Senarai 20 Filem Terbaik Korea Selatan di Netflix yang anda mesti tonton

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam senarai filem / drama. Sebelum ini telah disenarakan drama-drama korea yang menarik untuk ditonton, kali ini adalah perkongsian mengenai filem pula. Seperti juga drama, filem terbitan dan hasil dari Korea Selatan juga mempunyai kualiti dan tarikannya tersendiri. Filem-filem yang dihasilkan dari Korea Selatan mula mendapat tempat terutamanya di pentas antarabangsa dengan pelbagai anugerah mula diterima.

Penerimaan masyarakat antarabangsa dengan filem Korea Selatan membuktikan perbezaan bahasa dan budaya bukanlah penghalang. Korea Selatan kini menjadi salahs atu kuasa besar dalam industri seni dunia. Oleh itu, tanpa melengahkan masa, inilah dia 20 Filem Korea Selatan Terbaik di Netflix yang anda perlu tonton!

20 FILEM KOREA SELATAN TERBAIK WAJIB TONTON

#1 Snowpiercer (2013)

Snowpiercer (2013)

🍅Rotten Tomatoes : 94%
Metacritic : 84/100 

Filem ini merupakan sebuah filem sains fiksyen aksi berdasrkan novel Peraning dengan judulnya Le Transperceneige oleh Jacques Lob.  Filem ini telah diarahkan oleh Bong Joon-ho dan dituliskan oleh Bong dan Kelly Masterson. Filem ini mengisahkan tentang keretapi Snowpiercer membawa sekumpulan manusia terakhir di Bumi selepas percubaan gagal untuk memulihkan keadaan cuaca yang semakin memburuk. Filem ini dibintangi oleh Go Ah-sung, Song-Kang-ho, Tilda Swinton, Chris Evans, Octavia Spencer dan Jamie Bell.  Filem ini berdurasi selama 126 minit dan menerima kutipan pecah panggung $86.6 juta dengan bajet sebanyak $40 juta. 


#2 Train To Busan (2016)

Train To Busan (2016)

🍅Rotten Tomatoes : 94%
✐Metacritic : 72/100

Sebuah filem seram aksi diarahkan oleh Yeong Sang-ho dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, kim Su-an, Choi Woo-shik, Ahn So-hee dan Kim Eui-sung. Filem ini mengisahkan tentang keretapi laju dari Seoul ke Busan dan diserang serangan zombie yang bertebaran di seluruh negara dan mengancam keselamatan mereka di dalam keretapi itu. Durasi filem ini adalah sepanjang 118 minit dengan bajet sebanyak $8.5 juta, filem ini berjaya memungut kutipan pecah panggung sebanyak $98.5 juta. Selain itu, ketika ditayangkan, filem ini memecah rekod sebagai filem Korea paling tinggi kutipan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia, Hong Kong dan Singapura. 

#3 Seoul Searching (2016)

Seoul Searching (2016)

🍅Rotten Tomatoes : 75%
✐Metacritic : 63/100

Filem ini merupakan sebuah filem komedi drama ditulis dan diarahkan oleh Benson Lee.  Filem ini membariskan barisan pelakon seperti Justin Chon, Jessika Van, Cha In-pyo, Teo Yoo, Esteban Ahn dan Rosalina Leigh. Berlatarkan masa 1986, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja daripada serata dunia menyertai program disponsor oleh kerajaan. Pelbagai kisah persahabatan, percintaan dan pelbagai lagi berlaku selepas mereka bertemu. Filem ini berdurasi 105 minit dan ditayangkan di  Festival Filem Sundace pada tahun 2015, dan ditayangkan secara rasmi di pawagam pada tahun 2016. 

#4 Pandora (2016)

Pandora (2016)

🍅Rotten Tomatoes : 70%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem bencana yang ditulis dan diarahkan oleh Park Jung-woo. Filem ini mengisahkan tentang bencana yang berlaku ditapak janakuasa nuklear. Gempa bumi yang berlaku menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Filem ini dibintangi oleh Kim Nam-gil, Kim Young-ae, Kim Ju-hyeon, Jung Jin-young, Moon Jeong-hee. Filem ini berdurasi selama 136 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $32 juta. 

