Marvel Tangguh Tayangan 6 Filem MCU: Avengers 5 & 6, Fantastic Four & Filem-Filem Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebagai peminat filem-filem adiwira, berita penangguhan filem MCU pastinya bukan satu berita yang ingin didengari. Baru-baru ini Disney mengemaskini jadual tayangan filem-filem yang diedarkannya termasusklah filem-filem Marvel Cinematic Universe.

MARVEL TANGGUH TARIKH TAYANGAN FILEM MCU AKAN DATANG!


Dengan pelbagai projek dalam pembikinan, beberapa filem Marvel Cinematic Universe ditangguhkan tarikh tayangannya oleh Disney dan Marvel Studios untuk Fasa 5 dan 6.

"Multiverse Saga" Marvel Studios akan berlangsung lebih lama daripada yang dirancang, kerana beberapa filem Marvel Cinematic Universe dalam Fasa 5 dan 6 telah mendapat tarikh tayangan baharu. Fasa 5 bermula tahun ini dengan MCU semakin mendalami konsep multiverse dan varian. Dengan beberapa filem dan siri Disney Plus yang sedang menyempurnakan kisah The Multiverse Saga, keadaan mula kelihatan jauh berbeza untuk rancangan semasa Marvel Studios.


Mengikut kemas kini penjadualan tarikh tayangan Disney, Captain America: Brave New World telah ditolak dari 3 Mei 2024 kepada 24 Julai. Thunderbolt ditukar daripada 26 Julai 2024, kepada 20 Disember 2024. Projek Fasa 6 yang telah terjejas ialah Fantastic Four berpindah dari 14 Februari 2025, kepada 2 Mei; Blade, ditolak dari 6 September 2024 hingga 14 Februari 2025; dan dua filem Avengers seterusnya. Avengers: The Kang Dynasty ditangguhkan ke 1 Mei 2026 dan Avengers: Secret Wars kini dijadualkan pada 7 Mei 2027. Sebaliknya, Deadpool 3 akan ditayangan lima bulan lebih awal daripada yang dijangkakan, bermula dari 8 November 2024 hingga 3 Mei.

Judul Filem Tarikh Tayangan Lama Tarikh Tayangan Baru
Deadpool 3 November 8, 2024 May 3, 2024
Captain America: Brave New World May 3, 2024 July 24, 2024
Thunderbolts July 26, 2024 December 20, 2024
Blade September 6, 2024 February 14, 2025
Fantastic Four February 14, 2025 May 2, 2025
Avengers: The Kang Dynasty May 2, 2025 May 1, 2026
Avengers: Secret Wars May 1, 2026 May 7, 2027

PENANGGUHAN TARIKH TAYANGAN BUKAN PERKARA LUAR BIASA


Walaupun Disney telah mengumumkan beberapa perubahan jadual secara serentak, ia bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan. Fasa 4 MCU juga terjadinya penangguhan beberapa kandungan untuk memberikan ruang bagi setiap filem dan siri MCU untuk ditayangkan.  Untuk penangguhan kali ini, walaupun agak kecil, ia mungkin untuk membantu projek Marvel kurang padat dan membolehkan peminat menghadamkan jalan cerita.

Selain itu, mogok Writers Guild of America yang berlaku di Hollywood yang berterusan, dan kemungkinan adanya mogok SAG-AFTRA, adalah bijak untuk membiarkan kumpulan filem seterusnya mempunyai masa tambahan dalam proses produksi, terutamanya jika skrip belum selesai. Apabila perjanjian dan keputusan mogok akhirnya dibuat, Marvel Studios pastinya mahu setiap projek mendapat ruang masa yang diperlukan. 


Harapannya agar Kevin Feige dan Marvel Studios boleh menjelaskan lebih lanjut dalam beberapa bulan akan datang tentang sebab mereka menukar beberapa tarikh tayangan untuk beberapa filem terbesar mereka yang akan datang. Dengan adanya San Diego Comic-Con berlangsung bulan depan, beberapa jawapan mungkin diberikan semasa sesi soal jawab yang pasti akan berlaku semasa promosi baki projek 2023 mereka. 

Tetapi buat masa sekarang, masa akan menentukan sama ada penangguhan itu akan memberi manfaat kepada semua filem MCU ini kerana Marvel Studios masih meneruskan penceritaan The Multiverse Saga.


RUJUKAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post