Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No.1 di Malaysia!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No.1 di Malaysia!

Dengan Kutipan RM40.6 Juta Dalam 13 Hari! 

Intel baharu diterima! Naskhah animasi tempatan yang mencetus fenomena, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), sekali lagi mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM40.6 juta, sekali gus menobatkannya sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia! 

Kejayaan ini membuktikan bahawa francais animasi tempatan seperti Ejen Ali terus menjadi pilihan utama penonton, berdasarkan reaksi positif yang diterima dari penonton dalam semua peringkat umur sepanjang 13 hari tayangan setakat ini. Dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation, EATM2 meneruskan legasi filem pertama dengan skala lebih besar, menjadikannya tontonan wajib seisi keluarga. 

Pihak produksi mengucapkan jutaan terima kasih kepada lebih 2.5 juta penonton yang membanjiiri pawagam di seluruh negara atas sokongan padu buat animasi tempatan dan membawa EATM2 ke tahap yang membanggakan ini. “Ini bukan sahaja kemenangan buat kami, tetapi juga buat seluruh industri animasi tempatan. Terima kasih Malaysia kerana percaya pada cerita kita sendiri,” kata pengarah filem, Encik Usamah Zaid Yasin. 

Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios menyatakan penghargaan atas sokongan penonton sambil menzahirkan harapan besar terhadap masa depan animasi tempatan, “Dengan momentum ini, EATM2 terus membuka ruang dan semangat baharu untuk karya-karya animasi tempatan menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk antarabangsa.”  

Perhatian Ejens, khususnya ibu bapa! 

Misi cuti sekolah masih diteruskan — jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang! Pawagam-pawagam kini sudah mula dipenuhi, lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai aktiviti tambahan seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot serta koleksi barangan terhad di lokasi terpilih. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan! Bawa anak anda ke pawagam terdekat dan alami sendiri keseronokan serta pengajaran bermakna yang dibawa oleh filem ini. 

Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios Film. 

Gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial! 

Sekian

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!