Yes Sir Nyanyian Zamani & Ariff Peter Sebagai Lagu Tema Filem Coast Guard: Ops Helang (2023)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


LAGU YES SIR NYANYIAN ZAMANI & ARIFF PETER MENJADI LAGU TEMA FILEM COAST GUARD: OPS HELANG | Pada tanggal 17 Februari 2023, aku berpeluang untuk menghadiri satu acara yang penuh meriah iaitu majlis pelancaran lagu tema bagi sebuah filem berjudul Coast Guard: Ops Helang (2023). Acara ini telah diadakan di Stesen Udara Maritim, Subang, Selangor.

PELANCARAN LAGU TEMA & GIMIK


Untuk makluman, pelancaran lagu tema bagi filem Coast Guard: Ops Helang (2023) ini telah disokong sepenuhnya oleh Union Coffee by Incite Foodtech yang merupakan penaja utama bagi majlis ini. Lebih menarik, satu pelancaran gimik yang sangat menakjubkan itu telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.


LAGU YES SIR NYANYIAN ZAMANI & ARIFF PETER


Dipertontonkan secara langsung pada acara ini, lagu 'YES SIR' terbitan Cof Music ini menampilkan Zamani sebagai penyanyi utama dan gabungan penyanyi rap iaitu Ariff Peter yang juga merupakan penulis lirik bersama Hasril, Otromen dan Nass. Menariknya, lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat  (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila keluarganya menjadi tebusan.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini ;

YES SIR
Lirik : Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen & Nass
Penyanyi : Zamani Ft. Ariff Peter
Durasi : 3.02 minit
Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni
Mixing : Jack Jafni
Master : Jack Jafni
Publishing : Cof Music Publishing
Produces : Cof Music


KERJASAMA UNTUK FILEM COAST GUARD: OPS HELANG


Berkenaan filem ini pula, filem Coast Guard: Ops Helang (2023) telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi "Ops Helang" pasukan Maritim Malaysia. Kerjasama ini adalah semata-mata bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem Coast Guard: Ops Helang terbitang Flying Deals Sdn. Bhd & Arie Zaharie Production ini mendapat kerjasama serta edaran oleh Metrowealth Pictures yang bakal menemui penonton pada 2 Februari 2023 di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

TRAILER FILEM COAST GUARD: OPS HELANG (2023)



MUZIK VIDEO RASMI LAGU YES SIR - ZAMANI & ARIFF PETER



LIRIK LAGU: YES SIR - ZAMANI & ARIFF PETER


(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Lautan luas, bahtera aku markas,
Jaga setiap sudut tiada musuh yang terlepas,
Bukan soal berani ataupun siapa buas,
Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,
Habis peluru aku guna buku lima,
Lautan tenang tapi jangan main gila,
Biar putih tulang daripada putih mata,
Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut.
Pangguilan perang aku sahut,
Roger dalam radar mana-mana area laut,
Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,
Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,
Ini amaran, 
Kita masih aman asal tak langgar sempadan,
Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan,
Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,
Kalau perlu ku lawan,


(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,


Lagu Yes Sir nyanyian Zamani dan Ariff Peter merupakan sebuah lagu yang cukup catchy. Tak sabar pula nak tonton filem Coast Guard: Ops Helang pada 2 Februari nanti. Jom ramai-ramai dengar lagu ini di semua platform muzik dan jangan lupa untuk tonton filem ini di pawagam kelak.


SEKIAN

#mydebit #mydebitje #filmcoastguard #cinema #film2023 #maritimmalaysia #opshelang #malaysiacoastguard #flyingdealsdnbhd #metrowealth #migonline

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم