Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Semoga semuanya baik-baik sahaja. Okay, kali ini aku nak kongsi dengan anda pengalaman aku ke satu tempat yang menarik, melakukan aktiviti-aktiviti yang aku jarang lakukan dan aku tak sabar sebenarnya nak ceritakan.

Baru-baru ini aku ada sertai program Pakat Maghi Ganu dimana aku dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar negeri Terengganu. Dalam artikel kali ini aku nak kongsikan satu lokasi dalam program tersebut iaitu Merchang Lestari.

Merchang Lestari merupakan satu produk pelancongan terbaru di daerah Marang, Terengganu dimana ia berkonsepkan eko-pelancongan. Anda akan dibawa melihat dan melakukan aktiviti yang mungkin anda tidak pernah lakukan. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca artikel ini sehingga ke penghujung. ✌


🌴MENEROKA MERCHANG LESTARI 🌴

PENDAFTARAN PESERTA

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Sampai sahjaa di Jeti Merchang, para peserta program perlu mendaftar terlebih dahulu. Kalau dulu-dulu pendaftaran hanyalah seperti biasa, tetapi kali ini ditambah dengan SOP pasca Covid-19 seperti scan QR kod, check suhu dan sebagainya.

Ketika pendaftaran anda akan diberikan kasut but kuning dan juga topi nelayan. Selain itu, jika cuaca kelihatan mendung, anda juga akan diberikan baju hujan yang telah mereka sediakan sebagai langkah berjaga-jaga. 

Pasti anda tertanya-tanya kenapa kasut but kuning? Kerana kita akan masuk ke bahagian selut di dalam hutan paya bakau. Jadi tak perlulah pakai kasut bertutup. Kalau datang ke sini, cukup dengan memakai selipar sahaja.

TAKLIMAT PROGRAM MERCHANG LESTARI

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Setelah pendaftaran selesai, semua peserta program diberi taklimat tentang apa yang akan dilalui pada hari tersebut. Selain itu, langkah-langkah keselamatan turut diberitahu ketika taklimat ini.

Jumlah penumpang di dalam bot adalah sekitar 5-6 orang termasuklah seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan tentang kawasan ini.

MENUJU PULAU RANGGUT

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Aktiviti pertama adalah menuju ke Pulau Ranggut. Pulau Ranggut merupakan sebuah pulau paya bakau dengan keluasan sekitar 30 hektar terletak di muara Sungai Merchang. Pulau ini mempunyai pelbaga tarikan menarik dan disebabkan tarikan inilah produk pelancongan ini dibangunkan.


TIBA DI PULAU RANGGUT

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Melihat langit yang semakin gelap walaupun ketika itu jam baru sahaja pukul 11 pagi agak menggerunkan. Tapi alhamdulillah, hujan tidak turun semasa kami sampai ke kawasan masuk Pulau Ranggut.


DENAI HERBA

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Melalui denai herba. Terdapat banyak spesis tumbuhan herba di dalam pulau ini. Aku rasa ini kali pertama aku menyelusuri kawasan hutan paya bakau. Banyak juga tumbuhan-tumbuhan yang aku tak pernah tengok depan mata tapi kali ini berpeluang untuk melihat sendiri!

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Baru aku sedar betapa cantiknya hutan paya bakau dengan pokok-pokok yang jarang dilihat. Untuk anda yang suka bergambar, bolehlah bergambar di kawasan ini.

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Pokok Tongkat Ali. Bukanlah kali pertama aku melihat pokok tongkat ali ini, tapi memang banyak juga pokok tongkat ali dikawasan ini!

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Melihat pokok-pokok herba dan spesis tumbuhan menarik di sini sememangnya pengalaman menarik. Selain terdapat maklumat pada spesis ini yang kita boleh baca, penerangan turut diberikan oleh pemandu pelancong tentang kegunaan herba-herba ini dari segi tradisionalnya.

MENYELUSURI SUNGAI

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Kalau sebelum ini hanya berjalan melalui denai biasa sahaja, kali ini bermulalah perjalanan memasuki kawasan sungai kecil yang ada ketikanya agak dalam dan ada ketikanya cetek sahaja.