#5 Okja (2017)

Okja (2017)

🍅Rotten Tomatoes : 86%
✐Metacritic : 75/100

Filem ini merupakan sebuah filem aksi-pengembaraan diarahkan oleh Bong Joon-ho. Filem ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang membesarkan seekor khinzir yang genetiknya diubah dan kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan meneruskan misinya menyelamatkannya dari menjadi bahan eksploitasi industri daging.  Filem ini dibintangi Ahn Seo-hyun, Byun Hee-bong, Yoon Je-moon dan Choi Woo-shik. Tilda Swinton, Paul Dano, Jake Gyllenhaal dan Lily Collins. Filem ini berdurasi selama 120 minit dengan bajet sebanyak $50 juta dan kutipannya sebanyak $2.1 juta.

#6 Lucid Dream (2017)

Lucid Dream (2017)

🍅Rotten Tomatoes : 37%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem sains fiksyen, misteri dan thriller yang ditulis dan diarahkan oleh Kim Joon-sung. Filem ini ditayangkan di pawagam Korea Selatan pada 22 Februari 2017. Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah, dimana anaknya telah diculik. Setelah tiga tahun berlalu, akhirnya bukti kes penculikan muncul melalui salah satu jenis terapi iaitu 'lucid dream'. Filem ini dibintangi oleh Go Soo, Sol Kyung-gu, Park Yoo-chun dan Kang Hye-jung. Durasi filem ini adalah selama 101 minit.

#7 Steel Rain (2017) 

Steel Rain (2017)

🍅Rotten Tomatoes : 77%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem aksi thriller diarahkan oleh Yang Woo-suk berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Filem ini dibintangi oleh Jung Woo-sung, Kwak Do-won, Kim Kap-soo, Kim Eui-sung, Lee Geung-young. Filem ini berdurasi selama 139 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $32.6 juta. 


#8 Forgotten (2017)

Forgotten (2017)

🍅Rotten Tomatoes : 83%
✐Metacritis : 43/100

Filem ini merupakan sebuah filem psykologi thriller ditulis dan diarahkan oleh Jang Hang-jun. Filem ini dibintangi oleh Kang Ha-neul, Kim Mu-yeol, Moon Sung-keun, Na Young-hee dan Choi Go.Filem ini mengisahkan tentang kejadian aneh dimana seorang lelaki diculik dan kemudiannya kembali tanpa ingatan tentang apa yang berlaku 19 hari yang lalu. Kemudian, satu-persatu kebenaran dibongkarkan.  Filem ini berdurasi 109 minit dan mengutip kutipan pecah panggung sebanyak $9.9 juta.  

#9 Psychokinesis (2018)

Psychokinesis (2018)

🍅Rotten Tomatoes : 80%
✐Metacritic : - 

Filem ini merupakan sebuah filem adiwira ditulis dan diarahkan oleh Yeon Sang-ho. Filem ini dibintangi oleh Ryu Seung-ryong, Shim Eun-kyung, park Jung-min, Kim Min-jae dan Jung Yu-mi. Filem ini mengisahkan tentang seorang jaga di sebuah bank yang mendapat kuasa telekinetik selepas meminum air mata air di gunung yang disebabkan oleh meteor. Dia menggunakan kuasa untuk menyelamatkan anaknya dan kejiranan dari syarikat yang zalim. Filem ini berdurasi selama 101 minit.

#10 The Drug King (2018)

The Drug King (2018)

🍅Rotten Tomatoes : 83%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem drama jenayah ditulis dan diarakan oleh Woo Min-ho.  Filem ini mengisahkan tentang pengedar dadah kecil-kecilan sehinggalan menjadi raja dadah ketika tahun 1970-an.  Filem ini dibintangi oleh Song Kang-ho, Jo Jung-suk, Bae Doona, Kim Dae-myung, Lee Joong-ok dan Kim So-jin. Filem ini berdurasi selama 139 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $14.5 juta. 


