Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 1 (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 1 (2022)

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, aku sihat sejahtera. Baiklah seperti yang anda lihat pada tajuk, artikel kali ini adalah tentang travelogue aku ke Batam, Indonesia baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat Batam Tourism Promotion Board atas jemputan untuk menyertai Batam Mega Fam Trip yang berlangsung dari 13 Julai 2022 sehingga 16 Julai 2022.

TRAVELOGUE BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA PART 1 (2022)

Batam Mega Fam Trip

Pada 12 Julai 2022 paginya aku memulakan perjalanan dari Kulim, Kedah ke Seri Kembangan, Selangor. Untuk makluman aku baru sahaja pulang ke Kedah untuk menyambut perayaan Aidiladha bersama keluarga. Sampai sahaja di Selangor, aku terus mengemas barang dan seterusnya berehat sebentar selepas memandu beberapa jam. Kemudian di sebelah malamnya bermulalah perjalanan yang panjang.

12 JULAI 2022 

a) KL KE JOHOR | 10.00 MALAM

Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 1 (2022)

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor atau lebih tepatnya ke Jeti Tanjung Pengelih, Pangerang mengambil masa yang sangat lama. Pada mulanya kami ingin menaiki bas, tetapi disebabkan last minute tiket bas semuanya sudah habis.

Untuk menjadikan perjalanan lebih seronok, kami tiak melalui lebuhraya tetapi melalui jalan bandar. Dari satu bandar singgah ke satu bandar. Antara lokasi yang disinggah adalah Bandaraya Melaka. Sempat kami singgah dan makan di Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Aku pernah ke sini pada beberapa tahun dahulu. Baca di sini : Review Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Melaka

Travelogue ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Part 1 (2022)

Perjalanan diteruskan lagi melalui bandar Muar, Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi, Desaru dan akhirnya sampai ke Pengerang pada jam 6.00 pagi.

13 JULAI 2022 

b) JETI TANJUNG PENGELIH KE JETI BATAM | 7.00 PAGI

Jeti Tanjung Pengelih

Sampai sahaja di Jeti Tanjung Pengelih, kami membersihkan diri sempat bersarapan sambil menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Jeti Tanjung Pengelih ini terletak di hujung sekali, memang tidak ramai penumpang serta anda boleh nampak Batam dan Singapura dengan dekat.

Dolphin 5

Tepat jam 11.30 pagi, waktu Malaysia, urusan passport dan tiket telah diuruskan dan kami semua menaiki Feri Dolphin 5. Perjalanan dari Jeti Tanjung Pengelih ke Jeti Batam Centre mengambil masa 45 minit sahaja. Melihat pemandangan laut yang indah memang seronok. Sempat juga aku melihat pemandangan kotaraya Singapura yang penuh dengan bangunan pencakar langit.

Batam Terminal Jetty Centre

Sampai sahaja ke Jeti Batam Centre, urusan seterusnya adalah seperti biasa imegresen juga terdapat kaunter memeriksa status vaksin anda. Kemudiannya, petugas bagi Batam Mega Fam Trip membawa kami semua terus menaiki bas menuju ke lokasi berikutnya.

[Bermula sekarang jam ditukarkan kepada waktu Indonesia iaitu ditolak 1 jam dari waktu Malaysia.]

c) PELANCARAN FAVEHOTEL NAGOYA BATAM | 1.30 PETANG

FaveHotel Nagoya Batam

Lokasi pertama adalah di FaveHotel Nagoya Batam. Hotel ini merupakan lokasi penginapan kami untuk 3 hari dan 2 malam. Sampai sahaja di hotel, kumpulan kami disambut meriah dengan muzik kompang dan tarian silat.