Satu perkara yang aku suka adalah ketika permulaan masuk ke Pulau Ranggut anda perlu melalui denai hutan paya bakau dan bila ingin keluar semula ke bot, anda perlu melalui kawasan air ini. Jadi, sama ada anda sedia atau tidak, memang anda perlu lalui jalan air ini!

BITO KETAM NIPAH

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Bito ketam nipah. Pertama kali aku mendengar perkataan bito. Rupanya bito ketam ini merupakan satu cara untuk menangkap ketam nipah dengan memasang perangkap bersama umpan.

Ketam nipah merupakan spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya. Untuk menangkapnya bukanlah perkara yang mudah. Jadi dengan cara bito  inilah cara terbaik dan berkesan.

Mengenai umpan pula, anda boleh gunakan apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap).

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

MENCARI LOKAN

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Malu sebenarnya nak beritahu tapi sebenarnya aku tak pernah lagi makan lokan apatah lagi mencarinya sendiri. Kalau kerang bersaiz kecil biasa itu sudah selalu, tapi lokan memang tidak pernah. Jadi inilah satu lagi pengalaman pertama yang menarik.

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Proses mencari lokan sebenarnya agak mudah sahaja, anda perlu cucuk dan tarik sahaja dibahagian tepi sungai ini. Apabila terkena sesuatu yang keras, barangkali itulah lokan. Cuma anda perlu berhati-hati dengan selut yang terdapat dikawasan itu yang boleh memerangkap kaki anda.

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Okay tak sabar sebenarnya nak rasa lokan. Di akhir program ini barulah kami semua boleh merasai lokan-lokan yang dikutip ini.

MENGAMBIL BUAH NIPAH

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Seterusnya, kami kembali ke bot dan menuju tempat banyaknya pokok nipah. Pasti ramai yang pernah rasa air nira nipah yang banyak dijual. Tapi pernah kah anda melihat bagaimana buah nipah itu sendiri pada pokoknya?

Selain itu, pernahkah anda merasa buah nipah? Pokok Nipah mempunyai banyak kegunaanya sama seperti pokok kelapa dimana semua bahagiannya boleh dimanfaatkan. 
  • Pucuk pokok nipah boleh dijadikan sebagai rokok daun.
  • Daun pokok nipah yang tua dijadikan atap rumah.
  • Bunga nipah & buah nipah yang muda boleh dijadikan kerabu.
  • Isi Buah nipah boleh dimakan begitu sahaja dan rasanya sama seperti isi buah rambutan
  • Batang nipah dikikis dan serbuk itu boleh membantu pendarahan luka (petua tradisional)
  • Akar nipah boleh merawat darah tinggi dan kecing manis (petua tradisional)
  • Tandan nipah mengeluarkan tuak atau nira nipah, sekiranya diperam lebih lama menjadi cuka.

PERTEMBUNGAN DUA AIR

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Setelah selesai mengambil buah nipah, program diteruskan dengan melawat kawasan pertembungan dua air iaitu air laut dan air sungai. Malangnya bot yang aku naik tidak dapat ke kawasan tersebut kerana iarnya yang cetek yang boleh memudaratkan bot.

Tetapi berada dikawasan berdekatan sahaja sudah cantik. Melihat pemandangan pantai berpasir yang aku rasa sangat kurang diusik manusia.

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu


TERATAK SENI POKDIN

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Sekitar jam 12.30 tengah hari, kami meneruskan program ke Teratak Seni Pok Din. Di teratak inilah aktiviti kesenian dijalankan di kampung ini. Selain itu, demo cara menghasilkan tuok juga dijalankan. Pertama kali juga aku melihatnya, memang menarik!

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Lagi menarik adalah bila aku dapat merasa lempeng kelapa yang sangat sedap! Lagi sedap sebab kita makan betul-betul selepas dimasak di atas kuali. Makan panas-panas barulah sedap.

MAKAN TENGAH HARI DI PANTAI ANGIN BERBISIK

Di penghujung program adalah makan tengah hari di Pantai Angin Berbisik yang terletak berdekatan dengan Jeti Merchang sewaktu mula perjalanan tadi. Antara banyak-banyak aktiviti, yang paling aku suka adalah aktiviti ini iaitu makan! Haha 😂

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Dapat melihat bagaimana cara mengupas buah nipah untuk dapatkan isinya!

