Makan di Restoran Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kalau pergi ke Langkawi, pasti ramai yang mengesyorkan untuk mencuba makan di sebuah restoran yang dikenali dengan nama restoran Nasi Dagang Pak Malau. Sedap ke nasi dagang di sini? Apa bezanya dengan nasi dagang yang lain yang terdapat di tanah besar? Bagaimana pengalaman dan harga makanan di sini?

Semua persoalan di atas akan dijawa secara jelas melalui artikel ini dimana aku akan berkongsi pengalaman aku sendiri mencuba juadah yang disediakan di restoran ini. Juga beberapa gambar yang anda boleh lihat di artikel ini, semoga dapat memberikan gambaran jelas tentang pengalaman aku makan di restoran Nasi Dagang Pak Malau.

MAKAN DI RESTORAN NASI DAGANG PAK MALAU, LANGKAWI

Pak Malau, pengasas dan pemilik restoran ini.

Seperti yang anda maklum, baru-baru ini aku sempat bercuti di Langkawi dan berpeluang untuk mencuba Nasi Dagang di sini yang dikatakan popular. Jujur, sebelum ini memang tidak pernah aku dengar tentang restoran ini. Mungkin restoran ini popular bagi mereka yang sering bercuti ke Langkawi, tapi macam aku sendiri ini adalah kali kedua aku ke Langkawi setelah kali pertama datang pada tahun 2010.

Baiklah, restoran Nasi Dagang Pak Malau ini terletak berdekatan dengan Kota Mahsuri. Jika anda bercadang untuk mengunjungi Kota Mahsuri, anda bolehlah singgah dan makan di sini terlebih dahulu. Aku dan rakan-rakan sebelum mengunjungi Kota Mahsuri, kami sempat singgah makan di sini da mengisi perut, kemudian barulah melihat tempat bersejarah itu.


SUASANA RESTORAN



Sebelum menceritakan tentang makanan, aku nak tunjuklah bagaimana suasana di dalam restoran ini. Seperti yang anda dpat lihat dalam gambar Pak Malau paling atas dan gambar di atas ini, inilah suasana restoran ini.

Tempat makan yang agak banyak dan ruang yang besar. Anda boleh memilih sama ada mahu makan di bangunan restoran utama, di kawasan tidak berbumbung, atau bersila di pondok.  Untuk dapatkan pengalaman yang menarik, aku sarankan untuk anda makan di pondok yang disediakan, ada pondok yang mempunyai kerusi dan meja, dan ada pondok yang memerlukan anda untuk makan sambil bersila.

Kisah restoran Nasi Dagang Pak Malau


Bagi aku konsep dan suasana restoran ini memang menarik.  Tempat makan yang luas dan banyak untuk menampung pengunjung yang ramai. Lebih menarik, anda boleh makan sambil melihat pemandangan sawah padi dan gunung ganang yang sememangnya sangat cantik!

HARGA MAKANAN



Gambar di atas adalah bagaimana nasi dagang disediakan untuk pelanggan. Pelanggan boleh memilih nasi dagang dan lauk apa yang diinginkan. Aku tak pasti sebelum-sebelum ini dihidangkan bagaimana, tetapi cara ini bagi aku lebih baik sebab pelanggan dapat melihat lauk yang mana diinginkan berbanding jika pelayan datang ke meja dan bertanya pesanan.


Inilah harga bagi nasi dagang yang terdapat di sini. Harga ini adalah mengikut satu set. Bagi aku harga-harga ini adalah sesuai dengan makanan dan pengalaman yang anda dapat di restoran ini. 

ULASAN MAKAN DI NASI DAGANG PAK MALAU


Sebenarnya aku bukanlah penggemar nasi dagan, boleh diaktakan aku hanya makan nasi dagang ini apabila dijamu. Kalau diberi pilihan untuk beli di mana-mana gerai, aku mungkin akan pesan makanan lain. Tetapi apabila sudah berada disini, mestilah rugi kalau tak cuba nasi dagangnya.

Ada beberapa lauk yang aku boleh pilih, tapi aku lebih suka makan dengan ayam goreng. Ada juga rakan-rakan yang memilih daging, ikan dan sebagainya sebagai lauk mereka. Selain itu, dalam set yang sama terdapat semangkuk kuah yang disediakan.



Nasi dagangnya bagi aku sangat sedap, sangat mengenyangkan, ditambah dengan lauk yang dipilih. Makan bersama kuah yang disediakan, memang sedap tetapi seperti ada sesuatu yang kurang, oh, pedas. Jadi, aku makan bersama dengan cili api segar memang terasa pedasnya. Barulah aku rasa lengkap hidangan ini. 

Rakan-rakan aku turut megatakan tentang lauk-lauk yang mereka ambil. Lauk kurma kambing, gulai ayam kampung, daging kerutub dan gulai ikan tongkol yang mereka pilih juga sedap. Macam aku beritahu diatas, anda boleh pilih lauk-lauk ini mengikut citarasa anda sendiri. Disebabkan aku suka ayam goreng, jadi aku pilih lauk ini.

Suasana makan di sini juga sangat mendamaikan. Sambil makan, sambil melihat pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas dengan gunung-ganang dibelakangnya. Satu pengalaman yang sangat seronok. 

BERGAMBAR


Setelah selesai makan, anda bolehlah bergambar dengan latar belakang yang cantik itu. Gambar diatas adalah gambar restoran ini dari pada sudut bergambar. Anda boleh nampak pondok-pondok yang disediakan untuk makan. Kalau bergambar dari pondok itu dengan gambar makanan dan pemandangan juga memang cantik.


Sempat juga bergambar dan berposing sakan dengan latar belakang yang cantik. Sawah padi terbentang luas. Walaupun dah selalu sangat ke sawah padi, pemandangannya tetap memukau.

Adakah berbaloi makan di sini?

Ya, sangat berbaloi. Bukan sahaja dapat makanan yang sedap, tetapi dihidangkan juga pemandangan yang indah. Ramai yang datang ke sini untuk bersarapan dan juga makan tengahhari. Anda boleh pilih dua waktu ini ya.

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari kecuali Isnin mulai jam 8 pagi hingga 2 petang.
Untuk tempahan meja hubungi 012-271 1977


0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم