Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Penyanyi No 1 Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pagi 19 April 2021 pada jam 6.21 pagi di sebuah pusat perubatan di Selangor. Alhamdulillah, bayi seberat 3.84kg itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan.

Sebelum ini, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah melahirkan bayi perempuan bernama Siti Aafiyah pada tahun 2018 dan kini Aafiyah mempunyai adik lelaki.  Berita kelahiran ini didapat dilihat di laman Instagram milik Dato' Sri Siti Nurhaliza.



Rata-rata peminat semuanya menzahirkan rasa syukur atas kelahiran ini. Semoga bayi yang baru lahir ini sihat, membesar dengan baik dan membanggakan keluarga, bangsa dan negara. Untuk pengetahuan anda, proses mengandung kali kedua ini juga dilakukan secara In Vitro Fertilization (IVF) sama seperti kelahiran sebelum ini.

Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Wajah bayi yang dikongsikan di Instagram Asyraf Khalid.


Baru-baru ini Dato' Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan sebuah album studio kanak-kanak berjudul Legasi yang memuatkan pelbagai lagu kanak-kanak serta sebuah lagu khas untuk cahaya amta baru ini. Turut dimuatkan di dalam album ini adalah lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas untuk kelahiran Siti Aafiyah.

Sumber : @ctdk @asyrafkhalid

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post