#11 Burning (2018)

Burning (2018)

🍅Rotten Tomatoes : 95%
✐Metacritic : 90/100 

Filem ini merupakan sebuah filem psikologi thriller, ditulis bersama, terbit dan diarahkan oleh Lee Chang-dong. Filem ini adalah berdasarkan sebuah kisah pendek bertajuk "Barn Burning". Filem ini dibintangi Yoo Ah-in, Steven Yeun dan Jeon Jong-seo. Filem ini mengisahkan tentang seorang penghantar yang bertemu dengan kawan ketika kecil. Mereka kemudiannya bertemu dengan dengan seorang lelaki dan kisahnya pun bermula. Filem ini berdurasi 148 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $8.1 juta. 

#12 Illang : The Wolf Brigade (2018)

Illang : The Wolf Brigade (2018)

🍅Rotten Tomatoes : 20%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem sains fiksyen dan aksi diarahkan oleh Kim Jee-woon. Filem ini mengisahkan tentang Korea Utara dan Korea Selatan yang sedang bersedia untuk bersatu semula pada tahun 2029. Pasukan polis Korea Selatan menubuhkan unit khas untuk menghentikan pasukan pengganas yang berhasrat menggagalkan penyatuan semula ini.  Filem ini dibintangi oleh Gang Dong-won, Han Hyo-joo, Jung Woo-sung dan Kim Mu-yeol. Filem ini merupakan adaptsi bagi filem animasi Jepun berjudul Jin-Roh : The Wolf Brigade. Filem ini berdurasi 138 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $6.2 juta. 

#13 The Witch: The Suberversion (2018) 

The Witch: The Suberversion (2018)

🍅Rotten Tomatoes : 88%
✐Metacritic : - 

Filem ini merupakan sebuah filem misteri, seram dan aksi ditulis dan diarahkan oleh park Hoon-jung. Filem ini dibintangi oleh Kim Da-mi, Jo Min-su, Choi Woo-shik, Park Hee-soon, Go Min-si dan Choi Jung-woo. Filem ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang terselamat daripada kejadian misteri di makmal. 10 tahun kemudian, perempuan itu hidup dengan aman tanpa sebarang memori berkenaan masa lampaunya.  Kemudian, satu persatu kebenaran tentang kewujudannya terbongkar. 

#14 Tune in for Love (2019)

Tune in for Love (2019)

🍅Rotten Tomatoes : 72%
✐Metacritic : -

Filem ini merupakan sebuah filem romantik diarahkan oleh Jung Ji-Woo dan dibintangi oleh Kim Go-eun dan Jung Hae-in. Filem ini mengisahkan tentang kisah percintaan dua insan ketika tahun 1990-an, mereka berdua jatuh cinta tetapi masa bukan sesuai untuk mereka. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam filem ini adalah Kim Gook-hee, Jung Yoo-jin, Kwon Eun-soo dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan bermula 28 Ogos 2019.

#15 The Call (2020)

The Call (2020)

🍅Rotten Tomatoes : 100%
✐Metacritic :- 

Filem ini adalah sebuah filem thriller diarahkan oleh Lee Chung-hyun, berdasarkan filem British dan Puerto Rico dengan judul The Caller. Filem ini mengisahkan tentang dua wanita dari masa yang berbeza berhubung melalui panggilan telefon.  Filem ini pada mulanya ditayangkan dipawagam tetapi pandemik Covid-19 yang berlaku menyebabkan filem ini ditayang melalui Netflix bermual 27 November 2020. Barisan pelakon dalam filem ini adalah Park Shin-hye, Jeon Jong-seo, Kim Sung-ryung, Lee El dan Oh Jung-se.

#16 #Alive (2020)

#Alive (2020)

🍅Rotten Tomatoes : 88%
✐Metacritic : - 

Filem ini merupakan sebuah filem zombie diarahkan oleh Cho II-hyung. Filem ini berdasarkan skrip 2019 Alone oleh Matt Naylor, mengisahkan tentang seorang streamer permainan video yang terpaksa berhempas pulas, hidup seorang diri di apartmennya ketika serangan zombie. Filem ini dibintangi oleh  Yoo Ah-in, Park Shin-hye, Lee Hyun-wook, Oh Hye-won dan Jin So-yeon. Filem ini berdurasi 99 minit dan menerima kutipan pecah panggung sebanyak $14.7 juta. 

