Ulasan Penuh Filem Black Widow (2021)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem Black Widow (2021) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak yang sama di dalam Komik Marvel. Filem ini diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini diarahkan oleh Cate Shortland dan dibintangi oleh Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour, O-T Fagbenle, Rachel Weisz dan ramai lagi. 

Filem ini merupakan filem ke 24 di dalam Marvel Cinematic Universe dan merupakan filem pertama didalam 'Phase Four' di dalam MCU. Filem ini disetkan selepas kejadian yang berlaku di filem Captain America : Civil War (2016) dimana Natasha Romanoff didalam buruan dan terpaksa berdepan dengan musuh lampaunya.  Filem ini difilemkan di beberapa lokasi dari bulan Mei sehingga Oktober 2019 di Norway, Budapest, Morocco, Pinewood Studios di England dan Atlanta, Macon, Rome dan Georgia. 

Sepatutnya ditayangkan pada Mei 2020, filem ini ditangguhkan beberapa kali dan akhirnya ditayangkan pada 9 Julai 2021 di pawagam dan juga melalui laman pengstriman Disney+ dengan Premier Access. Sehingga artikel ini ditulis, filem ini menerima kutipan US$ 219.2 juta pada minggu pertama. Ini merupakan kutipan terbesar sejak pandemik Covid-19 bermula. 

BLACK WIDOW (2021)

Pengarah : Cate Shortland
Lakonlayar : Eroc Pearson
Cerita : Jac Schaeffer , Ned Benson
Penerbit : Kevin Feige
Sinematografi : Gabriel Beristain
Muzik : Lorne Balfe
Tarikh Tayangan : 9 Julai 2021
Durasi : 134 minit
Bajet : US$200 Juta

BARISAN PELAKON BLACK WIDOW (2021)

Ulasan Filem Black Widow (2021)
  • Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff / Black Widow
  • Florence Pugh sebagai Yelena Belova / Black Widow
  • David Harbour sebagai Alexei Shostakov / Red Guardian
  • O-T Fagbenle sebagai Rick Mason
  • Olga Kurylenko sebagai Antonia Dreykov / Taskmaster
  • William Hurt sebagai Thaddeus Ross
  • Ray Winstone sebagai Dreykov
  • Rachel Weisz sebagai Melina Vostokoff / Black Widow


SINOPSIS FILEM BLACK WIDOW (2021)

Ulasan Filem Black Widow (2021)

[SPOILER ALERT] Pada tahun 1995, ejen rahsia Rusia, 'super soldier' Alexei Shostakov dan Black Widow Melina Vostokoff, menyamar sebagai sebuahkeluarga biasa di Ohio dengan anak 'angkat' mereka Natasha Romanoff dan Yelena Belova. Ketika misi mencuri teknologi S.H.I.E.L.D. sudah lengkap, keluarga itu melarikan diri ke Cuba dan bertemu dengan bos mereka, Jeneral Dreykov, yang kemudiannya telah membawa Romanoff dan Belova ke 'Red Room' untuk latihan. Tahun berganti tahun dan berlalu, Shostakov dipenjarakan di Rusia, sementara Romanoff memihak kepada S.H.I.E.L.D. setelah mengebom pejabat Dreykov di Budapest , membunuh Dreykov dan anak perempuan yang masih kecil Antonia; satu tindakan yang menghantui Romanoff.

Ulasan Filem Black Widow (2021)

Pada tahun 2016, Romanoff menjadi buruan kerana melanggar Perjanjian Sokovia. Dia melarikan diri dari Setiausaha Negara A.S. Thaddeus Ross dan berdiam diri di tempat selamat di Norway yang dibantu oleh Rick Mason. Sementara itu, Belova membunuh bekas Black Widow yang jahat tetapi bersentuhan dengan gas sintetik yang meneutralkan agen kawalan minda kimia Red Room. Belova mengirimkan 'antidote' itu kepada Romanoff dengan harapan dia akan kembali untuk membantu Belova membebaskan Black Widow yang lain. Ketika Romanoff tanpa sedar pergi dengan 'antidote', dia diserang oleh Taskmaster, yang memburu 'antidote'. Romanoff berjaya melarikan diri dari Taskmaster dan menyedari bahawa 'antidote' itu dihantar oleh Belova. Mereka berdua bersatu di Budapest, di mana Romanoff mengetahui bahawa Dreykov masih hidup dan Red Room masih aktif. Tidak lama kemudian, mereka diserang oleh Black Widow dan Romanoff dan Belova berjaya melarikan diri dari Black Widow dan Taskmaster sebelum bertemu Mason, yang memberi bantuan kepada mereka dengan helikopter.

