Review Filem : Doolittle (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Doolittle (2020)

Filem Dolittle (2020) ini juga dikenali dengan nama The Voyage of Doctor Dolittle merupakan sebuah filem pengembaraan fantasi Amerika yang diarahkan oleh Stepehen Gaghan. Lakon layarnya digarap oleh Stephen Gaghan, Dan Gregor dan juga Doug Mand, berdasarkan cerita oleh Thomas Shepherd.  Filem ini juga merupakan sebuah filem 'remake' untuk filem Doctor Dolittle (1967) dan juga Dr. Dolittle (1998). 

Filem Doolittle (2020) ini adalah berdasarkan watak yang direka oleh Hugh Lofting dan diinspirasikan dari buku kedua Doctor Dolittle iaitu The Voyages of Doctor Dolittle (1922). Robert Downey Jr. menjayakan watak utama, bersama dengan  Antonia Banderas dan Michael Sheen untuk watak manusia, manakala Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Craig Robinson, Ralph Fiennes, Selena Gomez dan Marion Cotillard membawa watak suara haiwan. 

Review Filem : Doolittle (2020)

Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pda 17 Januari 2020. Menerima jumlah kutipan USD$250 juta seluruh dunia dan juga filem ke tujuh paling tinggi kutipan untuk tahun 2020. Walaubagaimanapun kutipan filem ini tidak berjaya memberi keuntungan buat Universal Pictures, malah membuat kerugian sebanyak USD$100 juta. Filem ini turut menerima kritikan negatif, terutamanya pada elemen kelakar dan juga jalan cerita. 

PELAKON FILEM DOLITTLE (2020)

  • Robert Downey Jr. sebagai Dr. John Dolittle, seorang veterinari yang mempunyai kebolehan bercakap dengan haiwan. 
  • Harry Collett sebagai Tommy Stubbins, anak didik Dolittle.
  • Antonio Banderas sebagai King Rassouli, raja dan juga ayah kepada Lily, bapa mertua kepada Dolittle. s
  • Michael Sheen sebagai Dr. Blair Müdfly, seorang rakan sekolah dan pesaing Dolittle.
  • Jim Broadbent sebagai Lord Thomas Badgley, seorang daripada orang Queen Victoria yang meracun untuk mendapatkan takhta. 
  • Jessie Buckley sebagai Queen Victoria, Ratu United Kingdom
  • Carmel Laniado sebagai Lady Rose, pembantu Queen dan rakan Tommy.
  • Kasia Smutniak sebagai Lily Dolittle, isteri Dolittle yang telah meninggal dunia dan juga anak perempuan King Rassouli.
  • Ralph Ineson sebagai Arnall Stubbins, pakcik Tommy.
  • Joanna Page sebagai Bethan Stubbins, makcik Tommy.
  • Sonny Ashbourne Serkis sebagai Arnall Stubbins Jr., sepupu Tommy.
  • Elliot Barnes-Worrell sebagai Captain William Derrick, seorang Kapten British Captain yang menurut kata Dr. Müdfly.
PELAKON SUARA
  • Emma Thompson sebagai Polynesia ("Poly" for short), seekor burung kakak tua yang bijaksana, berani dan penasihat yang dipercayai oleh Dolittle. 
  • Rami Malek sebagai Chee-Chee, seekor gorilla yang malu dan takut. 
  • John Cena sebagai Yoshi, seekor beruang kutub yang sentiasa sejuk. 
  • Kumail Nanjiani sebagai Plimpton, seekor burung unta yang nakal. Sering bergaduh dengan Yoshi. 
  • Octavia Spencer sebagai Dab-Dab, seekor itik yang suka menolong. 
  • Tom Holland sebagai Jip, seekor anjing yang setia dan memakai cermin mata. 
  • Craig Robinson sebagai Kevin, seekor tupai yang mempunyai perangai tidak baik. 
  • Ralph Fiennes sebagai Barry, seekor harimau Bengal yang agresif mempunyai sejarah dengan Dolittle dan mempunyai masalah dengan ibunya sendiri.
  • Selena Gomez sebagai Betsy, seekor zirafah yang mesra.
  • Marion Cotillard sebagai Tutu, seekor musang yang berkawan baik dengan Betsy. 
  • Frances de la Tour sebagai Ginko-Who-Soars, seekor naga yang mengeluarkan api, menjaga pohon Eden. 
  • Jason Mantzoukas sebagai James, seekor pepatung yang membantu Dolittle keluar dari penjara. 
  • Nick A. Fisher sebagai Mini, seekor sugar glider.
  • Tim Treloar sebagai Humphrey, seekor paus.
  • Jim Carretta sebagai Arthur, seekor tikus yang berada dalam jambang Dolittle sebelum dicukur.
  • Carretta juga memberi suara untuk Leona, seekor sotong kurita milik Queen Victoria.
  • Ranjani Brow dan Kelly Stables sebagai tikus kecil.
  • Scott Menville sebagai Semut.

Review Filem : Doolittle (2020)

SINOPSIS FILEM DOLITTLE (2020)

Di zaman Victoria, Dr. John Dolittle adalah doktor haiwan dengan kemampuan untuk berkomunikasi dengan haiwan. Setelah isterinya, Lily, maut di laut, Dolittle berundur dari masyarakat manusia dan hanya cenderung kepada haiwan. Seorang budak lelaki, Tommy Stubbins, secara tidak sengaja tertembak Kevin si tupai merah dan dibawa ke Dolittle oleh Polynesia, seekor burung kakak tua.

