Jom Jelajah Negeri Kelantan dengan Pakej Kelantan Sightseeing Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Jom Jelajah Negeri Kelantan dengan Pakej Kelantan Sightseeing TourNegeri Kelantan Darul Naim yang terletak di pantai Timur semenanjung Malaysia merupakan sebuah negeri berkeluasan kira-kira 15,100 km². Negeri ini juga terkenal dengan tarikan kesenian dan kebudayaan yang menarik seperti Dikir Barat, Mak Yong dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan makanan, pelbagai makanan tempatan yang unik dan sedap dapat ditemui hanya di negeri ini.

Pastinya sesiapa yang belum pernah ke negeri Kelantan sangat rugi kerana tidak merasai pengalaman dan melihat produk dan kebudayaan di negeri ini. Okay, sekarang jangan risau sebab anda boleh merasai pengalaman menarik ini melalui KELANTAN SIGHTSEEING TOUR! 

KELANTAN SIGHTSEEING TOUR

Pakej Kelantan Sighseeing Tour ini dibawakan oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur/Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Firefly dan Jasa Teratai Holiday serta Asia Travel & Tours

Pakej Sightseeing Tour ini adalah bertujuan memupuk pelancongan domestik untuk melancong melalui pakej dan pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan berikutan setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong.

Anda yang berminat bolehlah memilih pakej yang anda mahukan. Terdapat tiga pakej laluan yang berbeza disediakan. 

Pakej Sightseeing tour 



1. Kelantan Panoramic Tour

2. Kelantan Sightseeing Tour

3. Kelantan Saturday Fun

HARGA PAKEJ KELANTAN SIGHTSEEING TOUR

Untuk harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Yang lebih menariknya terdapat harga promosi sehingga hujung tahun ini! 

Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00 & kanak-kanak – RM 40.00 (4 – 11 tahun)

Untuk tempoh 10 September hingga 31 Disember 2020 

Harga Promosi :
Dewasa RM 40.00 & Kanak-kanak RM 20.00 (4 – 11 tahun)

Untuk pengangkutan ke negeri Kelantan, anda boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan Firefly

Firefly menyediakan 3 destination ke Kota Bharu dari Subang, Pulau Pinang dan Johor, juga inclusive 20kg baggage allowance, follow safety & health SOP, fast check-in & boarding.

Flight Frequency to Kota Bharu : 

Subang to Kota Bharu – 41 flights per week
Penang to Kota Bharu – 7 flights per week
Johor to Kota Bharu – 3 flights per week

Program ini merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik :-

❤Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Penggerak utama 

❤ Tourism Malaysia Wilayah Timur/ Kota Bharu – Promosi

❤Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan dan kebersihan kawasan lokasi Pelancongan 

❤ Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler

Aku sendiri berpeluang untuk sertai pakej ini. Nantikan artikel berikutnya tentang pengalaman aku sertai Kelantan Sightseeing Tour! Aku akan ceritakan pengalaman dari awal sehinggalah akhir, tempat-tempat yang dilawati dan juga gambar menarik yang diambil. 


Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan 

Tourism Malaysia Wilayah Timur/ Kota Bharu 

Majlis Perbandaran Kota Bharu 

Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours 

Firefly Airlines

Sekian

#kbsightseeingtour #visitkelantan2020 #kelantandihati #DomesticTourism
#visitkelantan2020
#familyfoodfestival
#CutiCutiMalaysia
#MYtravelmediabuddy
#firefly 
#palingbestchallenge
#vocabkelantan 


14 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah menarik ni! Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. Wah murahnya harga promosi untuk pakej sight seeing Kelantan ni! Menarik jugak nampaknya since banyak tempat untuk dilawati yg ditawarkan dalam 1 pakej. Nanti boleh tgk2 laa cmni 😁

    ReplyDelete
  3. Wow......dah wujud dah Kelantan Sightseeing Tour. Menarik! Must try this if visit Kelantan. Thank you for sharing your review and this information.

    ReplyDelete
  4. Menggamit memori sungguh tengok gambar tu semua. Dah lama tak ke Kelantan. Last pergi masa tahun 2002 kalau tak silap. Masa trip sekolah. Kebanyakan barang Kelantang saya beli melalui online atau kirim org je. Toto Narita, Tiffin, Jug thermos. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Tak lernh travel kelantan lagi.. Best pulak tengok.. Harga pakej pun murah.. Pakej ni sedikit sebanyak membantu utk melancong di Kelantan

    ReplyDelete
  6. Senanglah nak explore kelantan macamnie..boleh guna kelantan seeightseeing bas nie...package yg menarik

    ReplyDelete
  7. Rindu Kelantan..best pi Kelantan ni, perut tak pernah lapar, orang Kelantan baik-baik aje semuanya, ramah, sampai kalau masuk pasar, macam-macam dapat free makanan hehehehe

    ReplyDelete
  8. Wahhh menariknya... Since lama tak visit Kelantan.. Boleh la ikut tour ni nanti... Harga pun sangat berpatutan.. Nak share ngan my friend la....

    ReplyDelete
  9. Wah bolehlah travel ke Kelantan guna pakej yang disediakan. Lagi murah dan banyak tempat menarik ditawarkan.

    ReplyDelete
  10. alamak rindu kelate...rindu kat makanan dan suasananya...kalau pergi sini wajib shopping

    ReplyDelete
  11. Best promo ini. Boleh travel satu Kelantan sekaligus terokai keunikannya dalam satu masa. Harga pun murah 😊😊

    ReplyDelete
  12. Kelantan is one of the state that I really wish to explore when i have the chance, thanks for the info.

    ReplyDelete
  13. Lama tak pergi jalan2 Kelantan. Boleh lah lepas ni pergi sana dengan pakej menarik ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post