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu


Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Macam yang aku beritahu di atas tadi, aku tak pernah makan lokan, jadi inilah kali pertama aku nak makan lokan. Selain itu, ada juga ketam nipah dibakar juga!

Merchang Lestari – Destinasi Eko Pelancongan Terbaru di Terengganu

Memang sedap sebenarnya lokan, teritip dan ikan yang dibakar. Makan panas-panas memang sangat sedap. Isi lokan yang agak besar, dimakan bersama air asam memang sangat sedap. Memang akulah antara orang yang paling lama beratur dihadapan tempat membakar lokan.

Setelah selesai makan, bermakna berakhirlah program pada hari itu. Kami kembali menaiki bot ke Jeti Merchang, memulangkan barangan yang dipinjam dan kembali ke hotel.

PENGALAMAN YANG MENARIK

Secara keseluruhannya, program Merchang Lestari ini adalah satu program yang sangat menarik. Selain dapat membangunkan industri pelancongan tempatan, ia juga dapat menarik pelancong yang meminati eko-pelancongan.

Menaiki bot, menyelusuri denai herba, mencari lokan dan bito ketam nipah antara aktiviti-aktiviti yang pastinya bakal menjadi tarikan orang ramai apabila Merchang Lestari ini dilancarkan nanti pada tahun hadapan iaitu Mac 2021.

Aku pasti ramai yang mempunyai minat terhadap eko-pelancongan dan diharap agar pelbagai kemudahan akan disediakan dan ditambah baik untuk memberi pengalaman yang lebih menarik untuk pelancong.

SEKIAN


#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu 
#CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel

Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia.

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wow! It feels so good to be up close and personal to our mangrove rainforest. Would love to join such an expedition in the future, wading through the mud and enjoy our very own fresh catch of the day.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak ke Terengganu. Best juga trip ni, adventurous betul 😃

    ReplyDelete
  3. Oh wow........ I love this kinda tourism and activities. Merchant Lestari looks like a must visit. Thank you for sharing you experience here with me. Insya’Allah will visit this place one day. Beautiful pictures, btw.

    ReplyDelete
  4. Wah sonok ye kalau ikut aktiviti eksplorasi macam ni. Suka juga. Dulu2 pernah la pi ke Tasik Belum n gunung jelai. Tgk pokok hutan utk biology class.

    ReplyDelete
  5. it's nice to go back to nature and enjoy the scenery and activities. Wish to visit Terengganu soon with fam

    ReplyDelete
  6. Denai herba tu tempat dia nampak menarik. Suka datang tempat mcm ni. Byk yg kita boleh belajar

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Saya suka betul aktiviti pelancongan yang hands-on macam ni. So, bulan Mac baru start ya? Berapa harga pakej ni?

    ReplyDelete
  8. Cari lokan ni best tapi kena sabar. Teringat cari lokan kat sepang. Best sgt!

    ReplyDelete
  9. Pernah try pergi cari lokan once jer masa visit KB dulu2 dengan member... Best la trip macam ni.. banyak pengalaman dan knowledge gained..

    ReplyDelete
  10. fuhh bestnya dapat pengalaman tangkap sendiri ketam dengan lokan tu. Makan cicah air asam pulak fuhhhhh berselera la makan cerita dia

    ReplyDelete
  11. Terus kecur nengok lokan bakar tu.. satu pengalaman yang menarik dapat turut serta macam ni kan.. kalau tidak, memang takde peluang laa nak masuk selut macamtu...

    ReplyDelete
  12. Wahhh ada tarikan baru ye..ekekek..Terengganu ni dah mcm second home i dah hahaha..asyik ke sana je tp ni nampak kena gi lg la sebab Merchang ni i lom pernah sampai

    ReplyDelete
  13. wow this looks like such a fun destination. cannot wait to visit it for myself soon! :)

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info i will take note and after this pandemic i will plan more eco travel spots.

    ReplyDelete
  15. Thanks for the information, I have take note and will plan for more eco travel after this pandemic.

    ReplyDelete
  16. serious lokan sedapnya bila dibakar panas2. cicah sambal sedapnya !!! lama dah tak makan. nak pergi johor lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post