#17 Time to Hunt (2020)

Time to Hunt (2020)

🍅Rotten Tomatoes : 69%
✐Metacritic : - 

Filem ini merupakan sebuah filem 'dystopian' aksi dan thriller ditulis dan diarahkan oleh Yoon Sung-hyun. Filem ini ditayangkan di Netflix pada tahun 2020 dan mengisahkan tentang sekumpulan kawan merancang satu  komplot pencurian dan menyaksikan mereka diburu oleh pembunuh misteri selepas berjaya menyelesaikan misi mereka. Filem ini dibintangi oleh  Lee Je-hoon, Ahn Jae-hong, Choi Woo-shik, Park Jung-min dan Park Hae-soo. 

#18 Night in Paradise (2020)

Night in Paradise (2020)

🍅Rotten Tomatoes : 72%
✐Metacritic : 59/100

Filem ini merupakan sebuah filem drama jenayah ditulis dan diarahkan oleh Park Hoon-jung dan dibintangi oleh Uhm Tae-goo, Jeon Yeo-been dan Cha Seung-won. Filem ini mengisahkan tentang permusuhan antara dua gangster dan juga pembalasan dendam. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke 77 pada September 2020. Durasi filem ini adalah selama 131 minit  dan disenaraikan antara 10 filem terbaik di festival filem tersebut. 

#19 Space Sweepers (2021)

Space Sweepers (2021)

🍅Rotten Tomatoes : 69%
✐Metacritic : 64/100 

Filem ini merupakan sebuah filem sains fiksyen diarahkan oleh Jo Sung-hee dan dibintangi oleh Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin. Filem ini mengisahkan tentang Bumi yang menjadi tempat tidak boleh dihuni pada tahun 2092. Sebuah syarikat membina satu sebuah 'orbiting home' yang meniru ekosistem di bumi, walaubagaimanapun hanya golongan elit sahaja yang boleh ke sana manakala mereka yang berada di Bumi terpaksa menghirup udara yang tercemar. Filem ini adalah berdurasi selama 136 minit. Filem ini menjadi filem No 1 Netflix di 16 buah negara termasuklah Malaysia. 

#20 What Happened to Mr. Cha (2021)

What Happened to Mr. Cha (2021)

🍅Rotten Tomatoes : -
✐Metacritic : - 

Filem ini merupakan sebuah filem komedi ditulis dan diarahkan oleh Dong-kyu Kim. Filem ini mengisahkan tentang Cha In-pyo yang dahulunya seorang pelakon popular tetapi sekarang sudah tidak relevan. Dia menolak untuk menerimanya walaupun pelbagai kejadian telah berlaku. Filem ini dibintangi oleh Cha In-pyo, Song Jae-ryong, Jo Jan-joon, dan Cho Dal-hwan. Filem ini mula ditayngkan pada 1 Januari 2021 dan berdurasi 102 minit. 


SUDAH TONTON KE BELUM?

Bagaimana dengan senarai 20 filem ini? Adakah anda pernah menontonnya sebelum ini? Apa pendapat anda tentang filem-filem ini? Anda bolehlah memberikan ulasan dan pandangan anda mengenai filem-filem ini diruangan komen.

Kepada anda yang belum tonton, bolehlah masukkan filem-filem ini ke dalam senarai filem yang anda akan tonton diwaktu lapang. Sehingga itu sahaja untuk artikel kali ini. Selamat menonton.

SEKIAN

RUJUKAN :
  • Netflix
  • Wikipedia
  • Google Image

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Dah tengok 2,4,5, 8 dan 16. Forgotten tu paling suka sebab plot twist sangat wow. Thanks rekemen. Maybe akan tengok Pandora sebab Korea kalau buat disaster movie selalunya best

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post