Boleh Raya Dengan Boost’: https://promotion.prestomall.com/pay-with-boost

‘GrabPay Raya Deals Dari Rumah’ 


PrestoMall berkolaborasi bersama GrabPay bersempena dengan sambutan Hari Raya, dari 9 April 2020 hingga 7 Jun 2020 membeli-belah dengan promosi GrabPay di PrestoMall untuk menikmati lebihan potongan harga barangan terpilih. Semua produk yang terdapat melalui kempen ini akan bersilih ganti dari masa ke semasa dan para pengguna hendaklah membuat pembayaran melalui GrabPay sahaja untuk menikmati harga promosi tersebut.

Pautan ‘GrabPay Raya Deals Dari Rumah’: https://promotion.prestomall.com/GrabPayPromo


Pelancaran Kerjasama Eksklusif PrestoMall X Happy E Mart 


PrestoMall menjalinkan kerjasama startegik dengan Happy E Mart yang dikenali sebagai Happy Momentum, unit eBiz Kumpulan KK Companies (KK Super Mart) merupakan rangkaian kedai serbaneka 24 jam yang berkembang pesat di Malaysia yang bertujuan memudahkan pemembelian barangan runcit dalam talian dan juga penghantaran makanan. Melalui  kerjasama strategik ini Presto menawarkan:
👉Makanan sedia dimakan dari restoran yang dijamin halal seperti ABC Restaurant & Tappaw Corner.
👉Makanan mentah sejuk beku yang sedia dimasak seperti kentang goreng, sosej, dan burger dari jenama Ramly.
👉‘Pastries’ dan pelbagai jenis kuih-muih, roti, cake dan biscuit daripada Baiwago Plus Café.
👉Barang-barang keperluan daripada KK Super Mart seperti minuman ringan, makanan kering dan barangan asas kehidupan seperti peralatan mandi, barangan keperluan rumah, hand sanitizer, keperluan kesihatan dan sebagainya.
👉Barangan segar daripada KK Fresh seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging mentah halal, makanan laut dan banyak lagi.

Presto juga memperkenalkan servis penghantaran pada hari yang sama sekitar Lembah Klang dengan caj minimum RM15 untuk setiap pesanan yang dibuat sebelum jam 11pagi manakala pesanan dibuat selepas jam 11 pagi akan dihantar pada keesokkan harinya.

Pautan PrestoMall X Happy E-Mart: https://prestomall.com/store/kkemart

   
‘Presto No Expiry Raya E Gift Cards’


Tidak ketinggalan, promosi Presto E-Gift kad bermula pada  21 May ke atas untuk penjimatan berganda. Raya E-Gift kad ini didatangkan dengan pelbagai domain serendah RM5 sehingga RM2000 nilaiannya. Kekal selamat dengan kaedah tanpa tunai pada raya tahun ini dengan menghadiahkan orang tersayang dengan ‘no expiry Raya E Gift Cards’. Kad istimewa yang tiada tarikh luput ini boleh diguna pakai dengan berbelanja secara dalam talian, membeli keperluan harian sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, disamping membuat pesanan makanan yang di hantar ke rumah tanpa perlu bersusah payah.

Pautan Presto E Gift Card: https://www.prestomall.com/store/prestopay


Belanja dan Menang sehingga 30,000 AirAsia Big Points

Peraduan ini bermula dari 17 April sehingga 31 May 2020, pengguna berpeluang untuk memenangi sehingga 30,000 AirAsia BIG Points dengan berbelanja serendah RM100 di PrestoMart. Para pemenang yang bertuah akak diumumkan di laman rasmi Facebook PrestoMall. Lebih banyak anda berbelanja di PrestoMart, lebih tinggi peluang untuk anda memenangi AirAsia BIG Points.



Penebusan Bonuslink Points

Bermula 1 Mei dan keatas, para pemengang kad Bonuslink boleh mula menebus mata ganjaran Bonuslink mereka di PrestoMall dan pilih dari 100 barangan menarik dan eksklusif seperti ‘face mask’. ‘sanitizers, periuk tekanan pintar, penyedut hampagas serbaguna, 480GB SSD dan pelbagai barangan menarik yang lain. ‘Lebih banyak mata ganjaran Bonuslink yang anda ada, lebih banyak barangan yang boleh ditebus’. Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi Presto secara percuma dan menebus mata ganjaran mereka.

Pautan Bonuslink Redemption: https://promotion.prestomall.com/BonusLink

Game Presto: Ketupat Collector

Dengan semangat Hari Raya yang bakal menjelang tiba, bermula 1 May 2020 sehingga 31 May 2020 main permainan Ketupat Collector secara eksklusif di PrestoMall. Main dan kumpul sebanyak mungkin ketupat dan menangi kredit PrestoPay dan setiap pengguna (pengguna berdaftar) berpeluang untuk bermain sehari sekali.


Justeru, bagi menghidupkan perayaan Aidilfitri dengan cara yang selamat melalui kempen ‘Ada Presto Raya Gempak’ bersama keluarga dan sahabat handai. Para pelanggan boleh menikmati penurunan harga dan penjimatan hebat dengan memuat turun Presto secara percuma di iOS atau Google Play Store. Akhir sekali, Presto ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post