10 Selebriti Paling Ramai Follower di Instagram (2021)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


10 SELEBRITI PALING RAMAI FOLLOWER DI INSTAGRAM (2021) |  Aplikasi Instagram masih lagi mempunyai tarikan dan kegunaannya tersendiri, masih kukuh dikala banyak juga aplikasi lain yang muncul dan menarik minat orang ramai. 

Instagram yang mana dahulunya fungsi asal adalah untuk berkongsi gambar kini ditambah dengan pelbagai fungsi termasuklah ruangan membeli belah, reels dan sebagainya untuk memaksimakan penggunaan Instagram dalam kehidupan seharian. Seperti kebiasaannya, kali ini adalah untuk update terkini bagi individu tertinggi pengikut mereka dalam aplikasi Instagram. 

Pada tahun 2020, penyanyi No. 1 negara, Siti Nurhaliza masih unggul menghuni tangga pertama dengan pengikut seramai 7.6 juta. Bagaimana dengan tahun 2021?

Jumlah pengikut mereka adalah berdasarkan tarikh 29 Disember 2021


#10  Nur Fazura @missfazura [ 5.7 JUTA ]



#9 Madam Amyra @aamyrarosli [ 5.9 JUTA ]



#8 Scha Alyahya @schalyahya [ 6.0 JUTA ]


#7 Hanis Zalikha @haniszalikha [ 6.1 JUTA ] 



#6 Janna Nick @jannanick [ 6.2 JUTA ] 


#5 Mira Filzah @mfmirafilzah [ 7.3 JUTA ] 



#4 Nora Danish @noradanish [ 7.3 JUTA ] 


#3 Zizan Razak @zizanrazak869 [ 7.9 JUTA ]


#2 Siti Nurhaliza @ctdk  [ 8.4 JUTA ] 



#1 Neelofa @neelofa  [ 8.6 JUTA ] 


Jika dilihat perbezaan senarai tahun lepas dan tahun ini, ada beberapa perubahan yang berlaku. Tempat pertama dirampas oleh Neelofa dengan jumlah pengikut seramai 8.6 juta iaitu berbeza sebanyak 0.2 juta dengan Siti Nurhaliza.  

Walaubagaimanapun, mereka yang tersenarai merupakan muka-muka selebriti yang sama dnegan jumlah pengikut yang kian bertambah. Sebagai orang yang berpengaruh, terutamanya di laman Instagram,  apa sahaja yang dimuat naik, pastinya akan dilihat oleh para pengikut dan peminat. Sekian sahaja untuk edisi tahun 2021 ini, jumpa lagi di edisi tahun 2022.


SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم