Solitaire.org : Uji Minda dengan Permainan Klasik Kad Daun Terup

Solitaire.org

Solitaire. Dekat mana pernah dengar eh? Rupanya berbelas-belas tahun dahulu pernah main dekat komputer. Kalau sebut main kad daun terup, mesti ramai kaitkan dengan judi, tapi sebenarnya tak ada kaitan pun dengan judi.  Selalu tengok kad daun terup ini orang gunakan untuk pertunjukan silap mata jalanan dan sebagainya.  Okay, bukan nak cerita pasal daun terup, judi dan silap mata, tapi kali ini aku nak kongsikan tentang SOLITAIRE.

PERMAINAN SOLITAIRE 

Kepada yang tak tahu, Solitaire merupakan sebuah permainan kad dimana kad itu perlu disusun mengikut turutan, K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. Permainan ini mula diperkenalkan apda abad ke 16 di utara Eropah dan lebih popular di seluruh dunia apabila tersedia secara percuma di Microsoft Windows

Sewaktu rangkaian internet belum meluas dan WiFi masih tidak tersedia, aku selalu main game-game percuma di komputer contohnya seperti 3D Pinball dan termasuklah Solitaire ini. Kalau dah lama sangat buat kerja di komputer, aku pasti akan cuba aktifkan fungsi otak dengan memikir strategi dalam permainan solitaire ini. Tapi, rupa-rupanya ada banyak jenis permainan Solitaire yang menarik dan antaranya aku baru cuba main beberapa hari lepas.

JENIS-JENIS PERMAINAN SOLITAIRE

#1 KLONDIKE

Solitaire.org

Okay, kalau yang tak pernah main Solitaire mesti tak tau tentang nama-nama lain macam Klondike ni. Kalau nak tahu, sebenarnya Klondike Solitaire inilah versi asal atau versi klasik. Yang dimainkan dalam microsoft windows apa semua tu, inilah versinya.

Cara permainannya mudah sahaja, kita kena susun kad mengikut turutan iaitu dari Ace sehingga ke King. Permainan akan berakhir apabila tiada pergerakan yang boleh dibuat. Kena ada strategi yang tepat bila nak main Klondike ni. Kadang-kadang ambil masa yang lama baru boleh nak menang. 

#2 SPIDER

Solitaire.org

Seterusnya adalah Spider Solitaire. Ini adalah permainan yang sangat mencabar minda. Cara permainan sediit berbeza dengan Klondike. Pertama, kena susun 10 kad dalam urutan, dari King sehingga ke Ace. Lengkapkan satu set, keluarkan dan sambung buat set kad yang lain. 

Yang menjadikan permainan Spider Solitaire 'tricky' adalah bila tiada gerakan boleh dibuat, kita perlu ambil kad dari deck. Disini boleh jadikan kad yang disusun lebih senang atau susah. Walaubagaimanapun, kelebihan nya adalah mana-mana kad boleh diletak pada row kosong, tidak seperti Klondike. Susunan kad juga mengikut satu warna sahaja.

#3 FREE CELL

Solitaire.org

FreeCell Solitaire pula mempunyai 4 tempat kosong untuk menyimpan kad. Seperti biasa, kena susun kad mengikut turutan. Kad pula perlu disusun berselang seli mengikut warna. Kalau tempat kosong dan diguna semuanya, susah sikit nak gerakkan kad.

FreeCell kelebihannya sebab semua kad dibuka dan kita boleh nampak dan menyusun strategi. Apa-apapun bagi aku FreeCell tidaklah sesukar Klondike dan Spider. 

#4 PYRAMID

Solitaire.org

Kalau anda sukakan matematik tahap UPSR, anda bolehlah main permainan Pyramid Solitaire ini. Nak menang sangat mudah. Kad disusun dengan bentuk piramid, selepas tu kita perlu membuang kad dengan gabungkan jumlah kad kepada nombor 13. Hanya dua kad sahaja yang boleh digabungkan kecuali King kerana nilainya adalah 13.  

#4 TRIPEAKS

Solitaire.org

Tripeaks Solitaire pula berbeza sedikit dengan Pyramid Solitaire. Tak perlu gunakan matematik, kita hanya boleh membuang kad dengan kad yang nilainya lebih tinggi atau rendah. Bila dah tiada kad yang boleh dibuang, ambil kad dari deck. 

Nampak mudah, tapi masih perlu gunakan strategi, pilih kad dan turutan yang boleh buang seberapa banyak kad yang boleh. 