Romanoff dan Belova melepaskan Shostakov dari penjara untuk mengetahui lokasi Dreykov. Alexei Shostakov memberitahu mereka untuk berbicara dengan Vostokoff, yang tinggal di sebuah ladang di luar kawasan Saint Petersburg, di mana dia menghasilkan proses kawalan minda kimia yang digunakan di Black Widow. Di sana, Belova mendedahkan bahawa walaupun mereka bukan keluarga sebenar, dia percaya mereka adalah keluarga yang sebenar. Vostokoff mengakui bahawa dia menghantar lokasi mereka ke Dreykovdan kemudian ejennya tiba dan membawa mereka ke Red Room, sebuah fasiliti yang berada di langit.

Ulasan Filem Black Widow (2021)

Vostokoff dan Romanoff menggunakan teknologi topeng muka untuk menukar tempat sebelum ditangkap membolehkan Vostokoff membebaskan Shostakov dan Belova dari kekangan mereka. Sementara itu, Romanoff berhadapan dengan Dreykov, yang melihat penyamarannya. Romanoff mengetahui bahawa Taskmaster adalah Antonia, yang mengalami kerosakan yang begitu parah sehingga Dreykov harus meletakkan cip di kepalanya, mengubahnya menjadi askar yang sempurna, yang mampu meniru tindakan orang yang dia lihat, termasuk beberapa ahli Avengers. Romanoff cuba membunuh Dreykov, tetapi gagal mencederakannya kerana kunci feromon yang dipasang di setiap Black Widow. Dreykov mendedahkan bahawa dia mengendalikan Black Widow di seluruh dunia melalui konsol mejanya. Romanoff sengaja mematahkan hidungnya, memutuskan saraf di saluran hidungnya untuk menghilangkan feromon, dan kemudian menyerang Dreykov. Shostakov berperang dengan Taskmaster, sementara Vostokoff berusaha merosakkan salah satu enjin fasiliti itu dan Belova mencari Black Widow yang lain, yang dihantar untuk melindungi Dreykov. Bersama-sama, Shostakov dan Belova mengunci Antonia di dalam sel.

Ulasan Filem Black Widow (2021)

Dreykov melarikan diri ketika Black Widow menyerang Romanoff, tetapi Belova mencipta bom 'antidote' yang melepaskan Black Widow dari kawalan minda. Romanoff pergi ke meja kawalan dan menyalin lokasi Black Widow lain di seluruh dunia ketika kemudahan itu mula meletup dan jatuh. Romanoff mengambil dua botol 'antidote' yang masih ada dan membebaskan Taskmaster dari sel terkunci. Vostokoff dan Shostakov melarikan diri melalui pesawat dan waktu yang sama Belova merosakkan helikopter Dreykov,  dan Dreykov terbunuh. Romanoff memberi Belova payung terjun sebelum bertarung dengan Taskmaster dalam keadaan terjun bebas. Setelah mendarat, Romanoff menggunakan penawar di Taskmaster, membebaskannya dari kehambaan. Janda yang dibebaskan tiba ketika Belova, Vostokoff, dan Shostakov mengucapkan selamat tinggal kepada Romanoff. Dia memberikan botol 'antidote' terakhir kepada Belova dan pemacu mudah alih, menyuruhnya mencari dan membebaskan Black Widow yang lain yang masih mindanya dikawal. Ketika mereka pergi bersama Antonia, Romanoff menanti Ross dan anak buahnya, yang telah tiba untuk menangkapnya.