FaveHotel Nagoya Batam

Seterusnya pula adalah majlis pelancaran hotel ini dengan beberapa jemputan kenamaan. Lebih menarik kerana ada tarian melayu yang dipersembahkan. Majlis diteruskan lagi dengan makan tengah hari.

d) KAMPONG FOOD FIESTA | 3.30 PETANG

Kampong Food Fiesta

Untuk pengetahuan anda, sebuah festival makanan dna kebudayaan turut diadakan berhampiran dengan FaveHotel Nagoya Batam ini iaitu dikenali sebagai Kampong Food Fiesta 2022. Selepas berehat sebentar selepas makan tengah hari, kami seterusnya dibawa melihat gerai-gerai dan aktiviti yang terdapat di Kampong Food Fiesta ini.

e) CHECK-IN FAVEHOTEL | 4.00 PETANG

Aktiviti seterusnya adalah inspection bilik di FaveHotel. Memang menarik kerana hotel ini sangat-sangat baru jadi semuanya memang bersih dan kelihatan moden. Selesai sahaja inspection, tiba masa untuk check-in ke bilik masing-masing.

FaveHotel Nagoya Batam

Memang selesa bilik yang aku diami untuk 3 hari 2 malam ini. Rekaannya yang cantik, suasana yang selesa dan lebih menarik sebab disediakan Google Nest dan Smart TV. Senanglah aku untuk tonton Netflix setiap malam sebelum tidur. Untuk artikel lebih panjang tentang hotel ini anda boleh baca di : Review FaveHotel Nagoya Batam.

FaveHotel Nagoya Batam

f) INSPECTION ASTON GIDEON INN & ASTON BATAM | 6.00 PETANG

Setelah berehat selama beberapa jam dan membersihkan diri, tibalah masa untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah inspection bagi hotel-hotel Aston di Batam ini.

  • Aston Inn Gideon
Aston Inn Gideon Batam

Aston Inn Gideon ini terletak di pusat bandar Batam, dikelilingi dengan tempat-tempat menarik dan mudah untuk berjalan-jalan. Sebanyak 159 bilik tersedia disini dan juga beberapa ruangan untuk acara dan mesyuarat.  Hotelnya juga sangat cantik dan biliknya memang kelihatan selesa dan luas.

Laman Web : Aston Inn Gideon


  • Aston Batam Hotel & Residences
Aston Batam Hotel & Residences

Aston Batam Hotel & Residences

Aston Batam Hotel & Residences pula menawakan penginapan yang eksklusif, menempatkan dua jenis penginapan iaitu untuk residence dan juga hotel. Anda boleh lihat fasiliti yang disediakan memang sangat lengkap.

Laman Web : Aston Batam


Aston Batam Hotel & Residences

Seterusnya kami semua makan malam di Aston Batam Hotel & Residences. Perkara yang aku suka adalah tentang makanannya. Walaupun rasanya tidak berbeza dengan makanan di Malaysia tetapi ada sesuatu yang unik menjadikan makanan di sini memang enak belaka.

g) THOR: LOVE AND THUNDER (2022) | 9.30 MALAM

Thor: Love & Thunder

Setelah pulang ke FaveHotel Nagoya Batam semula, aku dan Dboy merancang untuk berjalan-jalan dibandar. Antara tempat yang dekat dengan hotel ini adalah Nagoya Hill Mall Batam. Sempat menukar duit dan tanpa berfikir panjang, kami terus membeli tiket untuk filem Thor: Love & Thunder (2022) yang entah bilanya akan ditayangkan di Malaysia. Review untuk filem tersebut anda boleh baca di : Review Filem Thor: Love & Thunder (2022).

Filem tersebut tamat pada jam 12.00 malam dan kami terus pulang ke hotel untuk tidur dan berehat mengumpulkan tenaga untuk hari yang panjang pada keesokan harinya.

SAMPAI disini sahaja untuk bahagian pertama. Perjalanan yang memang panjang jika dikira, dari Kulim, Kedah sehinggalah ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Di bahagian seterusnya aku akan ceritakan tentang lokasi-lokasi menarik berikutnya pula.

#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #AstonNagoya #FaveHotel

Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Lama tak dengar orang melancong ke Batam. Dulu-dulu kerap jugak. Bestnya hotel ada Netflix.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun pelancong dan mula masuk ke Batam. Perlahan-lahan jumlah semakin meningkat. :)

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post