#5 GOLF

Solitaire.org

Golf Solitaire pula lebih kurang sama dengan Tripeaks Solitaire. Kena buang kad dengan pilih kad yang lebih 1 nilai lebih tinggi atau rendah. Bezanya cuma susunan kad di dalam Golf tidak berbentuk piramid.

Ada dua versi : 
  • Easy -  Ace dan King boleh bertindih.
  • Hard - Ace dan King tidak boleh bertindihan. 

Tapi permainan ini tidaklah sukar. Hanya kena pandai guna strategi yang betul. Selain itu, masa juga diambil. Jadi mungkin korang boleh atasi masa-masa yang anda menangi bila main permainan ini.

#6 MAHJONG

Solitaire.org

Mahjong Solitaire ni pula sangat mudah. Kena pilih tiles yang sama sahaja. Mesti dah pernah main kan permainan macam ni sebelum-sebelum ni? 

Kita boleh pilih susunan tiles yang kita nak dalam permainan ini. Kalau nak habiskan masa yang terluang tanpa perlu berfikir sangat atau tak nak sakitkan kepala boleh main mahjong ni. Apa yang penting adalah penglihatan yang tajam. 

Klondike, FreeCell, Spider, Pyramid, Tripeaks, Golf dan Mahjong ini merupakan antara versi Solitaire yang popular. Kalau anda nak cuba Solitaire yang lain, buka sahaja www.solitaire.org dan anda boleh lihat senarai Solitaire lain yang tersedia seperti 3 Keys, Egypt, Russian, Scorpion, Taj Mahal dan lain-lain. 

PERMAINAN PILIHAN : 

Jika disoal permainan mana yang aku suka dan akan syorkan? Susah ya nak pilih, tapi sejujurnya ada dua, Klondike dan Pyramid. Klondike sebab ini adalah permainan klasik Solitaire, dan strategi kena mantap dan selalu jugak aku menang. Pyramid pulak sebab tiap kali main, aku mesti menang. (Rezeki😜).

Tapi anda boleh je cuba main permainan lain dekat situ ya. Satu lagi yang menariknya, kalau tak tau cara nak main, anda boleh lihat di ruangan bawah, penuh dan lengkap dengan maklumat tentan permainan dan juga video. Semuanya ada dalam halaman permainan yang sama. Sangat mudah. ✌

TAK CUKUP LAGI PILIHAN PERMAINAN?

Jangan risau, ada lagi permainan lain yang tersedia seperti :-

Mahjong 🠊 (Seperti Mahjong 3D, Jungle Connect, Cooking Mahjong, Panda Mahjong etc)
Hidden Object 🠊 (Seperti China Temple, Circus Adventure, Hidden Kitchen, etc)
Card Games 🠊 (Seperti Gin rummy, Crazy eights, Euchre, Hearts, etc) 
Match 3 ðŸ Š  (Diinspirasikan seperti Candy Crush dan Zuma) 
Permainan lain 🠊 (Seperti Pacman, Tennis, etc.) 

Kepada anda yang nak cuba permainan Solitaire dan pelbagai lagi , boleh cuba di www.solitaire.org

11 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wow……this classic game is back! I used to enjoy playing solitaire masa I kecik2 dulu. Yeah, it helps you with your thinking. Good game.

    ReplyDelete
  2. wahh rupanya banyak game lain juga bukan game daun terup je. faiq suka game pacman dan tennis.

    ReplyDelete
  3. Wow...... Solitaire is back! I used to enjoy playing solitaire when I was a kid. Yeah, it helps you develop your mind. It's an awesome game.

    ReplyDelete
  4. dulu main kat komputer main susu ikut nombor je..takpaham pun..hahaha. Sampais ekrg la tak paham cara main,.kihkih

    ReplyDelete
  5. permainan yg selalu kita main kakau boring.. sbnrnya dia test minda kita juga.. esp dlm solusi math

    ReplyDelete
  6. Yang top 4 atas tu semua I main, yang lepas tu semua tak pernah try lagi. Now sibuk main kat enset je hehe

    ReplyDelete
  7. Akak main Klondike je. Mengisi masa boring takda idea nak siapkan assignment masa sekolah. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. Dulu2 suka la main kt pc cc... Hehe.. Skrg dh xreti dh main.. Ntah dlu pengaruh kawan2 g cc ajk main benda ni.. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau orang kata game Solitare ni macam judi, tapi bagi Sis kan, dia lebih kepada menguji minda, yang penting kita main tanpa taruh duit kan... memang memguji betul game ni..

    ReplyDelete
  10. Banyak jenis solitaire ye. Suka main yang spider tu. Bila nak release stress main solitaire ni la

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post