Ratu Victoria memanggil Dolittle untuk menyembuhkannya dari penyakit yang membawa maut. Dolittle menolak sehinggalah Poly meyakinkanbahawa dia mesti mula berhubungan semula dengan sesama manusia. Dia mendapati Ratu telah diracun oleh beberapa jenis nighthade yang ditambahkan ke dalam tehnya, dan satu-satunya penawar adalah buah ajaib Eden dari negeri kelahiran Lily yang jauh.

Review Filem : Doolittle (2020)

Poly, Betsy si zirafah, dan Tutu si musang membantu Tommy melarikan diri dari rumahnya, dan dia sertai dengan kru Dolittle termasuk Kevin, monyet Elliot dan Elsie, Chee-Chee si gorila, Yoshi beruang kutub, Plimpton burung unta, Dab-Dab itik , dan Mini si sugar glider. Mereka berusaha untuk belayar dan mencari penawar sambil menghindari musuh Dolittle, Dr Blair Müdfly. Dolittle meninggalkan anjing peliharaannya Jip dan tongkat bernama Sticks di istana untuk menjaga Ratu semasa dia dalam perjalanan. Kapal Dolittle diserang oleh Müdfly, dan mereka melarikan diri dengan menggunakan kihdmat ikan paus, yang menarik kapal itu untuk selamat.

Mereka terus ke pulau Lily di mana, ketika cuba mencuri jurnal Lily yang mempunyai panduan ke pohon buah, Dolittle ditangkap oleh ayah Lily, Raja Rassouli dan dikurung di dalam sangkar bersama Barry, seekor harimau murung yang mempunyai masalah dengan ibunya. Ketika Dolittle hampir dibunuh, Chee-Chee yang baru saya tonjolkan sifat berani menghalang Barry. Dolittle dan Tommy melarikan diri, tetapi kehilangan jurnal Lily kepada Müdfly dan kapal mereka musnah. Rassouli memberi pinjam kapal kecil sbagai untuk menghormati puterinya.

Mengikuti Müdfly, Dolittle dan pasukannya bertemu Ginko-Who-Soars, naga yang menjaga pokok penawar. Ginko menyerang dan menyebabkan Müdfly jatuh ke dalam lubang,  tetapi naga tersebut jatuh akibat kesakitan dalaman. Dolittle mendiagnosis dan menyembuhkan naga. Kemudian, naga yang itu berterima kasih kepada Dolittle dengan menunjukkan pohon buah tersebut. Dolittle kembali tepat pada masanya untuk menyembuhkan permaisuri. Sticks memberitahu bahawa Lord Thomas Badgley, salah seorang ketua Ratu, meracuninya untuk mengambil mahkota itu sendiri, dan dialah yang memerintahkan Müdfly untuk menggagalkan usaha Dolittle. Ratu telah menahannya kerana khianat, dan berterima kasih kepada Dolittle kerana menyelamatkannya. Dolittle mengambil Tommy sebagai anak didiknya dan membuka kembali tempat perlindungannya.

Review Filem : Doolittle (2020)


ULASAN FILEM DOOLITTLE (2020)

Anda pernah menonton filem Alice in Wonderland (2010)? Jika ya, baguslah sebab bagi aku kedua-dua filem ini mempunyai persamaan. Walaupun filem Doolittle ini bukanlah hasil terbitan Disney, tetapi konsep waktu dan juga jalan ceritanya hampir serupa. Ditambah lagi dengan haiwan-haiwan yang boleh bercakap.

Review Filem : Doolittle (2020)

Adakah filem ini teruk? Bagi aku filem ini bukanlah filem yang teruk tetapi sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Untuk orang dewasa, aku sarankan menonton filem aksi dan sebagainya, kerana akan membuatkan anda bosan dengan elemen yang ada dalam filem ini.

Seperti biasa, elemen kelakar yang ada dalam filem ini masih membuatkan kita tertawa cuma agak klisye kerana kadang-kadang lawak tersebut pernah kedengaran sebelum ini tetapi melalui filem lain. Selain itu, jalan ceritanya jugak agak 'lurus'. Penonton tidak perlu berfikir atau tertanya-tanya tentang konflik yang berlaku, tentang bagaimana nak ke bahagian klimaksnya.

Review Filem : Doolittle (2020)

Sayang sekali filem ini menerima kritikan yang negatif kerana ramai pelakon hebat-hebat yang turut bekerjasama dalam filem ini. Lihat saja pada senarai pelakon suaranya. Rata-ratanya mempunyai nama yang hebat dan terkenal.

Pujian patut diberikan pada pasukan efek imej janaan komputer atau CGI, kerana setiap haiwan kelihatan seperti haiwan sebenar. Lakonan Robert Downey Jr. juga perlu diberi pujian kerana susah nak berlakon dengan haiwan. (Ye ke?).

KESIMPULANNYA

Adakah aku akan menonton filem ini lagi? Mungkin tidak. Kerana bagi aku ada banyak lagi filem yang menarik minat aku. Genre sebegini bukanlah kegemaran aku, tetapi kalau menonton bersama keluarga bolehlah. Kalau sendiri, mungkin tidak. Aku lebih suka filem yang mempunyai elemen thriller, seram dan aksi.

BINTANG : ⭐⭐⭐/ 5

SEKIAN

SUMBER : GOOGLE IMAGE | WIKIPEDIA

3 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ye ke berlakon dengan haiwan? Ke berlakon dengan skrin hijau? Hehe. Kurang femes filem ni di Malaysia ye. Mungkin la boleh tengok santai-santai dengan famili. Kalau yang versi 1998 tu saya suka

    ردحذف
  2. Myra dah tengok cerita nie. Best. Tapi tak pernah tau pun ada Tom Holland dengan Selena Gomez. Tak perasan langsung suara dorg.

    ردحذف
  3. best cerita ni. budak2 suke tgk sbb ada mcm2 haiwan. hehe

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم