Review Filem : Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan sekuel bagi filem Ant-Man (2015) dan Ant-Man and the Wasp (2018) dan merupakan filem ke 31 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU)

Rancangan untuk filem ketiga Ant-Man telah diumumkan pada November 2019. Penggambaran filem ini diadakan pada awal Februari 2021 dan berakhir pada November 2021. Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023) ditayangkan di US pada 17 Februari 2023 dan merupakan filem pertama dalam Fasa 5 MCU. 

Baca Juga : Ant-Man (2015)

ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA (2023)


Pengarah : Peyton Reed
Lakonlayar : Jeff Loveness
Penerbit : Kevin Feige, Stephen Broussard
Sinematografi : Bill Pope
Muzik : Christophe Beck
Tarikh Tayangan : 17 Februari 2023
Durasi : 124 minit
Rotten Tomatoes : 48%
Audience Score : 84%
Metacritic : 48/100
CinemaScore : B

BARISAN PELAKON FILEM ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA (2023)

  • Paul Rudd sebagai Scott Lang / Ant-Man
  • Evangeline Lilly sebagai  ope van Dyne / Wasp
  • Jonathan Majors sebagai Kang the Conqueror
  • Kathryn Newton sebagai Cassie Lang
  • Michelle Pfeiffer sebagai Janet van Dyne
  • Michael Douglas sebagai Hank Pym
  • Corey Stoll sebagai Darren Cross / M.O.D.O.K.
  • David Dastmalchian sebagai Veb
  • Katy O'Brian sebagai Jentorra
  • Bill Murray sebagai Lord Krylar

SINOPSIS FILEM ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA (2023)


Semasa dia terperangkap di Quantum Realm, Janet van Dyne bertemu dengan Kang, seorang pengembara "yang dibuang negeri" yang mendakwa bahawa mereka berdua boleh melarikan diri dari alam itu jika dia boleh membantunya membina semula  Multiversal Power Core. Apabila mereka berjaya membaikinya, Janet melihat visi dia memusnahkan dan menakluki dunia. Tidak dapat ditandingi, Janet menggunakan Pym Particlesnya untuk membesarkan Power Corenya sehingga tidak dapat digunakan lagi, menjadikannya lebih jauh di Quantum Realm.


Pada hari ini selepas pertempuran di Avengers: Endgame (2019), Scott Lang telah menjadi ahli memoir yang berjaya dan telah hidup bahagia bersama teman wanitanya, Hope van Dyne. Anak perempuan Lang yang kini masih remaja, Cassie telah menjadi seorang aktivis yang kegiatannya mengakibatkan Lang menyelamatkannya dari penjara. Semasa melawat ibu bapa Hope, Hank Pym dan Janet, Cassie mendedahkan bahawa dia telah mengusahakan peranti yang boleh membuat hubungan dengan Quantum Realm. Apabila mengetahui perkara ini, Janet panik dan cuba untuk mematikan peranti tersebut, tetapi mesej diterima, menyebabkan portal yang membuka dan menarik mereka berlima ke Quantum Realm. Lang dan Cassie ditemui oleh orang asli yang memberontak terhadap pemerintah mereka, manakala Hope, Janet dan Pym meneroka bandar yang luas untuk mendapatkan jawapan.


Hope, Janet dan Pym bertemu dengan Lord Krylar, bekas sekutu Janet, yang mendedahkan bahawa keadaan telah berubah sejak dia pergi, dan dia kini bekerja untuk Kang, yang kini menjadi pemerintah kerajaan. Mereka bertiga terpaksa melarikan diri dan mencuri kapalnya. Keluarga Lang diberitahu oleh ketua pemberontak Jentorra bahawa penglibatan Janet dengan Kang secara tidak langsung bertanggungjawab atas kebangkitannya. Pemberontak tidak lama kemudian diserang oleh tentera Kang, yang terdiri daripada orang bawahan robot yang diketuai oleh M.O.D.O.K., yang didedahkan sebagai Darren Cross, setelah terselamat daripada kematiannya yang jelas di tangan Lang.

Keluarga Lang dibawa ke Kang, yang menuntut Lang membantu mendapatkan semula power corenya atau dia akan membunuh Cassie. Lang dibawa ke lokasi teras dan mengecil. Dia hampir tenggelam dalam lautan variasi dirinya, tetapi Hope tiba dan membantunya memperoleh power core. Bagaimanapun, Kang mengingkari perjanjian itu, menangkap Janet dan memusnahkan kapalnya dengan Pym di dalamnya. Selepas diselamatkan oleh semutnya, yang juga ditarik ke Quantum Realm, berkembang pesat, dan menjadi sangat pintar, Pym membantu Lang dan Hope semasa mereka menuju ke Kang. Masih dipenjarakan, Cassie menyelamatkan Jentorra dan mereka memulakan pemberontakan menentang Kang dan tenteranya. Semasa pertarungan itu, Cassie merayu kepada watak Cross, yang meyakinkannya untuk berpaling tadah dan melawan Kang, walaupun ini merugikan nyawanya.


Janet membetulkan power core semasa dia, Pym, Hope, dan Cassie melompat melalui portal, tetapi Kang menyerang Lang, hampir mengalahkan dia untuk menyerah. Hope kembali apabila dia dan Lang memusnahkan teras kuasa dan mengetuk Kang ke dalamnya, menyebabkan dia ditarik ke dalamnya. Cassie membuka semula portal di hujungnya untuk Lang dan Hope pulang ke rumah. Ketika Lang dengan gembira meneruskan kehidupannya, dia mula memikirkan semula apa yang diberitahu tentang kematian Kang sebagai permulaan sesuatu yang mengerikan berlaku, tetapi mengenepikannya.

Dalam adegan pertengahan kredit, varian Kang yang ramai bersimpati atas kematian salah seorang daripada mereka sendiri dan merancang kebangkitan mereka. Dalam adegan pasca kredit, Loki dan Mobius melihat satu lagi varian Kang bernama Victor Timely pada tahun 1920-an.


ULASAN FILEM ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA (2023)


Filem pertama bagi Fasa 5 MCU, pastinya semua peminat Marvel cukup teruja. Melihat pula pada watak penjahat yang menjadi penjahat utama bagi The Multiverse Saga, pastinya lebih ramai teruja termasuklah para pengkritik. Bagaimana Marvel Studio menggarap filem ini? Adakah filem ini menjadi lebih bagus berbanding filem-filem dalam Fasa 4?

Baiklah, berikut adalah pandangan peribadi aku terhadap filem ini tanpa melihat komen-komen dan ulasan daripada portal dan peminat filem Marvel yang lain. 


JALAN CERITA : Filem ini boleh digambarkan sebagai pengembaraan sekeluarga ke satu alam lain. Mereka mengembara ke alam itu dan konflik mula terjadi apabila penjahat utama memerlukan keluarga itu untuk keluar daripada alam itu.

Sebuah jalan cerita yang sebenarnya mudah difahami, tetapi diselangi dengan pelbagai kisah lain termasuklah kisah MCU yang selama ini kita suka. Dibandingkan dengan filem Ant-Man (2015) dan filem Ant-Man and the Wasp (2018), filem ini memperlihatkan sisi komedi yang agak kurang berbanding filem terdahulunya.

Perkembangan plotnya juga dapat dilihat terutamanya babak ketiga dimana peperangan antara pihak pemberontak, Kang dan minionnya, serta keluarga Scott Lang berlaku. Lebih menarik apabila bantuan daripada kawanan semut pintar yang turut membantu. Memang epik ya!


LAKONAN : Watak yang menyerlah sudah tentunya Kang the Conqueror dilakonkan oleh Jonathan Majors. Peminat MCU pastinya teruja melihat bagaimana perwatakan watak penjahat ini dilakonkan oleh beliau. Walaupun diakhirnya watak ini mati, tetapi kita dapat lihat bagaimana pelbagai variasi Kang menjadikan kematian tersebut sebagai satu sebab untuk menyerang alam.

Watak seterusnya yang bagi aku agak menonjol adalah watak Michelle Pfeifer sebagai Janet van Dyne, wataknya kali ini lebih berat dan memerlukan beliau memperlihatkan kemahirannya dalam Quantum Realm. Paul Rudd sebagai Scott Lang juga dilihat agak berbeza dan lebih serius terutamanya bila masuk ke babak ketiga. 


CGI & KESAN KHAS: Boleh dikatakan 90% filem ini berlaku di Quantum Realm, bermakna majoriti babak dan plot dalam filem ini menggunakan teknologi CGI terkini iaitu StageCraft. Quantum Realm kelihatan sangat unik dengan warna-warna yang menarik serta karakter baru yang pelik. Babak yang aku suka adalah dimana Scott Lang dan Hope diruangan dimana mereka bertemu dengan variasa mereka yang ramai. Kelakar dan juga epik!


MUZIK : Seperti biasa, untuk trilogi filem Ant-Man, Christophe Beck kembali lagi. Antara komposer bagi filem-filem Marvel yang menghasilkan muzik terbaik! Untuk pengetahuan anda, Christophe Beck turut menghasilkan muzik untuk siri Wandavision (2021) dan Hawkeye (2021).

KESIMPULANNYA


Baiklah, melihat pada Tomatometer : 48% manakala Audience Score: 84%, boleh dilihat bagaimana berbezanya penerimaan pengkritik filem dan penonton filem. Antara kritikan terhadap filem ini adalah disebabkan 'keseronokan' dan elemen 'komedi' yang hilang. Tetapi tahukah anda, mereka ini juga yang mengkritik filem Ant-Man dan filem-filem Marvel Studios lain yang berlebih-lebih dalam unsur komedi.

Bila mana Marvel Studios cuba mengubah struktur dan elemen bagi siri terakhir dalam trilogi Ant-Man ini dengan lebih serius dan mega, pengkritik pula melemparkan kritikan sebegitu pula. Walaubagaimanapun, peminat dan penonton adalah yang lebih diutamakan dan nampaknya majoriti penonton menyukai filem ini termasuklah aku sendiri.


Untuk meletakkan filem ini ditangga teratas filem MCU, pastinya tidak, tetapi filem ini bagi aku berjaya untuk memberikan sesuatu yang baru terutamanya bagi trilogi Ant-Man dan pengenalan Kang the Conqueror yang baik. Duit membeli tiket wayang bagi aku tidak dibazirkan kerana aku masih terhibur dengan filem ini, sebagaimana aku menonton filem-filem lain. Untuk itu, aku berikan filem ini;

BINTANG : 
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

Rujukan;
  • Marvel Studios
  • Google Image

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post