Dua minggu kemudian, Romanoff bertemu kembali dengan Mason, yang membekalkannya dengan Quinjet. Dia pergi, dengan tujuan untuk membebaskan Avengers yang ditahan di Raft.

Dalam adegan pasca-kredit setelah kematian Romanoff, Belova bertemu dengan Contessa Valentina Allegra de Fontaine di pusara Romanoff dan ditugaskan untuk membunuh Clint Barton, lelaki yang didakwa oleh De Fontaine yang bertanggungjawab atas kematian Romanoff.


ULASAN FILEM BLACK WIDOW (2021)

Ulasan Filem Black Widow (2021)

Pada awalnya, filem Black Widow (2021) bukanlah filem MCU yang aku ternanti-nantikan.  Kalau diikutkan, selepas Avengers : Endgame (2019), filem yang aku nantikan adalah Doctor Strange: Multiverse of Madness (2022) dan Thor: Love and Thunder (2022). Tapi semua filem MCU aku akan sokong kerana semuanya berkualiti tinggi. Kemudian, bila pandemik melanda, aku sudah jangkakan filem ini akan ditunda, dan akhirnya ditayangkan pada 9 Julai 2021. (3 Hari selepas Hari Lahir aku) baru semalam aku berpeluang untuktonton filem ini dan ini adalah ulasan penuh dari aku, seorang penggemar filem dan peminat setia MCU.

Penantian yang Berbaloi - Terus terang aku menjangkakan filem ini adalah biasa-biasa sahaja, seperti filem solo yang lain dalam MCU seperti Captain Marvel (2019) dan Thor (2011), tetapi filem ini adalah berbeza. Ya, seperti yang kita sedia maklum, Natasha Romanoff telah meninggal dunia di dalam Avengers : Endgame (2019). Filem Black Widow (2021) ini adalah filem prequel, menceritakan satu bahagian dalam kehidupan Natasha Romanoff. Bagi aku filem ini menghapuskan rasa terkilan akibat kematiannya dan dalam masa yang sama, sayangnya kerana selepas ini tiada lagi cerita Natasha Romanoff dalam MCU.

Ulasan Filem Black Widow (2021)

Wanita - Apa yang aku lihat, begitu banyaknya peranan wanita dalam filem ini, heronya, penjahatnya. Lebih menarik lagi, pengarah filem ini adalah wanita juga. Aku berpendapat jika filem ini dirancang dan ditayangkan sebelum filem Captain Marvel (2019), mungkin lebih menarik kerana Natasha Romanoff merupakan wanita pertama di dalam pasukan Avengers.

MCU Fasa Empat - Okay, kalau poin di atas aku menyebut filem ini sesuai ditayangkan sebelum filem Captain Marvel (2019), tetapi bila dilihat balik, filem ini bagaikan satu penghargaan buat watak Natasha Romanoff dan dalam masa yang sama memperkenalkan watak-watak lain. Yelena Belova misalnya, merupakan penerus legasi Black Widow dan aku percaya suatu hari nanti watak ini akan menjadi salah satu watak penting dalam MCU.

Penuh Aksi - Bercakap tentang aksi, ya, filem ini memang padat dengan aksi, suspens dan sebagainya. Dari awal filem sehinggalah tamat, kita akan lihat pertarungan, babak kejar mengejar dan sebagainya. Babak aksi yang aku suka adalah di Red Room dan sehingga pertarungan di udara. Walaupun aku percaya banyak CGI tetapi semuanya nampak 'real' dan kemas.

Ulasan Filem Black Widow (2021)


Secara keseluruhannya, filem Black Widow (2021) merupakan filem yang berjaya, melebihi jangkauan aku sendiri. Penerimaan peminat di laman media sosial juga positif. Aku pasti watak-watak di dalam filem ini (yang masih hidup) akan memeriahkan lagi MCU. Dibabak pasca-kredit, aku ternanti-nantikan watak dan peranan Contessa Valentina Allegra de Fontaine dalam filem MCU yang lain. Sehingga kini, sudah dua cerita watak ini membuat penampilan.

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/5

Kredit : Marvel Studios / Wikipedia / Google Image

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post